Wednesday, January 4, 2017

Pengakhiran 2016 Yang Baik, Dengan Perkahwinan Adik!

Sebenarnya ada banyak perkara yang saya nak coretkan...
I swear..ada banyak benda yang saya nak cerita...

Tapi kekangan masa...
Dan kemalasan yang melanda...
Tua ntara faktornya..
Mengapalah blog ni kadang 2 ada update..kekadang bersawang....

Menulis still my passion...
Cuma lately ni...
Saya banyak menghabiskan masa dengan membaca...

Will share with u guys, one day 😅

Tapi hari ni gagahkan juga naikkan satu entri...
Biarpun keje kat opis ni berlambak menanti (sorry boss, kih)

Saja nak share ngan korang...
Detik2 gembira that happened in the last month last year!


My adik dah kahwin....
So, sekarang ni semua adik beradik dah berkahwin..
Dah ada keluarga dan tanggungjawab sendiri, huhuhu


As usual malas nak tulis banyak2...ku hamburkan segala mak nenek gambar yang berjaya dirakamkan menggunakan IP. Cuci-cuci mata 😎 oraittt...

Saya ni 3 beradik jer (satu ayah satu mak). Dan semuanya perempuan. Alhamdulillah berkat didikan mak, semua adik-beradik saya sekarang hidup selesalah juga (ada kerjaya yang diidamkan). Dan juga masing2 berkahwin dengan lelaki idaman....Cia Cia Cia (mohon jangan mak bik dan mak sha baca,, hahahaha).

Walaupun adik beradik 3 orang ajer, tetap meriah sebab cucu mak ramai. Motippppppppppppp nak beritahu kat sini? Hahahahah

Ni pengantin lelaki. Amirul nama dier. Sangat pemalu ok. Hahaha

Dalam 3 beradik ni. Saya paling pendek dan cantekkk .. Hahahahahahahahahhaa...Muntah muntah...
Harap maklum poyo berlebihan ketika menaip entri ini...



Ekceli, masa hari kenduri. Ramai gila sedara mara yang datang. Tapi saya tak sempat nak amik gambar ke semuanya. Cuma nak habaq, ni antara kazen dan mak cik belah mak yang memang rapat gila dengan saya dan adik2. Ni belah2 dari Kuantan :=)

Pasangan bahagia..ececece...

Sebenarnya masa adik saya bertahu nak kahwin. Mula rasa macam tak percaya juga. Sebab kalau tengok karektor dan personaliti my adik ini jenis yang out going person, kaki skuba (merata2 pantai dan laut dia dah terjah every year), main segala jenis sport wakil opis- netball, badminton la....Dan dia ni memang jenis wanita kerjaya (kalau tengok dari segi pencapaian profesion, memang saya tabik pada umur dia sekarang dia boleh berada pada tahap itu).

Cuma kalau memang dah Allah tu dah tetapkan dier berjodoh pada sekian tahun...berjodohlah juga dengan lelaki yang dia cinta..githeww...

My mak dan adik.

My buah hati....rasanya Ameer dan Anaqi muka dowang ni paling banyak ikut muka saya. Yang lain harooommm... Sebab tu dua orang ni hensem. Hahahahaha

Laki saper lah ni....Nak jadi saksi sibuk mahin hengpon hahahahah...

Ni baru suku keluarga besar saya. Happy giler tengok gambar ni.....

Ada abah, abang, kakak, adik, ipar duai, kazen2, makcik2 dan ramai lagi....
Serius sebenarnya ramai lagi....
Tapi masing kelam kabut nak cepat..
Sebab nak bergambar kena tunggu amik turn....


Anyway TQSM for those yang coming....

Terutamanya sedara mara dekat dan jauh..kawan2 baik dan rapat...jiran tertangga...

Dan semua....love u gaisssss................


Buat Ecah dan Amirul...tahniah dari kakakmu yang vogue!

2 comments:

Mama Zharfan said...

suka tgk pic ur happy family :) adik2 u cantekkkk and ur new bil pun hensem hehheeh

Hani Fadhlina Abdul Rahman said...

Alhamdulillah & Tahniah... Semoga berbahagia sampai bila2...