Belajar Penyediaan Bento Bersama Abang Brian Dan Pengumuman Hari Sarapan Terbesar Bersama MILO® Malaysia 2017

Hai uollls...

Kempen Sarapan Pagi Bersama MILO kembali lagi. Dan untuk tahun 2017 ini  kempen Sarapan Pagi
MILO® masih terus menekankan kepentingan sarapan, dan mendidik ibu bapa mengenai keperluan tenaga harian anak mereka..

Kebanyakan ibu bapa mempunyai pendapat/jangkaan yang berbeza tentang keperluan tenaga harian anak-anak mereka. Saya sendiri seperti ibu bapa yang lain adakalanya tidak memahami dengan jelas tentang jumlah tenaga yang diperlukan oleh anak sepanjang hari dengan pelbagai aktiviti di rumah dan di sekolah.

Dan apa yang penting penyediaan sarapan seimbang untuk anak-anak perlu diambil berat bagi memastikan  mereka mendapat tenaga yang secukupnya. Ini terutama dari segi kualiti makanan itu perlulah berkhasiat dan memenuhi keperluan tenaga buat anak-anak yang sedang membesar.

""Sebagai peneraju untuk sarapan pagi, MILO® sentiasa menekankan kepentingan sarapan sebagai sumber tenaga yang penting untuk memulakan hari dengan betul. Setiap tahun kami mengkaji cara-cara inovatif untuk mendekati pengguna kami dalam berkongsi tentang kepentingan hidangan ini. Tanpa sarapan yang betul, kanak-kanak cepat berasa lesu kerana keperluan tenaga mereka tidak dipenuhi. Oleh itu, adalah penting untuk memadankan hidangan ini dengan MILO®, yang membantu untuk memulakan perlepasan tenaga dari makanan dengan berkesan "
Philomena Tan, Pegawai Eksekutif Perniagaan, MILO®,Malaysia.

Satu kajian telah dijalankan oleh MILO® mendapati kanak-kanak menggunakan sehingga 1,500 kcal tenaga pada hari persekolahan biasa, sama banyak dengan tenaga yang diperlukan untuk aktiviti intensiti tinggi seperti mendaki gunung, berenang 50 pusingan di kolam renang, atau berlari dalam acara separuh maraton. Ini juga dengan mengambil kira jumlah tenaga yang digunakan oleh kanak-kanak untuk melakukan pelbagai aktiviti seperti pembelajaran sewaktu sesi persekolahan, tuisyen, aktiviti sukan sepanjang hari, dari saat mereka bangun sehinggalah mereka tidur.

"Kanak-kanak boleh menjadi lebih bertenaga sekiranya mereka mengambil sarapan pagi yang berkhasiat dengan MILO®, yang memberikan mereka tenaga secukupnya untuk semua aktiviti mereka sepanjang hari - dari segi mental dan fizikal. MILO® mengandungi kalsium, Activ-Go ™, gabungan unik PROTOMALT® dan mikronutrien penting - vitamin dan mineral yang membantu pertumbuhan keseluruhan kanak-kanak dan tumbesaran,"
Nurul Iliani Ahmad, Pakar Pemakanan Kanan, Nestlé (Malaysia) Berhad.


Di sesi pengumuman Kempen Sarapan Bersama MILO 2017, turut hadir Chef Brian atau lebih dikenali sebagai Abang Brian yang turut sama berkongsi cara penyediaan sarapan yang menarik seperti bento.

Dan para media yang datang bersama anak-anak turut sama menyertai bengkel penyediaan bento hasil tunjuk ajar Abang Brian. Saya juga tidak terkecuali, memang berasa teruja apatah lagi anak saya yang turut sama-sama belajar cara penyediaan bento ini.

Abang Brian juga menguji daya kecerdasan anak-anak melalui pemahaman mereka tentang kelompok makanan dan kumpulannya. Ternyata semua anak-anak yang datang dapat meneka dengan tepat. Hebat bukan?

Ada 3 jenis muka karektor yang boleh dicuba. Tapi kami telah mencuba rupa beruang kerana ianya lebih menarik dan mudah juga.

Bahan-bahan yang disediakan oleh pihak penganjur dalam aktiviti bento.

Afiq yang mendapat bantuan dari kakak yang baik hati. Oh ya! Ini adalah permulaan aktiviti yang mana semua anak-anak perlu membentuk wajah karektor yang dipilih.

Untuk Akid dan Afiq mereka sudah boleh berdikari sendiri melakukan aktiviti ini sambil mendapat panduan dari Abang Brian.

Tidak bagi Amani dan Ameer, masing-masing masih memerlukan sokongan saya untuk beraktiviti. Tapi percayalah aktiviti ini biarpun nampak mudah tapi ianya tetap menyeronokkan. Apatah lagi kita dapat meluangkan masa bersama anak-anak sesuatu yang tidak boleh dibeli dengan wang ringgit :-)

Tadaaaaaaaa...hasil dari Ameer (kolabrasi dengan mak dia sepenuhnya) dan juga Amani.

Ini pula hasil dari Akid dan Afiq. Comelkan, hehehe....

MILO® telah menganjurkan Hari Sarapan Terbesar MILO® di seluruh negara, di mana rakyat Malaysia boleh mengambil bahagian dalam MILO® Breakfast Run, mencuba pelbagai aktiviti dan permainan menarik, serta menikmati sarapan percuma bersama keluarga mereka. Ini adalah sebagai sebahagian daripada usaha untuk mendekati lebih ramai masyarakat dan menggalakkan lebih rakyat Malaysia di seluruh negara mengambil berat tentang pengambilan sarapan setiap hari. 



Acara Hari Sarapan Terbesar MILO® Malaysia 2017 akan dimulakan  di Pulau Pinang pada 19 Mac 2017. Dan seterusnya Hari Sarapan Terbesar MILO® Malaysia akan menjelajah di bandar-bandar berikut pada minggu-minggu seterusnya yang akan datang:

Untuk maklumat tentang kempen Hari Sarapan Terbesar MILO® Malaysia dan cara-cara untuk mengambil bahagian dalam acara Hari Sarapan Terbesar MILO®, sila layari www.milo.com.my

Comments

efa said…
wow syoknya ni...menarikk
minum milo panas pagi pagi mmg syok
NanyFadhly said…
Alaaa...suka sangat part buat food macam tuh. Saya nak join gak kak! hahaha! dulu masa dok Jepun memang cemerlang la bento saya. HAHAH! puji diri sendrik. Balik Malaysia sumer main campak-campak ajer dalam bekas. Tak sempatttt~~~

Popular Posts