Solusi 2017 | Indahnya Hidup Ini Jika 5 Barangan Ini Dapat Dimiliki

Kedatangan tahun 2017 memberikan semangat baru buat saya untuk lebih bersungguh-sungguh merealisasikan segala yang diusahakan. Apatah lagi tahun baru ini saya perlukan sesuatu aura yang dapat memotivasikan kehidupan dalam merencanakan lebih banyak peluang dan bersifat optimis dengan segala cabaran mendatang.

Dan ianya perlu bermula dari rumah kediaman yang didiami. Ini kerana ianya adalah persekitaran yang kita bermula dan kita akhiri setiap hari. Di tahun 2017, saya idamkan 5 barangan kediaman yang saya boleh dapati dari LAZADA.MY . Dengan tawaran harga yang berpatutan didatangkan dengan pelbagai pilihan, ternyata LAZADA antara platform membeli-belah yang mampu memberi kepuasan kepada pelanggan. Dengan semuanya mudah dihujung jari, kita boleh memilih dan tidak perlu bersudah-payah dalam membeli.

Antara 5 barangan yang saya idamkan di permulaan tahun 2017 ini adalah:-

1. Cavenzi Sigma 1+6 Dining Set

Sesuatu yang menyeronokkan apabila kita dapat makan besar bersama keluarga. Dan saya memilih untuk memiliki set meja makan baru bagi menggantikan yang lama. Meja baru azam baru dan bersama ahli keluarga yang setia bersama πŸ‘ͺ. Makan dan duduk semeja berbual mesra. Bukankah indah namanya? Hehehe.

Saya memilih  Cavenzi Sigma 1+6 Dining Set kerana tertarik dengan rekaannya yang "simple"tapi masih kelihatan elegan. Didatangkan dengan menja yang berkaca di permukaan dan sememangnya ianya mudah untuk dibersihkan.


2. Home S 777 Sofa + Stool (Dark Brown)

Sofa di rumah saya sudah berusia lebih 3 tahun. Rasanya sudah tiba masanya untuk saya menukarkan kepada yang baru. Untuk memberi kelainan dan lebih memikat pada ruang yang sering menjadi tempat lepak saya dan keluarga. Pemilihan warna coklat kerana ianya agak memenangkan dan senang dipadankan dengan aksesori di dalam rumah yang sedia ada 😍.



3. 2 Pcs Set -Extra Thick Elegant Curtain - Dark Grey

Seperti sofa, langsir saya juga berusia lebih 3 tahun lamanya Melihat pada kualiti fabrik dan rekaan langsir yang ditawarkan di LAZADA.MY memang menjadikan mata saya begitu rambang untuk membuat pemilihan. Tapi memegang pada konsep "less is more", saya telah memilih langsir Thick Elegant berwarna kelabu gelap sesuai dengan konsep dekorasi rumah saya yang minimalis 😘



4. Selesa 8 inch Bonnell Spring Tilam Kelamin (Queen Size Mattress)


Malam tidak sempurna jika tidak mendapat tidur yang lena. Terbaring lena di tilam yang empuk dengan kualiti terbaik Sistem Bonnell Spring yang diperbuat dari fabrik polister sememangnya bebas bakteria dan "fungus". Yang pastinya dengan tawaran harga terbaik dan mampu dimiliki hanya boleh diapati dari LAZADA.MY. πŸ˜‹



5. Ergonomic Typist Swivel Office Chair Blue

Saya memang mencari-cari kerusi buat meja komputer. Pastinya pilihan saya kerusi pejabat yang mudah diÀdjust"dan memberi sokongan sepenuhnya di bahagian belakang. Ini kerana setiap kali saya menggunakan komputer, ianya akan mengambil masa yang berjam-jam lamanya. Pilihan saya Ergonomic Typist Swivel Office Chair Blue, sememang yang terbaik dari LAZADA.MY! 😎


Nah! Inilah pilihan barangan yang diidamkan dari LAZADA.MY bersempena dengan kedatangan tahun 2017. 

Jumlah Yang Dibelanjakan: RM2016.90, lagi 10 sen jadi RM2017, heheheh

Yang pastinya semua barangan yang ditawarkan di LAZADA pada harga sangat berpatutan dan begitu banyak pilihan yang memuaskan. Banyak lagi sebenarnya barangan yang menarik dan memang rambang mata apabila hendak membuat pilihan. Boleh rujuk pada pautan yang disertkan di bawah ya!


Moga tuah Ayam Jantan tahun ini memberi lebih banyak peluang dan kejayaan yang dapat diraih dengan gigih. πŸ‘Œ

Selamat Tahun Baru!

πŸ’–

Comments