Tuesday, December 6, 2016

Wangian Edisi Terhad Desire by Dr Halina dan Inspire by Dr Sheikh Ternyata Hebat


Siapa yang tidak kenal dengan pasangan bahagia ini. Dr Sheikh Muszaphar dan juga isteri Dr Halina. Pasangan yang menjadi idola bukan sahaja kerana mempunyai personaliti menarik bahkan mempunyai kerjaya dan akademik yang terbaik.

Portfolio tentang pasangan ini pastinya menjadi idola bukan sahaja untuk warga dewasa bahkan anak-anak muda yang sentiasa mengikuti perkembangan pasangan bahagia ini. Dan yang terbaru Dr Sheikh dan Dr Halina telah melangkah ke satu bidang usahawan yang baru iaitu memperkenalkan wangian berlabelkan jenama mereka sendiri.

Dikatakan pemilihan bauan wangian ini adalah sesuatu yang istimewa dan esklusif kerana ianya menggambarkan tentang personaliti yang ada didalam diri mereka.

Wangian Desire by Dr Halina dan Inspire by Dr Sheikh adalah keluaran edisi terhad yang mana bauannya cukup sempurna dan pasti menjadi pilihan rakyat Malaysia. Ianya boleh dikatakan setanding dengan wangian keluaran antarabangsa, Apa yang penting wangian ini mampu bertahan sehingga 8 jam dan ianya mesra solat. Jadi kita tidak perlu ragu-ragu menggunakannya ya!

🌼DESIRE By Dr Halina
Nota bauan adalah dihasilkan daripada aroma buahan epal dengan gabungan wangian bunga eksotik dan sensual bauan kayuan. 

Seriously! Jujur saya katakan bauan ini memang benar-benar cukup sempurna. Siapa sangka gabungan 3 elemen dari sumber yang berbeza ~buah, bunga dan kayu menghasilkan bau yang begitu epik dan juga serasi dengan wanita seperti saya.

Bauan yang tidak terlalu kuat, terasa begitu lembut dan begitu sedap biarpun dihidu berkali-kali. Signature wangian Desire by Dr Halina benar-benar menyerlah peribadi saya sebagai wanita yang bergelar ibu dan mempunyai kerjaya sendiri. Dan sekaligus membangkitkan rasa keyakinan diri dan menyerlahkan aura personaliti. Apatah lagi semburannya tidak perlu banyak, hanya sedikit sahaja dan ianya mampu bertahan sepanjang hari.


🌿 Inspire oleh Dr Sheikh
Nota aroma musky dari kayu-kayan, disertakan sekali percikan aroma kayu manis dan bunga cengkih dan beberapa sentuhan bauan amber.

Wangian lelaki terbaik adalah yang mempunyai bau yang maskulin. Tidak seperti wanita yang perlu bauan lembut, untuk lelaki ianya perlu ada bau yang lebih "strong" tetapi "gentleman". Sebagai wanita adakalanya kita boleh menilai keperibadian seorang lelaki itu menerusi wangian yang digunakannya.

Aroma seperti bauan bunga cengkih dan kayu manis berserta amber dan kayuan menghasilkan wangian yang mantap sekaligus menyerlah daya penarik seorang lelaki itu. Bak kata pepatah hipster, biar rupa tidak ada dan tidak pandai bergaya tidak mengapa janji wangian itu sempurna..pasti meletop-letop penampilan si jejaka 😋😜

Apatah lagi jika yang memakainya itu jejaka yang bergaya penampilannya pasti lebih maskulin dengan aura luar biasa😍.

Dan  Inspire by Dr Sheikh adalah pilihan terbaik saya buat si dia 👻 suami tercinta 💕

Oh ya uollls...harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan mampu milik. Dengan saiz 30 ml, EDP ini ditawarkan pada harga seperti berikut :-
✏ RM 49 Semenanjung
✏ RM 54 Sabah Sarawak

DESIRE 🌼 Oleh Dr Halina the best for me!

Untuk keterangan lanjut boleh layari atau hubungi seperti maklumat dibawah ya!







Whatsapp : 012- 2351353 Luc Empire untuk pembelian ataupun boleh hubungi dari senarai agen yang berdekatan :=)





#wangianangkasawan #wangisampaikebulan #InspireDrSheikh #DesireDrHalina #lucempireventures #moonpunyershop

4 comments:

Bro Framestone said...

Kena cuba nie.

Normi Nieza said...

terbaik..:)

AyuArjuna BiGoshh said...

bro- sila cuba mmg berbaloi wangiiii


normi :)

haz_one said...

Nak perfume angkasawan boleh whatsapp sy, Free Postage..0122702459- selangor stokis