Miss Whoosh Glamorous

Whoosh Eyewear antara jenama dibawah jenama Focus Point telah menganjurkan Miss Whoosh Glamorous.

“Fast. Fresh. Forward” - yang boleh digambarkan dengan  jenama cermin mata Whoosh sekaligus memenuhi trend yang menilai gaya, mutu dan personaliti professional di mana sahaja.

Whoosh menawarkan bingkai pelbagai jenis gaya dari Korea, dikategorikan di bawah 3 gaya tersendiri - TRENDY, URBAN dan VINTAGE . Dijual dengan harga yang berpatutan dan mampu milik.

Selain daripada membetulkan penglihatan seseorang, cermin mata juga dianggap sebagai aksesori fesyen pada zaman sekarang. Penampilan pasti lebih menarik apabila ianya kena serta seuai dengan pakaian dan gaya seseorang.

Sehingga kini terdapat 80 pasang jenis rekaan cermin mata Whoosh Eyewear yang semuanya hadir dengan penampilan dan gaya tersendiri. Koleksi terbaru ini telah digayakan oleh Miss Tourism International World Pageant - dengan menampilkan lebih gaya, cantik dan keyakinan.

54 wanita yang menakjubkan dari seluruh dunia ini telah menggayakan dengan koleksi cermin mata Whoosh. Wanita-wanita yang terpilih ini adalah berdasarkan kepada keayuan, keanggunan dan keyakinan mereka bila berada di atas pentas. Dari 54 wanita ini salah seorang daripadanya akan dinobatkan sebagai duta Whoosh. Sekaligus berpeluang memperagakan koleksi terkini Whoos dengan membawa gelaran Miss Whoosh Glamorous.

"Kita amat berbesar hati dapat bekerjasama dengan D'Touch International Sdn Bhd, penganjur Miss Tourism International World Pageant, dalam usaha menyampaikan mesej ke seluruh dunia tentang kedamaian, muhibah dan semangat bertimbang rasa," kata Dato' Liaw Choon Liang, Presiden, CEO Focus Point Holidings Berhad.

Di antara panel hakim untuk acara berprestij ini ialah Pengarah Urusan & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKT Logistics Group Sdn Bhd Dato Michael Tio, CEO dan Pengarah Kreatif A Cut Above Datin Winnie Loo, Miss Malaysia Queen of Tourism 1996 Cik Zoee Tan dan Miss Malaysia Tourism Queen 2004 Cik LavenceLim.

Miss Malaysia yang mencuri perhatian :=)

Dan akhirnya Miss Mexico ternyata lebih menyerlah dan telah dinobatkan sebagai Miss Whoosh Glamorous. Tahniah diu
capkan.
Untuk informasi lebih lanjut, sila layari http://www.whoosheyewear.com

#Whoosheyewear #MissWhooshGlamorous

Comments

Popular Posts