Shell Out di Restoran Seafood Hotel Apps Kuala Selangor

Apps Hotel
12, Jalan Peninsula Utama 1,
Peninsula Park,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan.
Office : +603-32772172
Mobile : +6012-2337725

Kali ini kami pergi review makan-makan agak jauh sedikit iaitu Kuala Selangor. Sepertimana yang kita ketahui, Kuala Selangor bukan sahaja terkenal sebagai salah satu bandar bersejarah. Bahkan pekan kecil ini juga terkenal dengan hasil tangkapan laut yang segar-segar. Bak kata orang " It's fresh from the ocean"!

Untuk kali ini, kami akan mencuba "shell-out" yang sememangnya cukup popular bagi mereka yang menggemari hidangan laut yang dimasak dalam pelbagai cara. Kami telah mencuba di restoran makanan laut Hotel Apps, letaknya betul berhampiran dengan Pekan Kuala Selangor, berdekatan juga Hypermarket Giant Kuala Selangor.

Muka excited bila tengok seafood..hikhik

Harga pakej Shell Out yang ditawarkan di sini. Memang berbaloi dan berpatutan uolls!

Yang menarik didatangkan juga dengan hidangan tomyam istimewa. Yang mana ianya diperbuat dengan air kelapa segar dan juga isi kelapa. Sesuatu kelainan dalam hidangan tomyam yang pernah dicuba sebelum ini.

Ini adalah hidangan 'side'yang mama sayur kangkung digoreng garing bersama tepung. Dihidangkan bersama sos cili yang rasanya pedas-pedas manis.

Antara hidangan Sheel Out yang telah dicuba seperti:-

Butter Lemon

Kurang pedas. Sesuai untuk kanak-kanak yang tidak boleh makan pedas. Tapi saya memang suka rasa creamy dengan sedikit percikan herba dan lemon. Percikan lemon tu menjadikan hidangan ini tidak muak dan menambah kelazatan hidangan laut.

Kam Heong

Peminat extra pedas, bolelah mencuba hidangan shell out dimasak ala Kam Heong. Memang pedas menyengat! Tapi biarpun pedas, rasanya tetap mantap sedap. Cukup rasa dengan pedas, istimewanya digaul sempurna pada hidangan laut yang diorder.

Asam Pedas

Untuk hidangan ini rasanya tidak terlalu pedas sangat. Sesuai untuk semua peringkat umur. Kekuatannya pada rasa asam dan pedas, paling penting ianya berkuah tidak terlalu kering. Ada setengah pelanggan memang suka hidangan Shell Out yang ada kuah sedikit sebab mereka memang ingin menikmatinya bersama nasi.

Lihat sahaja keterujaan anak saya apabila melihat staff Hotel Apps menghidangkan makanan di atas meja. Macam-macam jenis hidupan lautan yang boleh dimakan. Heheheh

video
Drooling!!!!!!

Kenapa hidangan Shell Out hari ini cukup popular di kalangan rakyat tempatan? Antara sebabnya ianya menawarkan pelbagai jenis hidupan lautan yang segar dalam satu hidangan. Paling seronok jenis masakan ini boleh dikongsi bersama ahli keluarga/rakan yang lain dalam satu meja. Seumpama menikmatinya dalam satu dulang tapi ianya lebih berkongsi di atas satu meja yang besar. Seronok bukan?

Di perkarangan hotel Apps (berhadapan dengan restoran), terdapat kereta antik dan juga meriam lama yang boleh kita bergambar secara dekat. Menarik juga kerana ianya agak epik apabila melihat dekorasi luar yang meletakkan sesuatu antik dan bernilai dalam sejarah manusia. :-)


Meriam dan Kuala Selangor tidak boleh dipisahkan, hehe

Untuk merasai sendiri kesegaran masakan seafood yang segar-segar, bolehlah turun ke Restoran Seafood Hotel Apps Kuala Selangor. Dengan harga yang sangat berpatutan dengan hasil masakan yang sedap ternyata berbaloi untuk anda ke sini. Di belakang restoran ini juga kita boleh melihat hidupan kelip-kelip (jika datang waktu malam), melihat burung-burung helang dan banyak lagi. Bukan itu sahaja, apabila ke Kuala Selangor anda juga boleh ke Bukit Melawati (tidak jauh dari restoran) untuk melihat sendiri peninggalan sejarah Kesultanan Selangor dan kesan penjajahan/peperangan Bugis serta Belanda yang pernah berlaku pada abad 18 dan 19.

Semuanya menarik di Kuala Selangor!

http://www.appshotel.com.my/
https://www.facebook.com/appshotel

Comments

MrsEnoxis said…
X tau pun kewujudan kedai ni..nmpk sedap sangat seafood dia..

Popular Posts