Mengasah Kreativiti Anak Dalam Seni Bersama PELIKAN



Cuti sekolah sudahpun bermula minggu ini! Anak-anak kita  pasti seronok bila dapat berpeluang cuti lama setelah 11 bulan gigih ke sekolah setiap hari. Dan sebagai ibubapa pasti kita pasti mencari-cari aktiviti dan input yang sesuai buat anak bagi mengisi masa terluang mereka bersempena dengan cuti sekolah  :-)

Dan salah satunya ialah melalui menyertai kelas seni!

Kita sedia maklum aktiviti-aktiviti seni sememangnya menarik dan mampu mengilap potensi dalam diri anak-anak. Sepertimana kelas seni yang disediakan oleh PELIKAN di outlet pertamanya di The Gardens Lembah Klang. Dengan fee penyertaan serendah RM15 (untuk ahli) dan RM20 (untuk bukan ahli) melayakkan anak-anak anda menyertai kelas seni dengan menggunakan teknik dan peralatan dari PELIKAN. Untuk pengetahuan semua setiap kelas menawarkan modul seni yang berbeza jadi tidak akan jadi masalah sekiranya anak kita menyertainya setiap minggu.

Saya sendiri telah menghantar my Ameer dan Amani ke kelas seni anjuran PELIKAN ini. Yang menariknya kelas yang disediakan boleh disertai kanak-kanak mengikut pelbagai peringkat umur. Ini kerana mereka akan didedahkan teknik melukis dan mewarna dengan menggunakan produk berkualiti dari PELIKAN.

Memang nampak seronok apabila anak-anak ini berpeluang mengeluarkan segala idea dan bakat-bakat terpendam mereka dalam seni. Hanya zahirkan sahaja melalui apa yang difikirkan di kanvas putih. Seterusnya diceriakan dengan warna-warna yang menarik dari PELIKAN!

Bertambah menarik di kelas seni di PELIKAN juga akan dibantu oleh tenaga-tenagah pengajar yang mahir dan mesra kanak-kanak.

Masing-masing yang bersungguh-sungguh menyiapkan hasil seni yang telah diajarkan. Oh ya, kelas ini diadakan setiap Sabtu dan ada 2 sesi iaitu 3pm dan 4pm. Kita boleh memilih untuk menyertai kelas mengikut produk PELIKAN yang ingin kita pelajari, antaranya seperti :-

Space+ paintbox 12 and 24 colours, with matching water containers
(info di https://pelikanstore.com/collections/paintbox-space)



Coloured pencils – 12, 24, 36 colours and Jumbo 12 colours,
( info di https://pelikanstore.com/collections/coloured-pencils)


Brush markers 12 colours
( info di https://pelikanstore.com/collections/marker/products/sch409584

Boleh juga rujuk sini ya!




Bermula dari 25 November 2016 sehingga 2 Januari 2017, PELIKAN telah mengadakan  Jualan Hujung Tahun besar-besaran. Untuk 5 hari ini pelbagai barangan di outlet PELIKAN diberi potongan sebanyak 30 peratus. Dan istimewa buat ahli kelab PELIKAN akan mendapat tambahan lagi sebanyak 10% diskaun. Menarik bukan?

Macam mana nak dapatkan kad ahli dari PELIKAN ini?

Ok, saya nak kongsikan satu berita baik buat semua ya! Anda semua boleh menjadi ahli kelab PELIKAN secara percuma (selama setahun) dengan cara LIKE FB Page PELIKAN Malaysia  --> https://www.facebook.com/mypelikan/ dan juga follow instagram PELIKAN -->https://www.instagram.com/pelikan_malaysia/


Pergi ke kaunter di outlet PELIKAN The Gardens, tunjukkan yang anda sudah LIKE dan FOLLOW FB serta IG PELIKAN Malaysia. Isi informasi anda pada borang yang diberikan dan kad anda serta merta akan siap dan sah laku digunakan.

Antara alatan tulis dan perkekasan sekolah yang menarik boleh didapati di sini, seperti:-


Uolls juga boleh mendapatkan barangan PELIKAN dari www.pelikanstore.com, dan anda boleh menggunakan kod diskaun BRS2016 untuk mendapatkan diskaun sebanyak RM20. Dan setiap pembelian RM100 ke atas, tiada kos penghantaran sekitar Semenanjung dikenakan. Manakala untuk Sabah dan Sarawak, perbelanjaan RM200 ke atas tiada kos penghantaran akan dikenakan. Promosi adalah bermula dari 27 November 2016 sehingga 2 Januari 2017.


Lebih banyak anada membeli, lebih penjimatan diperolehi.

Jom, shopping barangan keperluan anak ke sekolah. Dan juga bagi mereka berkesempatan sertailah kelas seni setiap Sabtu agar anak-anak anda perolehi pengisian terbaik dengan aktiviti bermanfaat!


Hah! Kalau nak menang hadiah boleh sertai peraduan seperti gambar dibawah :=)


Keterangan lanjut boleh layari laman ini ya :-) http://www.pelikan.com/kids/Pulsar/en_MY.CMS.displayCMS.2477./contest

Mana tahu boleh menang hadiah menarik!

Woot woot,,

Mengasah Kreativiti Anak Dalam Seni Bersama PELIKAN Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on November 29, 2016 Rating: 5

2 comments:

  1. Assalammualaikum. My 1st time singgah sini. Salam kenal dari saya Nany :)
    Anyways, minat juga this kind of activity art and craft. Teringat dulu masa kecik2, mak beriya support kitaorg masuk peraduan mari mewarna anjuran majalah dewan pelajar. Banyak kali sangat hantar sampai satu hari tuh cikgu kelas bagitau, saya menang mewarna. ya ALLAH! seronok sangat rasanye. Dapat hadiah pen. Cantik :)
    Alhamdulillah...dulu2 takde kemudahan internet pun. Posmen yang tolong poskan barang2 or surat. What a beautiful childhood memories. :)

    ReplyDelete
  2. Nany- hi Nany salam kenal. Kan childhood memories apatah lagi aktiviti seperti arts dan crafts..aktiviti yang menarik untuk semua kids....blh teringat2.. :)

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.