The Morning After di SkyPark Terminal


Buat pencinta kopi..
Buat pencinta makanan enak...

Bolehlah mencuba hidangan di kafe The Morning After yang terletak di SkyPark Terminal. Kafe yang membawa kembali keunikkan rasa kopi yang sebenar dengan kombinasi rasa dan aroma terbaik.
The Morning After  Cafe SkyPark telah dilancarkan pada 2 Januari 2017 dan menjadi "hot spot" terbaik buat pengunjung terminal.

Kafe yang bermula diperkenalkan di Melbourne, Australia dan kini The Morning After
semakin terus berkembang. Dan untuk tahun ketiga pengenalannya sudah terdapat 7 cawangan di serata Lembah Klang dan juga terdapat di bahagian Utara. 

Antara hidangan makanan yang ditawarkan di sini. Semuanya menu barat daripada hidangan berat sehingga kepada yang ringkas.

Begitu juga minuman yang ditawarkan. Pelbagai jenis minuman panas dan sejuk.

Antara hidangan yang telah saya cuba seperti:-

Ni adalah hidangan American Dream. Potion agak besar dan memang kenyang sangat :=)

Spicy Aglio Olio. Hidangan ini  memang terbaik. Apatah lagi rasa pedasnya cukup kena dengan selera saya.

Salted Caramel Machiato. Menikmati panas-panas menyempurnakan kehidupan seharian.

Kiri sekali- Roasted Tea Latte (sejuk)

Dan juga beberapa hidangan ringgan lain yang mencuri pandangan saya ketika berada di sini, seperti:-
Dengan campuran biji kopi Brazil dan India, menjadikan kopi yang ditawarkan di kafe di sini antara yang terbaik. Apatah lagi turut didatangkan dengan pelbagai jenis hidangan seperti pasta, burger, hidangan nasi, dan banyak lagi.

Antara lokasi cawangan The Morning After Cafe seperti SkyPark Terminal, Ativo Plaza, T6 Light Grey Mall, M Roof , Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Damansara Utama (Coffee Bar), dan Mercu Summit Suites.


Untuk maklumat lanjut mengenai The Morning After, sila layari :-

laman web 

atau 

Facebook rasmi 

Comments