rakshee by Rakshee Cafe

Sebenarnya ini adalah pertama kali saya menjejakkan kaki ke sini. Itupun atas kegigihan Nannie Iaa yang begitu beria nak makan kat sini. Mengidam ke apa minah ni? Iskkkkk

Dari luar nampak begitu esklusif cafe ni. Mungkin sebab keadaan susun atur dekorasi luar dan dalaman nampak agak hipster itu yang menjadi penarik kepada pengunjung untuk datang ke sini :=)

Hokeh!
Menu takdelah banyak mana. Cuma hidangan yang ditawarkan kebanyakan jenis western yang ringkas. Contohnya seperti mini size berger, spaghetti...dan ada juga dijual mee ala2 Boat Noodle...(katanya ini adalah tarikan pengunjung ke sini).  Selain itu bakso nugget juga antara menu yang laku keras ditawarkan di Rakshee Cafe

Antara yang sempat saya dan Nannie melantak...

Set menu berger size menu. Sedap juga, sebab roti dier lembut giler. Daging tu bakso dan disaluti dengan sos lada hitam.

Baked spaghetto balognese. Bagi saya biasa jer. Sebab ada keju melimpah kat atas tu..sedap tang tu. Maybe sebab saya jenis tekak tak berapa suka sangat rasa masam-masam sangat. So, memang bukan menu pilihan la.

Macam ais kosong memang FREE. Dia dah sediakan siap2 kat situ. Cuma kalau pilihan air dekat kedai ni tak banyak.Yang sanya perasa ada air teh botol Sosro dan untuk kali ini saya mencuba Fruit Tea Sosro dan ianya sedap!

Ni kalau korang ada apps GT Dollar, silalah kumpulkan banyak point GT. Nanti bolehlah redeem makanan kat kafe ni. Jimat gitewwwww

Comments