Thursday, November 24, 2016

Pendidikan "Kindergarten" Di Seven Skies International Yang Memang Terbaik!



Dengan berteraskan prinsip “Allah in the heart, the world in the hands” Seven Skies International (SSI) sentiasa memastikan pelajar-pelajarnya boleh berjaya dalam kedua-dua bidang akademik dan juga moral. Seven Skies International(SSI), adalah projek sekolah yang dimulakan oleh Mercy Mission yang pada asalnya berfungsi sebagai sebuah pertubuhan (tidak mengambil keuntungan) yang berperanan untuk membantu ummah. Untuk pengetahuan semua Seven Skies International menggunakan sukatan pelajaran Cambridge sebagai rujukan akademik dan Kurikulum Antarabangsa dan juga menerapkan modul Islamik sebagai asas dalam pembangunan karektor (character development) dan didikan moral untuk pelajar secara umum.

Pernah saya kongsikan tentang Seven Skies International (SSI) satu masa dulu, rujuk balik di entri ini ya http://ayuarjuna.blogspot.my/2016/09/apa-yang-menarik-tentang-sekolah-seven.html . Dan banyak juga yang komen dan bertanyakan sekolah ini kepada saya. Ada juga kawan-kawan yang rapat bertanyakan kepada saya kelas "kindergarten" yang ditawarkan memandangkan mereka seperti saya yang sentiasa percaya didikan terbaik buat anak adalah bermula dari sejak mereka kecil lagi. Dan entri kali ini saya ingin kongsikan cara didikan serta silibus pra-sekolah di sini yang benar-benar "ohsem"dan unik sangat membantu perkembangan akademik dan sahsiah anak-anak. 

Kelas "kindergarten" atau pra-sekolah adalah kelas awalan yang memberi pendidikan asas sebelum mereka melangkah ke Grade 1. Untuk memasuki Grade 1, anak-anak ini haruslah boleh membaca, menulis dan mempunyai pengetahuan Matematik asas (pengenalan kepada nombor, kaedah operasi campur, tolak yang mudah dan lain-lain).

Cara didikan "Kindergarten" di sini dari pemerhatian saya adalah seperti berikut:-


1. Membentuk Sifat Semulajadi Anak Yang Pemalu dan Beremosi Kepada Lebih Berkeyakinan Tinggi

Tidak dinafikan pada mulanya apabila anak-anak kecil kita didedahkan kepada alam persekolahan mereka masih mempunyai sifat pemalu yang tinggi(kebiasaannya), sukar untuk berkawan dan tidak mahu beraktiviti dalam kumpulan. Anak-anak kecil ini perlu dibentuk perkembangan personal (peribadi), sosial dan emosi agar mereka lebih berkeyakinan, bijak mendengar serta mengikut arahan, boleh berkomunikasi antara satu sama lain sekaligus boleh membina perhubungan dengan berkawan serta beraktiviti dalam kumpulan.


Di SSI terdapat banyak aktiviti yang dimulakan dengan kaedah "ïce-breaking"yang membolehkan guru boleh mengenali anak didik mereka lebih dekat lagi. Kerajinan guru bertanya secara langsung dan tidak langsung dengan anak didik mereka menyebabkan anak ini mampu memberi respon dan mudah berasa selesa dengan persekitaran pembelajaran mereka.

Ketika saya berada di sini, saya ada perhatikan betapa guru disini sangat peramah. Biarpun dengan kehadiran anak-anak yang agak moody tapi apabila disapa oleh guru mereka, seperti ini...

Assalamualaikum....
How are you today....
Did you miss me???

See, dari 3 ayat ini sahaja sudah mampu menceriakan anak-anak kita yang hadir ke sekolah seawal pagi.

Lebih seronok, apabila anak ini mula tersenyum dan mula memberi respon terhadap semua pertanyaan guru. Dan sekaligus akan memberi aura yang positif apabila berada didalam kelompok rakan-rakan yang lain dalam suasana yang ceria. 


2. Komunikasi dan Bahasa
Komunikasi utama yang digunakan di SSI adalah Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Di sini selain daripada anak-anak diajar mendengar dan mengikut arahan. Mereka juga dilatih untuk memberi perhatian teruatama dari segi memberi respon dan sekaligus bijak menerangkan sesuatu perkara dengan berkongsikan beberapa buah fikiran.


Contohnya:-

Ok, kids! Today we are going to bake a  ________________?
Something that you love to eat during tea time or supper?
It starts with the letter M...and there are 6 characters! 
Can you guess kids?

Ada yang jawab...
Cakes...

Muffinsssssssssssss....

Memang meriah :-)

Tambah lebih seronok, apabila guru tadi bertanyakan..

What's you favourite flavour?

Ada yang menjawab..
Vanilla...
Banana with chocolate chips..
Strawberry..



dan macam-macam lagi jawapan lain yang diberikan.

Sekaligus ianya mampu merangsangkan pemikiran anak-anak dengan mengaitkan sesuatu perkara yang berkaitan persekitaran dengan aktiviti yang bakal mereka lakukan.



