SOFEAROSE ROAD TO LONDON

Saya memakai long shawl THALIA BASIC 2.0 - LS03 GRAPE

Bagi wanita berhijab seperti saya tentunya saya sentiasa mencari kepuasan apabila memilih hijab yang hendak digunakan setiap hari. Paling penting fabriknya perlulah selesa, senang dibentuk dan dijaga dan apabila memakainya penampilan kita lebih berkeyakinan serta ceria!

Diperkenalkan dengan jenama SOFEAROSE yang mengeluarkan pelbagai rekaan istimewa seperti hijab- long shawl, instant shawl dan lain-lain serta pakaian muslimah seperti baju kurung, jubah dan blouse yang cantik memang mengujakan saya.

 Apatah lagi kualiti fabriknya sangat lembut tapi tetap mudah dibentuk. Memang kalau dilihat sendiri materialnya memang berkualiti. Bayangkan saya memakai hijab ini tanpa perlukan pin. Ini kerana ianya cukup panjang untuk dililit dan tidak mengambil banyak masa untuk memakainya.

Terdapat pelbagai pilihan corak dan rekaan dari website www.sofearose.com dan semuanya menarik dan cantik.
Setiap pembelian akan didatangkan dengan kotak esklusif, label dan tag SOFEAROSE. Paling best shawl yang menjadi pilihan saya ini merupakan cetakan khas. Jadi ianya sangat esklusif dan unik!

Oh ya! SOFEAROSE juga akan menyertai pertunjukan fesyen yang berprestij di London dengan membawa konsep ART TO WEAR, SOFEAROSE x YUSOF GHANI SEGERAK DI LONDON


Bertambah menarik dalam pertunjukan fesyen solonya, Sofearose akan membawa konsep Modest Fashion. Di mana dalam setiap busananya diinspirasikan daripada pereka fesyen Hilal Oguzkan yang telah mengetengahkan konsep modest di dalam setiap sentuhannya. Memang menarik!


Kita juga pasti tertanya-tanya mengapa SOFEAROSE memilih konsep MODEST? Untuk pengetahuan semua pertunjukan fesyen kali ini SofeaRose membawa motto Exclusive Urban Fashion, yang menekankan bahawa simple is sophisticated.  Secara tidak langsung ianya lebih mendekatkan dengan para wanita yang sentiasa memerlukan kesempurnaan dalam berpenampilan tetapi di dalam konteks yang lebih sederhana. 

Dan kali ini untuk pemilihan warna busana kesemuanya adalah berlatarkan putih dan krim. Ini adalah kerana SOFEAROSE ingin mengetengahkan rona Bumi seperti warna tanah, tumbuhan dan air demi keserasian elemen fesyen dan lukisan selain memelihara identiti Yusof Ghani yang menjadikan elemen alam sebagai unsur di dalam setiap karya. Ini sepertimana yang dapat kita lihat dalam lukisan yang dipersembahkan pada  setiap rekaan Ombak, Seni Tari dan Wajah   

Tidak dinafikan pemilihan material fabrik juga sering diambil berat kepada peminat-peminat fesyen. Seperti koleksi SOFEAROSE ianya menggunakan Bridal satin, chiffon, organza. Ini bagi menampilkan lambang kemewahan dan kolaborasi.  Selain itu, penggunaan bridal satin dan organza sebagai material utama dan kemasan adalah untuk menyerlahkan sisi feminin dan ketegasan di dalam setiap rekaan. Untuk perincian pada setiap koleksi akan dihiasi dengan detailing, embroidery ekslusif sebagai kemasan terakhir.

SOFEAROSE telah memilih untuk berkolaborasi  dengan Yusof Ghani merana beliau adalah antara pelukis yang menghasilkan karya expresionist dari segi elemen warna dan karya. Yusof Ghani juga merupakan ikon pelukis kontemporari negara.


Sememangnya kolaborasi antara industri fesyen dan lukisan ini merupakan yang pertama di dalam industri fesyen tanah air. Bagi koleksi kali ini terdapat dua cerita di dalam setiap rekaan yang dihasilkan. Ataupun lebih jelas lagi, setiap busana yang dihasilkan mempunyai dua cerita yang berbeza dari sudut fesyen dan karya lukisan. 



Contohnya Busana karya Seribu Wajah melambangkan kebebasan. Potongan busana mengambil inspirasi sayap burung dan karya Seribu Wajah yang melambangkan expresi wajah setiap manusia mempunyai mood dan peranan yang berbeza-beza.

 "SEGERAK 'menceritakan' kehidupan yang diekspresikan di dalam bentuk visual. 

Hasil karya dari Yusuf Ghani menjadi tarikan kerana ianya mempunyai karya yang kukuh dari segi tenaga, mainan warna dan ketegasan dari segi brush stork beliau. Selain itu karektor dalam diri Yusuf Ghani iaitu bersifat expresionist menjadikan setiap karya yang dihasilkan mempunyai maksud yang tersendiri dari segi mainan emosi dan pandangan. Dan  betapa hebatnya apabila ini merupakan karya pertama Yusof Ghani yang diangkat dalam bentuk fesyen kreatif dan juga pertama kali di kalangan industri seni dan fesyen Tanah Air.

Ini memang hebat dan mengagumkan apabila hasil seni digabungkan bersama dunia fesyen!


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang SofeaRose, boleh layari www.sofearose.com

Comments

mama tisya said…
Cantik.. Nk2 ada pink22