Posts

Showing posts from May, 2017

Kebaikan Produk Tenusu Fonterra Dalam Setiap Hidangan Istimewa Untuk Ramadhan

Image
Produk tenusu samada susu, minuman kultur dan keju antara yang paling digemari semua masyarakat di kira mereka berasal dari mana sahaja. Produk seperti ini bukan sahaja enak bahkan ianya banyak mengandungi khasiat seperti protein yang sangat diperlukan oleh badan kita.
Bersempena dengan ramadhan tahun ini Fonterra Malaysia jenama tenusu terbaik dari New Zealand telah berkongsi tentang beberapa resepi yang sihat dan mudah boleh disediakan dari dapur rumah kita sendiri. Sekaligus resepi yang dikongsi boleh memberi idea buat kita yang masih mencari-cari hidangan terbaik untuk disediakan samada waktu sahur ataupun berbuka.
Oh ya! Untuk kali ini demonstrasi masakan adalah dari Puan Manisya Ismail (Co-operative affairs Manager and Chairman of Halal Committee Fonterra Brands Malaysia Sdn Bhd) dan  Nurul Aziah Muda (Consultant Dietitian).

Puan Manisya Ismail telah menunjukkan 2 resepi menarik iaitu :-
Cultured Mango Tango SmoothieChicken and Potatoes Mini Pizza

Cultured Mango Tango Smoothie Ba…

Taman Permainan "INDOOR" Terbaik Buat Anak-Anak....

Image
Dunia kanak-kanak adalah penuh dengan keriangan.. Mereka akan gembira sepuas-puasnya.. Bermain dan berkawan... Belajar dan aktiviti tanpa batasan..

Berada di Dreamworld Indoor Play Centre, seolahnya berada di taman syurga kanak-kanak. Taman permainan yang berkonsepkan 'indoor', sememangnya direka khas untuk bermain dengan selamat buat anak-anak dibawah 12 tahun.
Apa yang menarik taman permainan indoor ini berkeluasan 600 kaki persegi mampu memuatkan seramai 120 orang kanak-kanak pada satu masa. Dengan susunan alatan permainan yang sangat teratur menjadikan taman tema 'indoor' ini begitu selamat dan memberi keselesaan untuk anak-anak bebas bermain.
 Peralatan permainan di sini terdapat pelbagai fungsi yang sangat membantu stimulasi pergerakan anak-anak sekaligus merangsangkan daya pemikiran anak ketika mereka bermain, Pelbagai halangan kecil yang perlu anak ini atasi, dan secara tidak langsung dapat membina keyakinan dalam diri mereka.

 Dengan pantauan ibu ayah/penjaga…

Panasonic Ketupat Rendang Brownies

Image
Panasonic Malaysia, telah menjalin kerjasama dengan Media Prima Berhad untuk memperkukuhkan kehadiran dan kedudukannya di pasaran bagi segmen produk elektrik pengguna. Kerjasama dengan syarikat media bersepadu yang terkemuka di negara ini bertujuan untuk meningkatkan tahap penembusan produk Panasonic ke seluruh isi rumah dengan lebih meluas di Malaysia.

Kerjasama inovatif ini melibatkan perkongsian kandungan pelbagai platform bagi membantu Panasonic membina persona jenama khusus untuk menarik para pengguna Melayu sempena bulan
Ramadan dan musim perayaan Hari Raya yang bakal menjelang. Encik Cheng Chee Chung, Pengarah Urusan Panasonic Malaysia berkata, “Jenama Panasonic sudahpun terkenal dengan produk elektrik yang berkualiti tinggi di kalangan isi rumah Malaysia dengan kehadiran syarikat di pasaran ini sejak lebih 40 tahun lepas. Selama ini, kami komited untuk memperkayakan kehidupan pelanggan kami dengan menyediakan produk bermutu, tahan lama dan mampu memenuhi gaya hidup yang senti…

Apabila Mahaguru Hang Tarik Berkongsi Seni Teh Tarik Ori, Memang Meriah!

Image
Kenalkan Mahaguru Hang Tarik Malaysia - Radhi Khalid! Apa yang menarik untuk kempen terbaru F&N jenama telah meneruskan warisannya dengan memperkenalkan Piawai Emas dan Mahaguru Teh Tarik di satu majlis pengenalan di Mydin USJ pada hari Sabtu 20 Mei 2017.
F&N telah mengekalkan warisan Teh Tarik yang asli sambil menambah baik citarasa hebat sebenar yang memenuhi selera segenap lapisan masyarakat sejak turun temurun. Gabungan untuk 2 jenis susu ini iaitu FN Krimer Sejat dan Pekat Manis menjadikan teh tarik yang disediakan memang terbaik.

Bersempena dengan kempen ini juga buat julung kalinya, para pengunjung Mydin berpeluang untuk mempelajari cara membuat Teh Tarik Ori yang sempurna melalui siri permainan yang telah disediakan oleh pihak penganjur.
Antaranya aktiviti yang desediakan:-
Dalam masa yang paling pantas, peserta perlu mendapatkan 3 padanan gambar yang sama. Setiap peserta melepasi cabaran yang diberikan akan diberikan hadiah iaitu bekas makanan yang sangat menarik.


Ini…

Kids Public Speaking 2017 Menggilap Potensi Dalam Diri Anak

Image
Satu expo pengucapan awam buat kanak-kanak (Kids Public Speaking 2017) telah dianjurkan oleh Johan Speaking Academy pada 21 Mei 2017 di Evolve Concept Mall. Ini merupakan majlis penutup setelah peserta (kanak-kanak yang telah mendaftar di Johan Speaking Academy) melalui latihan dan tunjuk ajar  didalam program pengucapan awam buat kanak-kanak selama 10 minggu. Seramai 135 kanak-kanak telah sukses menghabiskan segala latihan selama 10 minggu.

Namun untuk pengetahuan semua pada bulan April yang lepas peserta program ini sebenarnya telah dilantik sebagai brand ambassador program di Little Kingdom Kuala Lumpur.

Cuba bayangkan kanak-kanak yang datang pelbagai peringkat umur, tidak kira jantina dan bangsa mencabar diri mereka untuk lebih berani bercakap dan mengeluarkan pendapat mereka di khalayak ramai. Kalau difikirkan ianya bukanlah  sesuatu yang mudah, namun atas latihan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh pendidik terlatih dari Johan Speaking Academy menjadikan semua peserta yang men…