Posts

Showing posts from 2017

Kids Public Speaking 2017 Menggilap Potensi Dalam Diri Anak

Image
Satu expo pengucapan awam buat kanak-kanak (Kids Public Speaking 2017) telah dianjurkan oleh Johan Speaking Academy pada 21 Mei 2017 di Evolve Concept Mall. Ini merupakan majlis penutup setelah peserta (kanak-kanak yang telah mendaftar di Johan Speaking Academy) melalui latihan dan tunjuk ajar  didalam program pengucapan awam buat kanak-kanak selama 10 minggu. Seramai 135 kanak-kanak telah sukses menghabiskan segala latihan selama 10 minggu.

Namun untuk pengetahuan semua pada bulan April yang lepas peserta program ini sebenarnya telah dilantik sebagai brand ambassador program di Little Kingdom Kuala Lumpur.

Cuba bayangkan kanak-kanak yang datang pelbagai peringkat umur, tidak kira jantina dan bangsa mencabar diri mereka untuk lebih berani bercakap dan mengeluarkan pendapat mereka di khalayak ramai. Kalau difikirkan ianya bukanlah  sesuatu yang mudah, namun atas latihan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh pendidik terlatih dari Johan Speaking Academy menjadikan semua peserta yang men…

Menyediakan Hidangan Tradisional Dengan Philips All-In-One Pressure Cooker

Image
Sebagai generasi baru saya memang tidak menolak untuk mempelajari hidangan daripada generasi lama. Ini kerana hidangan ataupun masakan tradisional sememangnya mempunyai keunikkan dan citarasanya yang tersendiri menyebabkan ianya masih digemari generasi hari ini.
Berpeluang menghadiri ke sesi pengenalan produk terbaru dari Philips iaitu All-In-One Pressure Cooker menjadikan saya sangat teruja. Ini kerana perkakasan dapur seperti pressure cooker memang menjadi idaman saya terutama dalam membantu saya menyediakan hidangan buat keluarga dengan mudah, pantas dan enak. Untuk pengetahuan semua Philips All-In- One Pressure Cooker Generasi Baru dilengkapi sistem masakan pintar, Philips All-In- One Pressure Cooker generasi baru menawarkan pengalaman memasak boleh laras sepenuhnya yang membolehkan anda memasak perlahan atau menggunakan tekanan, dalam satu alat saja. Anda boleh memasak cepat (sautΓ©), membakar, memanaskan dan menghangatkan semula hidangan anda, semuanya dalam satu mesin. Philips …

Wonder Woman Adiwira Pujaan My Amani!

Image
Permainan yang sesuai untuk kanak-kanak berusia 6 sehingga 12 tahun memperkenalkan anak patung adiwira wanita yang mempunyai karektor dan kuasa tertentu. Antaranya seperti Wonder Woman, Supergirl, Batgirl, Harley Quinn, Bumble Bee, Poison Ivy dan Katana.


Setiap adiwira ini mempunyai kekuatan dan kelebihan mereka yang unik dalam menumpaskan musuh yang digeruni. Semangat dan keberanian yang dimiliki setiap adiwira ini mampu memberi inspirasi dalam diri kanak-kanak untuk lebih berani ke hadapan, mempunyai semangat juang yang tinggi dan juga optimis.
Dan untuk Amani yang berusia 6 tahun, saya telah memilih patung karektor Wonder Woman buat beliau. Ini adalah kerana karektor Wonder Woman (Puteri Amazon) sebagai ketua mempunyai ciri-ciri yang sedikit sebanyak ada didalam diri Amani.

Seorang yang berani menyahut dan menghadapi cabaranSuka bersaingMempunyai matlamat dalam hidup/diri. Ada arah tuju
Patung Wonder Woman bukanlah patung biasa. Ini adalah kerana selain dari menggambarka…

Banyak Pilihan Produk Ikea di Carousell

Image
Oh my seriously.. Tinggal beberapa hari lagi nak masuk bulan ramadhan. Banyak benda betul nak diselesaikan bersempena dengan bulan ramadhan yang hampir tiba tidak lama lagi. Saya memang tiap-tiap tahun sebelum puasa akan buat segala senarai semakan untuk pastikan hidup saya tidak menjadi kelam kelibut dan paling penting saya tidak perlu rasa stress, al-maklumlah nak rayakan mana boleh tidak gembira. Hiks.
Senarai semakan untuk ramadhan dan Hari Raya 2017:- 1. Stok makanan kering di dapur - ✅ (stok barangan basah on-going) 2. Baju raya anak, suami dan diri sendiri - ✅ πŸ˜™ 3. Kemas rumah (on-going setiap minggu) - ✅ 4. Perlu ada jam loceng dengan baik (3 biji kena fungsi dengan baik) -✅ 5. Tabungan harian menjelang ramadhan RM10 setiap hari - ✅ 6. Biskut raya (dah order) - ✅ 7. Hiasan/Barangan rumah - πŸ†‡ masih mencari-cariπŸ™… 8. Telekung lama dan beli baru (standby untuk terawih) - ✅ 9. Servis kereta (nak balik kampung) - ✅ πŸ†‡ (dah buat separuh) 10. Tukar duit raya - πŸ†‡
Jadi dari senarai…

Food Truck Alam Impian

Image
Antara lokasi food truck yang best pernah saya terjah adalah dekat Seafood Alfresco Alam Impian Shah Alam. Memang happening uolls dekat sini! Bukan sahaja senang nak cari parking, bahkan ada pengawal keselamatan yang sangat membantu ketika berada di sini. Jadi bila datang makan biarpun satu keluarg ayang ramai ahlinya, kita tak jadi stress.

Kawasan food truck kat sini agak besar dan selesa. Biarpun nampak ramia pengunjung tapi tempat duduk yang disediakan memang sangat mencukupi. Kita boleh pilih samada hendak berada didalam bangunan atau luar kawasan sambil menghayati kawasan persekitaran yang cantik.

Ini antara senarai menu dan harga yang ditawarkan oleh setiap jualan di Food Truck. Semua sedap-sedap uolls...memang rambang mata nak memilih. Boleh dikatakan setiap food truck menawarkan pelbagai makanan dan minuman yang unik dan jarang kita boleh dapati di tempat lain. Tapi yang paling menarik dan mendapat perhatian saya tentulah masakan 'seafood' dan keria montok!

Jom layan …