Pencarian Model Muslimah Enigma Boutique Kini Ditemui!



Malam Pelengkap Hati Enigma telah berlangsung pada 8 April 2017 bertempat di Grand Ballroom Tropicana Golf & Country Resort. Malam yang gilang gemilang ini dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Jeanne Abdullah isteri Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi. 

Majlis juga turut dimeriahkan lagi dengan persembahan oleh Ayu Damit selaku Duta Enigma
Boutique dimana beliau akan menyanyikan single terbaru “Pelengkap Hati” yang liriknya ditulis oleh pengarah Enigma Boutique. 

Tujuan utama majlis ini adalah untuk pelancaran Logo baru Enigma Boutique seiringi dengan penjenamaan semua produk Enigma. Logo baru ini berpaksikan kepada perkataan “EB” yang membawa maksud Enigma Boutique. Logo baru ini dipilih berdasarkan konsepnya seperti berikut :

Elegan, Prestij - dari swirl effect
Hujung tajam menunjukkan ke Jannah
Huruf dibentukkan seperti bunga bermaksud 'Beauty'

Selari dengan pertukaran Logo,Enigma Boutique telah menganjurkan pencarian model muslimah untuk imej baru Enigma Boutique. Dan di malam kemuncak 8 finalis dimana hanya seorang sahaja yang bakal dinobatkan sebagai juara. 

“Pelengkap Hati “ dipilih sebagai tema bagi majlis ini atas kesinambungan slogan Enigma Boutique “Beauty till Jannah”. Impian dan harapan Enigma Boutique direalisasikan seterusnya dengan sentuhan sempurna CST Production dalam filem pendek “Pelengkap Hati”. Secara eksklusifnya juga telah ditayangkan pada malam pencarian model muslimah 2017.

 Crown yang dikatakan bernilai hampir puluhan ribuan ringgit menjadi rebutan finalist.

 
 Rakan media yang turut mengambil peluang mengambil gambar bersama bekas Juara Pencarian Model Muslimah tahun lepas.


Sedikit info mngenai Enigma boutique :

Enigma boutique merangkumi ruang vvip, tatarias, jahitan, tempat dandanan dan studio mini bagi tujuan fotografi. Butik ini beroperasi setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Objektif butik adalah untuk mengalakkan wanita muslimah berfesyen, harga mampu milik bagi golongan pertengahan dan pakaian yang menepati syariat islam.

Enigma boutique menyediakan pelbagai jenis produk seperti baju kurung,dress, jubbah, kurta dan baju melayu bagi lelaki. Bagi wanita pula terdapat pelbagai jenis tudung, blouse, skirt, seluar, dress dan abaya. Selain dari pakaian, terdapat juga aksesori seperti kerongsang, inner tudung, inner baju. Harga produk adalah bermula dari rm 10 – rm 2000.



Untuk tempahan secara talian:

atau


psst: kredit most of the pictures to cyril

Comments