Pekena Nasi Beriani Utara di Sinar Dulang, Memang Meletop!

Menyusuri di kawasan perumahan Subang Bistari, mata saya tertancap pada sebuah kedai diantara deretan kedai makan di kawasan perumahan di sini. Lokasinya begitu hampir dengan bangunan Mahkamah, terletak di tepi jalan yang sangat mudah dari segi aksesnya. Dan paling penting terdapat ruang yang luas untuk meletakkan kenderaan yang dipandu. 

Biarpun hari ini merupakan hari pertama operasi restoran ini namun kelibat pengunjung yang hadir untuk mencuba menu istimewa nasi beriani dari utara benar-benar menarik perhatian saya.

Selain daripada pengunjung restoran dari kawasan setempat, turut memeriahkan majlis merupakan anak-anak yatim yang dijemput khas untuk merasai sendiri rasa kehebatan nasi beriani yang ada ditawarkan di sini.

Kawasan kerja yang bersih, kemas dan teratur.

Untuk pengetahuan semua,Rrestoran Sinar Dulang ini diusahakan oleh saudara Amir yang begitu sinonim dengan gelaran sebagai Tokey Dulang yang merupakan pengasas kepada Katering Sinar Dulang & Enterprise.

Saya difahamkan maksud disebalik nama Sinar Dulang itu adalah :-

Sinar - Gemerlapan, cahaya yang terang benderang (moga terus membuahkan hasil)
Dulang - Muhibbah, perkongsian.

Biarpun namanya agak unik mempertengahkan perkataan dulang, namun konsep menikmati hidangan disini masih didalam pinggan. Dan mengikut saudara Amir, perancangan untuk menyediakan hidangan nasi beriani dalam dulang akan direalisasikan satu hari nanti.


Unikkan makan sama keluarga atau rakan-rakan dalam satu dulang. Terasa begitu muhibbah gittew!!

Apa yang menarik hidangan nasi beriani disini. Ianya ditawarkan dalam pakej kombo. Dalam setiap hidangan kombo yang ditawarkan kita boleh pilih jenis lauk sampingan yang kita gemari dan juga didatangkan juga dengan air asam utara.

Harga yang ditawarkan adalah seperti berikut:-


Nasi beriani ayam + Air asam utara RM6.50
Nasi beriani daging + Air asam utara RM7.50
Nasi beriani kambing + Air asam utara RM8.50
Nasi beriani combo RM17.00



Air asam utara kelainan dalam resepi nasi beriani yang ditawarkan di sini.
(kredit foto: http://denai.my/nasi-beriani-sinar-dulang-memang-sedap/)

Nasi Beriani Kambing Sinar Dulang | RM8.50

Nasi Beriani Sinar Dulang Combo | RM17

Nasi Beriani Ayam Sinar Dulang | RM6.50

Nasi Beriani Daging Sinar Dulang | RM7.50

Memang hadap betul apatah lagi menikmati hidangan nasi beriani utara ini bersama air lai chee kang sejuk-sejuk.



Keterangan lanjut mengenai Nasi Beriani Sinar Dulang, boleh layari laman FB Sinar Dulang Katering atau hubungi Amir Tokey Dulang-0192966353  atau Aini- 0293972190

Comments

Mama Zharfan said…
murahnyaaa terliur i..tp jauh la plak
ADEEYA said…
Murah! Tapi, jauh. Tapi, letak dalam list lah. :)

Popular Posts