Promosi Ho Ho Chiak di Tung Yuen Chinese Restaurant Grand BlueWave Hotel Shah Alam


Menyediakan hidangan Cina istimewa adalah antara budaya masyarakat Cina, ini termasuklah masakan unik yang berasal dari pelbagai rantau China dan masyarakat Cina di serata dunia. Ho Chiak adalah dialek Hokkien yang membawa maksud makanan yang bagus dan lazat. Perkataan Ho Chiak juga biasanya digunakan untuk menggambarkan makanan yang lazat di restoran atau mana-mana kedai makan.

Dan untuk promosi terbaru dari Tung Yuen Chinese Restaurant Grand BlueWave Hotel Shah Alam (yang mempunyai persijilan Halal) telah membawakan promosi istimewa Ho Ho Chiak untuk tetamu buat pelanggannya, Ini membolehkan pelanggannya menikmati lebih banyak jenis hidangan dengan harga yang berpatutan di dalam suasana hotel 5 bintang.

Promosi Ho Ho Chiak ini telah disediakan secara eksklusif oleh Chef Patrick Ng dari Tung Yuen Chinese Restaurant. Hidangan ini disajikan setiap hari untuk waktu makan tengahari bermula dari 11:30 pagi sehingga 2:30 petang dan manakala untuk makan malam ianya bermula pada jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam. Promosi Ho Ho Chiak ini disediakan pada tempahan hidangan untuk minimum 2 orang.  Harga yang ditawarkan adalah RM57.00 + per orang.

10 jenis dimsum stim dan goreng, 4 jenis claypots dan juga pencuci mulut. Antara dimsum yang ditawarkan seperti chicken Dumpling, Fresh Prawn Crystal Dumpling, Golden Ocean Leaf Dumpling, Phoenix Eye Dumpling, Steam Seafood Dumpling with Crab Roll, Steam BBQ Chicken Bun, Deep Fried Yam Ball, Deep Fried Vietnamese Spring Roll, Pan Fried Shanghai Gua Tie dan Steam Glutinous Rice with Chicken and Mushroom (Loh Mai Kai).


Selain itu terdapat hidangan  claypot seperti Stir Fried Szechuan Style Fish Fillet, Braised Sliced Top Shell Abalone with Seasonal Vegetable , Baked Cheese Prawn with Mantao dan Fried Rice with Crab Meat. Kemudiannya di sudahi dengan pemanis mulut Chilled Longan with Sea Coconut yang sangat menyegarkan.









Pelanggan adalah digalakkan untuk membuat tempahan terlebih dahulu di talian di 03-5511 8811 ext. 2616 atau Bahagian Telemarketing ext. 2724. Semua harga adalah tertakluk hanya kepada 6% GST. '

Tung Yuen Chinese Restaurant adalah Halal dan telah mendapat pengiktirafan dari JAKIM.

Harga: RM57.00 + bagi setiap orang (minimum 2 orang)
Hari: Isnin - Ahad
Masa: 11:30-02:30 (Makan Tengahari) 18:30-10:30 (Makan Malam)
Tempat: Tung Yuen Chinese Restaurant, Aras 1
Pengurus Hotel: Tuan Haji Mohd Ghazali bin Sayed Ibrahim
Executive Sous Chef: Chef Firdaus bin Ismail
Cina Chef: Chef Patrick Ng

Keterangan lanjut boleh layari : FB Grand BlueWave Shah Alam

Comments

mama tisya said…
wah blog berwajah baru inetrface...fav dimsum