Keseronokan Anak Saya Bermain dan Membina "Epic Stunt" Dari Komponen Terbaru Hot Wheels

Bersempena dengan cuti sekolah Mattel telah mengadakan pameran Hot Wheels dengan memperkenalkan 2 produk baru mereka di pasaran iaitu The Hot Wheels Stunt Box dan Hot Wheels Track Builder Construction Crash Kit. Selain itu pengunjung cilik juga berpeluang mencuba sendiri keseronokan membina dan bermain dengan produk mereka di pameran mereka yang berlangsung di Blue Concourse Sunway Piramid.

Kereta klasik sememangnya koleksi antik dan epik buat peminat kereta-kereta yang tegar!

 Apa yang menarik di pameran ini, terdapat banyak jenis koleksi kereta Hot Wheels dipamerkan. Dan pelbagai jenis trek yang boleh dicuba oleh pengunjung cilik di sini.

Kagum dengan jenis trek yang dipamerkan. Dan ianya sememangnya antara trek yang diminati kanak-kanak yang sukakan koleksi Hot Wheels.

Tapi yang lebih menarik, untuk  koleksi terbaru Hot Wheels kali ini lebih mencabar dan mampu menguji kemahiran kanak-kanak terutama dari segi menguji kreativiti mereka dalam seni pembinaan.

 Antara set pembinaan dari "Ëpic Stunt"yang mencuri perhatian. Nampak simple tapi agak kompleks bergantung kepada daya kreativiti si cilik menjadikan litar kereta sepertimana yang mereka inginkan. Apatah lagi untuk koleksi terbaru ada 'brick' yang membolehkan si cilik membina sendiri halangan dan menjadikan litar mereka bertambah menarik.

 Sesi demonstrasi yang tunjukkan oleh abang jurutera dan pembantunya. Memang meriah!

 Lihat sahaja Afiq, Ameer dan Akid yang begitu bersungguh bermain dengan trek di kawasan pameran.

Permainan Hot Wheels ini bukan sahaja menyeronokkan bahkan kegembiraan bermain ini boleh dikongsi bersama adik-beradik yang lain. Berkongsi hobi yang sama sememangnya sesuatu yang begitu istimewa. 

Jangan lupa uolls untuk bawa anak-anak anda ke pameran Hot Wheels di Blue Concourse Sunway Piramid bermula dari 21 Mac 2017 sehingga 26 Mac 2017 dan sertai pelbagai aktiviti yang disediakan sepanjang pameran berlangsung. 

Dan jangan lupa sertai aktiviti ini..

Pergi ke booth untuk pendaftaran.

Dan si cilik anda brpeluang mendapatkan kad ahli "Little Engineer". Comelkan :-)

Dan kalau uolls membeli barangan Hot Wheels di sini, untuk jumlah nilaian tertentu anda berpeluang mendapatkan banyak hadiah percuma yang menarik.

Bukan sahaja kereta permainan Hot Wheels, set trek Hot Wheels, bahkan terdapat juga barangan esklusif Hot Wheels dijual di sini.

Antaranya seperti alat tulis, beg sekolah dan banyak lagi.

Dan jangan lupa dapatkan dua produk terbaru Hot iaitu The Hot Wheels Stunt Box dan Hot Wheels Track Builder Construction Crash Kit. Memang laku keras kedua produk ini di sini.
The Hot Wheels Stunt Box 

Hot Wheels Track Builder Construction Crash Kit

Keterangan lanjut boleh layari:-

Comments