Friday, December 2, 2016

"Move as young you feel inside" Bersama Anlene MoveMax!

Fonterra telah memperkenalkan susu Anlene terbaru yang diformulasi  dengan MoveMax yang mengandungi keunikan nutrisi kalogen bersama nutrisi-nutrisi lain yang sedia ada seperti kalsium, protein, magnesium, zink serta vitamin B6, B12, C, D dan E. Yang mana gabungan nutrisi ini boleh menjaga otot, tulang dan kesihatan badan kita. Apatah lagi apabila umur pasti menginjak setiap tahun, kita perlu mengambil berat tentang kesihatan diri!

Bertempat di IOI City Mall Putrajaya, Anlene telah melancarkan kempen "Anlene MOVE AS YOUNG AS YOU FEEL INSIDE Bersama Sheila Majid". Kempen yang bertujuan untuk mengajak lebih ramai masyarakat dewasa hari ini untuk sentiasa bergiat aktif dan produktif setiap hari serta mengamalkan gaya hidup yang sihat dengan mengambil makanan bernutrisi.

"Movement is an integral part of keeping the bones, joints and muscles healthy. And giving the right nutrition is important to support our overall movement. This is the reason we have enhanced our Anlene formula; apart from added calcium for bones, we have also included collagen, and protein to support your overall movement"
Puan Megawati Suzari, Director of NEw Product Developement, Science and Reguatary Affairs

Untuk kempen "Move Young" kali ini, Anlene telah melantik Sheila Majid sebagai model yang boleh memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk sentiasa bergerak aktif dalam kehidupan seharian mereka.

Menurut Sheila Majid tahun 2016 ini merupakan tahun yang ke 30 beliau bergiat aktif dalam dunia seni dan dengan melancarkan semula lagu Sinaran versi baru merupakan sesuatu yang begitu bermakna buat dirinya. Apatah lagu ini turut dinyanyikan bersama anaknya Kayda.

Melihat kepada penyanyi tubuh genit ini yang cukup bersemangat dan ceria begitu memberi inspirasi kepada saya. Apatah lagi dalam perkongsian bersama media, Sheila telah mengingatkan tentang kehidupan yang lebih gembira adalah kita memiliki tubuh badan yang sihat dan cergas. Biarpun ramai yang begitu obses untuk kelihatan kurus dan cantik melalui rutin senaman yang ekstrem tetapi sebenarnya menurut Sheila untuk mendapatkan badan yang kita idamkan kita perlu menjaganya terlebih dahulu. Caranya mudah, hanya dengan mengambil makanan bernutrisi kaya khasiat. Ini apabila kita tidak ada masalah kesihatan, kita akan sentiasa cergas untuk melakukan aktiviti  yang sihat sepanjang hari. Contohnya berbasikal, berjalan-jalan di taman dan sebagainya. Secara tidak langsung aktiviti-aktiviti produktif seperti ini  mampu mengekalkan tubuh badan yang dikehendaki sekaligus memelihara kesihatan paling terbaik.

"Move as young you feel inside" dan jangan biarkan peningkatan umur menjadikan kita terasa begitu tua dan tidak bersemangat. Serlahkan pesona diri dari dalam, hidup secara aktif dan sihat. Itu antara yang sentiasa diingatkan oleh Sheila Majid, lagenda ratu Jazz yang cukup popular di Malaysia.                                                                                                                                                                           
Di majlis pelancaran ini juga, Sheila Majid telah berkongsi pentas dengan anaknya Kayda menyampaikan lagu Sinaran yang telah diberikan nafas baru. Memang menghiburkan!

Sepanjang kempen bergerak ini terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan oleh pihak Anlene. 

Antaranya seperti:-

Pemeriksaan kesihatan dan tubuh badan.

Semakan kandungan kolestrol dan banyak lagi.

Selain daripada pemberian "sample" minuman susu serta yogurt, terdapat juga promosi-promosi produk Anlene yang dijual kepada pengunjung-pengunjung yang hadir memeriahkan acara kempen yang sedang dijalankan.

Walaubagaimanapun kita masih boleh mendapatkan susu Anlene with MoveMax samada susu tepung yang mempunyai 2 perisa iaitu "plain"ataupun "coklat"yang didatangkan dalam saiz pek 1kg, 600g serta 175g. Untuk Yogurt Anlene pula terdapat 4 perisa yang lazat iaitu; "plain", mangga, strawberi dan buah beri.

Jom minum Anlene with MoveMax hari ini!

#anlenemovemax #AnleneMY

4 comments:

NanyFadhly said...

Dulu Nany suka minum susu anelene yang dalam kotak tuh. Kecik2 comey2 ajer size die. Memang dalam kiraan 10 saat dah habis..hahaha! Rasenya? sungguh sedap sekali!

AyuArjuna BiGoshh said...

nany- yang best ttg susu anlene ni...dier tidak terlalu berlemak..just nice rasanya...

Zie Azi said...

biasa minum yg kotak je, nak bancuh maleh hahaha

AyuArjuna BiGoshh said...

Zie- sep sikittt