Kemeriahan Pet Fiesta!

Pada 15 April yang lepas saya berkesempatan mengunjungi ke Pet Fiesta di Setia Alam Convention Centre Selangor. Kunjungan kali ini saya telah membawa Ameer, Amani dan Afiq. Sebab dowang ni dikalangan anak saya yang paling excited terutama untuk mendekati haiwan perliharaan yang jinak dan comel.

Apa yang menarik di Pet Fiesta ini, kita akan bertembung dengan ramai pengunjung yang membawa binatang perliharaan ke sini dan mereka telah menyertai pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak penganjur. Paling mencuri perhatian adalah Pertandingan Kucing, Arnab, Anjing yang telah diadili oleh juri profesional. Terdapat banyak kategori yang menarik contohnya paling cantik, paling kecil, paling panjang, paling pendek dan banyak lagi. Ada juga grooming class buat si anjing dan kucing yang comel juga ya!

Mini zoo antara menjadi tarikan selain dari kaunter pengambilan haiwan angkap (adoption pet) yang ditawarkan pakej permulaan dengan percuma. Turut di Fiesta terdapat pameran reptilia oleh REPO (ular, kameleon, cicak, 'bearded dragon', dan sebagainya). Selain daripada itu terdapat juga jualan-jualan produk makanan khas untuk haiwan peliharaan seperti kucing, anjing, arnab dan banyak lagi.

Antara yang mencuri perhatian saya ialah :-

Besar dan cantik bulu anjing ni....

Rata-rata pengunjung yang datang ke sini membawa haiwan jagaan kesayangan mereka dengan "stroller". Cute sangat, hehehe.

Nampak sangat garang tapi amat patuh dengan arahan tuannya...

Seumpama acara cosplay! kebanyakan haiwan yang datang ke sini turut dipakaikan dan dihiaskan dengan pakaian yang menarik dan cantik.

Tengok kepada karektor dan rupa anjing ini teringan kepada filem 8 Below lakonan mendiang Paul Walker. Kisah anjing yang begitu setia dan sayangnya kepada tuannya yang sanggup berjuang untuk hidup demi kembali kepada tuannya yang dikasihi.

Usia kucing ini 3 tahun. Seekor kucing yang suka makan dan sangat manja (clingy).
Tipikal kucing dari baka mahal. Nampak garang tapi sebenarnya sangat jinak.

Garfield edisi warna hitam. hehehe. Kuat betul tidur. Comel pula tu.

Anak saya memang geram dengan anak kucing yang comel macam ni. Terutama anak kucing yang suka bermain bila diusik :-)

Cam princess sangat, hehehehe. Memang ala-ala diva gaya kucing ini. Jenis posing pun sama dan jenis duduk diam tidak berapa mesra dengan orang luar. 

Bila saya perhatikan gelagat-gelagat haiwan perliharaan di sini memang ada pelbagai karektor. Memang comel dan mengagumkan. Apa yang lebih menarik, binatang perliharaan ini semuanya dijaga dan dibelai dengan penuh kasih sayang oleh pemilik-pemilik mereka.

My Ameer yang excited!


The dragon!! Hiks, inspirasi dari cerita "How to train your dragon". spesis 'rare' dan eksotik hanya orang yang tertentu suka memeliharanya.

Alololo comelnya adik manis yang sedang membuat promosi di booth jualannya.

Seperti yang saya war-warkan terdapat banyak promosi produk makanan haiwan perliharaan.  Ada Royal Cann, Snappy Tom dan banyak lagi. Tetapi saya lebih tertarik dengan promosi yang ditawarkan di booth Snappy Tom. Bukan sahaja harga yang ditawarkan jauh lebih murah dari pasaran tetapi booth ini menyediakan pelbagai aktiviti berserta dengan banyak cenderahati yang diberikan kepada pengunjungnya.



Memang rambang mata apabila berada di sini!

Terdapat jug abooth yang menjual makanan untuk anjing, arnab dan lain-lain.

Mandian dan pencuci khas pun ada ya!

Aksesori dan permainan untuk haiwan kesayangan oun ada!

Jika berminat untuk membaca bagii mendapat lagi ilmu perkongsian mengenai haiwan perliharaan kucing. Boleh dapatkan Majalah Meow di pasaran.

Farm in the City juga membuka kaunter jualan tiket. Harga yang ditawarkan jauh lebih murah jika membuat pembelian di kaunte rmereka ataupun secara online. Yang mana harga promosi hanyalah ditawarkan pada Pet Fiesta ini sahaja. Memang seronok jika dapat membawa anak datang berlibur ke sini sekaligus dapat mendekatai serta mengenali secara dekat haiwan-haiwan jinak.

Memang seronok moga saya dan anak-anak berpeluang ke Pet Fiesta akan datang lagi!

Comments

Popular Posts