Pencetus Motivasi Buat Diri Adalah Melalui Menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah!

Di bulan penghujung tahun 2016, saya agak malap dan kurang berminat nak berkongsi apa-apa dalam blog. Meskipun ada banyak sahaja cerita atau acara yang sertai (hasil kena heret dengan Nannie dan Cik Lily) so perlulah menulis serta kemas kini dalam blog. Seb baik depa ni jenis optimis dan positif kalau harap kat kemalasan yang merasuk dalam diri saya ni memang malap jer hidup rasanya.

Cuma bila terlalu banyak menulis pasal acara jemputan, untuk menulis serta membacanya kembali kadang2 agak bosan juga. Sendiri menulis, sendiri bosan macam mana tu? Hahahahahaha.

Tambahan pula, keje-keje opis di akhir tahun sudah start menimbun dengan jayanya. Ini belum masuk perkara-perkara yang perlu hadir dalam meeting, projek dalam kumpulan dan macam-macam lagi. Pada masa yang sama persediaan anak ke sekolah tu pun YA jugak. Bayangkan dari 6 orang anak, 5 dah bersekolah ~sekolah rendah dan menengah!. So memang banyak benda nak kena setel....

Dan....
Hmmmm

Baru-baru ni ada sorang kawan dekat FB, tanya dekat saya. Sebenarnya lebih kepada pendapat tentang dunia blogging dan compering. Mana pulangan yang konsisten dan hebat???


Hahahahahahaha


Memang sebenarnya "Saya bukanlah manusia yang layak untuk ditanya tentang soalan itu". Siyesly, bukan. Saya bukanlah wanted blogger yang klien akan melutut untuk minta join projek dowang sentiasa. Dan saya bukanlah comper yang tiap2 hari update kemenangan yang luar biasa. Jarang sangaaaaaaat. Apatah lagi zaman sekarang kehadiran compers baru yang lebih menyengat, kreatif dan berlumba-lumba begitu banyak di pasaran. Hahahahaha...


Cuma, saya ingin tekankan....Saya buat semua ni sebab saya minat. Bila dah minat ada sedikit usaha dipertaruhkan. Begitu juga dengan modal, idea dan masa. Jadi bila kita lakukan sebab minat. Kalau kita kalah dalam persaingan. Kita tak rasa "down"pun sangat. Masih terselit lagi rasa..ök, move on"...what next...gitewwww....


Begitu juga dengan dunia blogging. Kadang2 memang perasan setengah blogger rmemang jenis copy paste jer. Tapi sebab dier terror melobi + rajin update  entri hari-hari. Meningkat juga UV dan PV. Apatah lagi mereka yang nak serius dalam bidang ni. Haruslah wajib sertai kelas atau bengkel untuk meningkatkan lagi ilmu tentang dunia media sosial.

Pokok pangkalnya kena RAJIn dan MINAT...


Tapi, as a normal human....


Dan ada masanya kita akan rasa malas dan down juga...

Mulalah keingina nak bercutilah...dan menjoyahlah..nak join sesi menternak lemak lah...

Standard lettew....kann


Cuma bagi saya, kalau saya dah rasa down dan malas sikit. saya akan cari gambar-gambar memotivasikan diri. Contohnya tengok gambar kita menghadiri penyampaian hadiah ke...Tengok gambar anak dengan piala sebab pencapaian di sekolah ke...baca whatsapps member opis puji pasal keje kita ke (yang ni macam takde jer, hahahahahaha), takpun tengok jer gambar2 best bila bersama keluarga....

Jauhhhh dari sudut hati memang kita doa minta kat Allah agar dapar repeat balik momen2 indah ni kan...So nak repeat balik momen best ni...Tak boleh luah jer...kena usaha juga...Gitewwww...

Cam biasa entri saya mesti dari tajuk asal...
Nak flashback sesuatu yang dapat memotivasikan diri bersempena dengan kehadiran tahun 2017 ini.

Sebetulnya Majlis Penyampaian Hadiah ini dah beberapa kali dah dapat reminder dari PIC. Memang confident jer hari berkenaan, tak de pape hal yang berlaku. Dipendekkan cerita, call time pukul 11.00 pagi tapi pukul 12.30 tengahari saya baru memunculkan diri. Yang paling sadis, organiser dan pemenang lain menunggu saya. Biarpun saya dah minta suruh mulakan acara dulu tanpa perlu menunggu kehadiran saya. Tapi masih menunggu...


Sungguh saya malu...



Sebab saya betul2 ada masalah berbangkit pagi tu. Memang tak dapat nak elakkan diri untuk datang pada tepat masanya.

Sampai saja saya kat sana. Terus mulakan acara. Ucapan dimulakan dengan wakil dari pihak penaja iaitu 3M. Seterusnya wakil dari AEON (kalobrasi partner) juga memberi ucapan penghargaan.

Sebab penyampaian hadiah ini untuk 3 pemenang utama jer. So, memang kejap sangatlah habisnya. Hahaha. Alhamdulillah rezeki saya mendapat tempat kedua. Saya cuma hantar 1 entri jer uollls....Memang rezeki sangat ni :=)

Rasanya nama winner tempat pertama ni memang familiar bukan. Tapi yang menariknya, brother ni memang kaki contest yang tegar dan jenis suka join bersama isterinya. Padu betul!!!

Tempat ketiga, Jehan (kawan contest saya juga). Otai Jehan ni, jenis menang bukan kecik2. Semua jenis sapu yang Grand....Hahahahaha....Jehan memang terror buat slogan dan anak-anak dier memang "supportive", tolong edit dan bagi cadangan dekat mak dier pasal slogan yang direka :=)

Habis jer sesi penyampaian hadiah. Da jamuan makan tengahari disediakan. Sambil makan, pihak 3M buat demo tentang produk mereka. Aha! Sekarang saya dah tahu pemilihan dan cara penggunaan yang betul berus serta sponge keluaran 3M.

Suka pula tengok mock prize ada nama sendiri....Tahun 2016, saya berjaya mengumpul 6 mock prize..target 2017, nak 10 boleh ke idok...


Huhuhu..

Moga dipermudahkan dan dipemurahkan rezeki lagi. Amin.
Pencetus Motivasi Buat Diri Adalah Melalui Menghadiri Majlis Penyampaian Hadiah! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on January 08, 2017 Rating: 5

2 comments:

  1. Tahniah akak.Suka baca bebelan akak malam2 ni. Memang macma tuh kan..kadang mmod kita ke laut. Bila naik ke darat memang syok la. Yang sadis bila ke laut tuh laaaa..kena gak ada usaha takmo kasi patah semangat. Syok juga kak..ada blogger lain yang supportive macam Nanie and Cik Lily tuh. :)

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.