Posts

Showing posts from October, 2016

CompAsia Memperkenalkan Program ‘ReNew+’ Yang Membolehkan Telefon Pintar Mampu DiBeli Setiap Tahun!

Image
ComputerAsia Sdn Bhd (jenama 'CompAsia')  merupakan syarikat "IT Asset Disposition" yang terkenal telah melancarkan satu program pemilikan terbaik yang dikenali sebagai “ReNew+’’ dan dijangkakan dapat mengubah cara bagaimana pengguna bijak berkemampuan menjual-beli telefon pintar mereka samada di negara Malaysia, Singapura dan Filipina.

Untuk pengetahuan semua pelancaran program ReNew+ ini sebagai satu langkah perintis yang sememangnya tidak pernah diterokai oleh mana-mana syarikat ITAD yang berani menembusi untuk bersaing di pasaran telefon pintar baru yang begitu kompetitif di ketiga-tiga negara itu (Malaysia, Singapura dan Filipina).

CompAsia yang ditubuhkan pada tahun 2012 untuk membangun industri membaik-pulih peralatan elektronik di rantau Asia telah bermula mengendalikan operasi fasiliti pertamanya di Petaling Jaya pada hujung tahun 2012. Aktiviti-aktiviti komprehensif yang dilaksanakan termasuk penghapusan data secara selamat serta membaiki, membina semula, m…

Syahirah Vitalis Eau De Cologne Posyen Ajaib Saya!

Image
Saya memang sukakan sesuatu yang wangi. Dan saya antara perempuan yang memang ada stok perfume, body mist yang punyai bau-bau wangi bunga seperti lavendar, campuran buahan-buahan manis. Paling penting setiap haruman yang saya miliki boleh memberikan inspirasi dan tenaga positif yang berterusan setiap hari. 



Baru-baru ini saya telah diperkenalkan dengan produk wangian Syahirah terbaru iaitu Syahirah Vitalis Eau De Cologne. Yang menariknya haruman ini memiliki keunikan tersendiri sekaligus boleh membuatkan orang di sekeliling menoleh dan terpana (hiks). 

Tidak boleh dinafikan Syahirah Vitalis Eau De Cologne memiliki haruman yang boleh menjadikan kita wanita yang memiliki identiti haruman tersendiri dan mampu menyerlah berbanding wanita lain. Ini kerana Syahirah Vitalis Eau De Cologne disempurnakan dengan segala ciri-ciri hebat bagi memenuhi keperibadian wanita yang berkaliber, elegan dan glamor, menepati imejnya. Tidak hairanlah selepas mula diperkenalkan di Indonesia, ia telah berjaya m…

NIVEA Skin Delight Menyingkap Rahsia Kecantikan Golongan Bangsawan Purba

Image
Semua orang sukakan perkara yang bersifat dan berkait dengan cantik. Walaupun hakikatnya kecantikan itu adalah sesuatu yang sangat subjektif. Namun ianya bergantung kepada persepsi pandangan masing-masing. 
Walaubagaimanapun kulit yang sihat dan telah menerima penjagaan sempurna seringkali mencerminkan kecantikan diri paling terunggul. Semenjak berabad lamanya, kulit yang lembut, licin dan cantik dianggap sebagai tanda kecantikan sejati. Selain itu, untuk mendapatkan kulit yang sempurna bukanlah sesuatu yang mudah. Ia memerlukan usaha serta ritual-ritual kecantikan yang rumit serta menggunakan pelbagai bahan eksotik yang hanya mampu didapati dan dimiliki oleh golongan bangsawan.

Sebagai contoh, Cleopatra, ratu terakhir kerajaan Mesir Kuno dikatakan bersiram di dalam mandian susu untuk mengekalkan kulit yang lembut, licin dan halus. Beberapa abad kemudian, setelah dunia di ufuk Timur membuka pintu kepada para pedagang dari Barat, golongan wanita di Eropah mula mengamalkan amalan-amalan …

Nestle Wellness Together Gather Workshop

Image
Berpeluang mengenali produk terbaru Nestle dengan lebih dekat lagi memang tidak saya lepaskan. Apatah lagi seperti yang kita maklum motto Nestle itu sendiri iaitu "Good Food, Good Life"mengajak kita untuk hidup secara sihat dengan pengambilan makanan-makanan yang baik.

Eugene Chan, Director of Communications Nestle Malaysia
Sepanjang bengkel, saya telah diperkenalkan tentang misi dan motto Nestle dengan lebih jelas lagi. Bagaimana ianya berkembang sejak dulu sehingga kini. Dan bagaimana produk-produk Nestle ini sentiasa diperbaharui untuk memastikan pengguna-pengguna setia produk Nestle mendapat yang terbaik.


Joshua Zhu, E Commerce Manager of Nestle Malaysia
Dan isu pada hari ini adalah tentang perkembanganan dunia e-commerce dan bagaimana ianya boleh membantu mereka yang sentiasa sibuk setiap hari. Cuba bayangkan mereka yang tidak punyai banyak masa untuk keluar membeli-belah dan pada masa yang sama mereka perlu mendapatkan stok barangan makanan (contohnya) terbaik di dapu…

'Fipper Slipper Workshop' di KidZania Kuala Lumpur

Image
KidZania Kuala Lumpur, taman tema kanak-kanak yang memberi peluang untuk kanak-kanak merasai alam pekerjaan orang dewasa telah mengumumkan Fipper Marketing Sdn Bhd sebagai rakan industri mereka yang terkini.
Menyokong terhadap pendekatan unik KidZania Kuala Lumpur untuk memupuk kemahiran hidup dalam pembelajaran kanak-kanak, Fipper telah memperkenalkan 'Fipper Slipper Workshop' di KidZania bandaraya mesra kanak-kanak. Pengenalan kepada bengkel ini bagi membolehkan kanak-kanak untuk mengambil bahagian dalam profesion berdasarkan aktiviti dan peranan yang direka buat mereka sekaligus sebagai pendedahan buat mereka kepada proses mereka bentuk produk dan asas terhadap inovasi produk.
Di 'Fipper Slipper Workshop', kanak-kanak akan didedahkan dengan dunia profesion Slipper Maker dan Pengurusan runcit. Yang mana dapat mendidik anak-anak pada pembinaan asas selipar dan bahan-bahan serta alatan yang boleh digunakan untuk meningkatkan produk. Selain itu mereka turut didedahkan …