BLISS PLUS: Minuman Yogurt Premium Untuk Kebaikan Usus Dan Kaya Dengan Khasiat Semulajadi!


Minuman yogurt merupakan antara kegemaran rakyat Malaysia. Memahami tentang fenomena itu,  Nestlé® BLISS® kini tampil dengan variasi produk premium terbaru yang berkualiti tinggi iaitu BLISS® PLUS. Produk BLISS® PLUS ini kaya dengan khasiat, baik untuk usus dan pelbagai lagi kelebihannya.

Sepertimana yang kita ketahui sebahagian besar rakyat Malaysia hari ini sentiasa mengamalkan gaya hidup aktif. Di mana mereka sentiasa berusaha untuk membahagikan masa antara kerja dan juga aktiviti personal tanpa menjejaskan kesihatan mereka.
Rakyat Malaysia yang aktif sentiasa berterusan mahu mengekalkan badan yang sihat biarpun mereka kesuntukan masa. Hal ini menjadi pendorong kepada permintaan produk berkhasiat yang memudahkan pengguna. Ini dibuktikan dengan peningkatan kewujudan produk kesihatan seperti jus perahan segar, bar salad, kedai suplimen kesihatan dan gim. Dan penggemar yogurt adalah dikalangan mereka yang sentiasa mencari minuman yang diperkaya dengan segala kebaikan lebih-lebih lagi minuman yang dapat membantu sistem penghadaman mereka.

BLISS ® PLUS merupakan minuman yogurt pertama di Malaysia dengan kombinasi kultur hidup (probiotik) dan inulin (prebiotik) untuk kebaikan usus  serta diperkayakan dengan pelbagai zat buah-buahan yang berkhasiat tinggi (Super Fruits). Inulin (prebiotik), yang diperoleh daripada akar chicory merupakan bahan penting untuk proses penghadaman. Prebiotik merupakan sejenis makanan yang memberi kesegaran secara menyeluruh untuk bahagian usus . Selain daripada Inulin, BLISS ® PLUS juga diperkaya dengan khiasiat kultur hidup, iaitu sejenis prebiotik yang terdiri daripada Lactobacillus Acidophilus, Streptococcus Thermophilus dan yang paling penting Bifidobacterium Lactis yang bertindak menghadamkan makanan untuk penyerapan secara menyeluruh.

“Rakyat Malaysia kini lebih cenderung mencari pilihan yang bijak serta menjalani gaya hidup yang sihat, sehingga sanggup melabur masa dan wang untuk memperoleh produk serta mengikut trend kesihatan terkini seperti, jus perahan segar, senaman dan juga mengamalkan diet organik. BLISS ® PLUS merupakan minuman yogurt premium yang ideal untuk mereka yang mahukan produk berkualiti tinggi dan sesuai dengan gaya hidup sihat mereka tanpa perlu berkompromi dari segi kebaikan dan rasa untuk usus yang baik,” jelas Wilfrid Foo Pegawai Eksekutif Perniagaan Tenusu Dingin Nestle Malaysia, pada majlis pelancarannya di AEON, Mid Valley Megamall, Petaling Jaya baru-baru ini.

Untuk rasa yang hebat dan asli, BLISS ® PLUS boleh didapati dalam tiga jenis kombinasi buah-buahan yang sedap serta diperkaya dengan nutrien dan vitamin, iaitu ‘Epal, Delima & Cranberi’, ‘Epal, buah Markisa & Lemon, dan ‘Epal, Beet Merah &; Prune’. Kesemua buah-buahan ini terkenal dengan manfaat semula jadi seperti antioksidan, vitamin, serat dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjur lanjut mengenai Nestle® BLISS® PLUS, sila melayari layari

Comments