3. Pembangunan Fizikal dan Kendiri

Selain daripada pembentukan karekter. Guru disini juga dilatih untuk mendidik anak murid mereka untuk sentiasa hidup secara sihat, melakukan senaman fizikal dan mengambil diet yang seimbang dalam pemakanan. Paling penting anak-anak ini juga di ajar untuk lebih berdikari terutama dari segi penjagaan asas "hygiene" diri. Contoh membasuh tangan sebelum makan, menguruskan diri membuang air kecil dan besar di dalam tandas dan banyak lagi :=)


4. Kebolehan Membaca dan Menulis

Bak kata orang lama "Jika nak melentur buluh, biarla dari rebungnya". Menariknya di SSI, seawal anak-anak di "kindergarten"mereka telah dilatih untuk membaca dan menulis mengikut kosa kata yang bersesuaian dengan peringkat umur mereka.


Menggunakan konsep "Phonics" untuk perkataan, sekaligus sangat membantu mereka membaca dan memahami ayat-ayat yang mudah. Jadi tidak hairanlah anak-anak pra sekolah SSI disini boleh menunjukkan kebolehan mereka dalam membaca dan berkongsi kemahiran mereka bersama rakan-rakan yang lain.

5. Latih Tubi Matematik


Anak-anak di "kindergarten" SSI juga didedahkan dengan asas nombor, mengenali dan membezakan serta membandingkan bentuk (segitiga, segiempat dan lain-lain). Selain itu, anak-anak ini juga diajarkan dengan penyelesaian matematik asas dengan cara paling mudah.

6. Memahami dan Mengenali Dunia

Anak-anak ini biarpun usianya masih kecil namun perasaan "ïngin tahu"memang begitu kuat didalam diri mereka. Apatah lagi mereka sering mempelajari perkara-perkara yang baru melalui persekitaran, keluarga, rakan-rakan sekolah, guru dan jiran tetangga.

Mereka seorang pemerhati, pengkaji terutama perkara-perkara yang baru, tumbuhan dan haiwan. Mendedahkan anak-anak ini perkara yang berkaitan persekitaran, mendedahkan apa yang ada di dunia sekaligus dapat menunjukkan kepada mereka betapa hebatnya kebesaran Tuhan (Allah SWT).


7. Ekspresi Menerusi Seni dan Rekaan


Di "Kindergarten" SSI, anak-anak ini diberi peluang untuk berkongsi dan mengimpretasikan segala idea menerusi imaginasi dan pengalaman mereka bereksplorasi menerusi rekaan, bentuk dan tekstur. Anak-anak juga didedahkan cuba memainkan peranan menerusi seni persembahan seperti lakonan, bercerita dan banyak lagi.





8. Penerepan Ajaran Pendidikan Islam

Terdapat 4 cara bagaimana silibus di SSI "Kindergarten" menerapkan pendidikan Islam dalam pembelajaran buat anak-anak ini. Antaranya seperti:_

* Membaca Qur’an 

Mengajar anak-anak sekecil ini dengan surah-surah yang mudah, contohnya seperti surah  Al-Fatihah, An-Naas, Al-Falaaq, Al-Ikhlas dan pelbagai lagi.

* Didikan solat dan Pendidikan Islam


Mengenalkan mereka tentang kebesaran Allah SWT pencipta sekian alam, para nabi dan rasul. Serta mendidik untuk solat 5 waktu dengan cara membawa anak-anak ini bersama-sama solat secara berjemaah dengan guru dan pelajar yang lain.

* Zikir Harian Selepas Solat

Mengajar dan mendidik mereka tentang zikir-zikir yang boleh diamalkan selepas solat. Apabila menjadi kebiasaan, anak-anak kecil ini dengan mudah menghafal dan mengingatinya (ini kerana usia sebegini hati mereka begitu terang).

* Mengamalkan Gaya Hidup Islamik

Gaya hidup cara orang Islam yang begitu mudah diaplikasikan dalam kehidupan harian. Contohnya seperti dengan memberi salam, sentiasa menghormati orang lain, berkata benar, mulakan sesuatu perkara dengan Bismillah, menyudahkan sesuatu perkara dengan Alhamdulillah dan banyak lagi.

* Mengajar Harian

Doa-doa yang penting dalam kehidupan harian. Contohnya seperti doa sebelum makan, selepas makan, dooa masa masuk tandas, sebelum tidur dan banyak lagi. Paling menarik, anak-anak ini akan berlatih dengan membaca doa-doa asas ini seawal pagi bagi membolehkan mereka mudah menghafal dan mengingati (masih dalam keadaan "fresh"dan bersemangat).


Selain itu pihak SSI "Kindergarten"juga sentiasa memastikan makanan yang disediakan kepada anak-anak ini berkhasiat, kaya dengan nutrisi yang mana sangat membantu menghubungkan sel-sel otak mereka dengan sempurna.

Sebagai ibu-bapa kita pasti mahukan yang terbaik buat anak-anak. Dan saya sangat syorkan Seven Skies International (SSI) kerana saya percaya sekolah yang terbaik apabila ianya juga menerapkan pendidikan asas Islam bagi pembentukan moral dalam semua silibus yang ditawarkan bagi mencapai kesimbangan keperluan ilmu duniawi dan bekalan akhirat.

Keterangan lanjut mengenai SSI boleh layari:

Website: http://www.sevenskies.edu.my/

Facebook: https://www.facebook.com/SevenSkiesInternational/

Instagram: https://www.instagram.com/sevenskieskl/

:-)

No comments: