"Create Your Own Barbie" | Dunia Imaginasi Kanak-Kanak


Dunia imaginasi kanak-kanak perempuan adakalanya memberi inspirasi kepada mereka untuk menyerlah potensi dalam diri. Anak ini adakalanya membayangkan mereka seperti Cinderella, Puteri Salju Putih, Rapunzel dan pelbagai lagi karektor. Melihat kepada kecenderungan itu, Barbie buat pertama kali di Asia telah memperkenalkan  "Create Your Own Barbie".

Apa yang menariknya tentang acara ini, kanak-kanak boleh memilih patung Barbie yang mereka inginkan dan seterusnya membuat pilihan pakaian Barbie yang menjadi kegemaran. Menarik bukan? Apabila anak-anak ini sendiri yag boleh menentukan pilihan mereka berdasarkan imaginasai penampilan Barbie yang mereka inginkan.


Selain dapat memilih sendiri pilihan Barbie dari segi pakaian, kasut dan sebagainya. Anak-anak juga berpeluang mengabadikan nama mereka sendiri di kotak khas. Memang nampak begitu esklusif.


Sempena dengan siri jelajah "Create Your Own Barbie" ini juga terdapat pelbagai aktiviti menarik yang disediakan oleh pihak penganjur. Antaranya seperti bengkel bercerita, aktiviti mewarna dan banyak lagi.

Dari kiri ke kanan: Wayne Chua dan anak perempuan Celestia, Dynas Mokhtar dan anak perempuan Khyra, Elaine Daly dan anak perempuan Eva menunjukkan anak patung Barbie khas mereka. Antara ibu selebriti yang telah dijemput hadir.

"Kami sentiasa berusaha untuk kekal relevan kepada generasi  bu bapa dan kanak-kanak perempuan akan datang . Barbie  akan terus menjadi aspirasi dan pencetus untuk mengekspresi diri dan bercerita" 

"Musim ini, kami mahu mencetuskan imaginasi kanak-kanak perempuan dalam bercerita dengan membolehkan mereka pengalaman menyesuaikan dunia Barbie mereka sendiri dengan pelbagai pilihan fesyen dan playsets untuk bermain di dunia mereka. Matlamat kami adalah untuk memberi kuasa kepada kanak-kanak perempuan dengan pilihan dan kemungkinan yang  mereka inginkan tanpa terhad, "

"Melalui kuasa terbuka bermain, bercerita dan imaginasi, kanak-kanak perempuan boleh bayangkan apa sahaja yang mereka mahu menjadi melalui Barbie."

                                                                          Fong Jiali, Ketua Pemasaran Mattel Asia Tenggara.

Dari kiri ke kanan: Wayne Chua, Celestia, Feina Leow, Merchandising Kanan dan Pengurus Pemasaran, Toys "R" Us, Loo Hoey Theen, Pengarah Pemasaran, Sunway Pyramid, Michelle Wan, Pengurus Snr Produk Pengguna, Mattel Asia Tenggara, Jennifer Bay, Pengurus Jenama, GIRLS Mattel Asia Tenggara, Elaine Daly, Eva, Dynas dan Khyra yang menunjukkan anak patung Barbie khas mereka

Sebagai menyokong falsafah Barbie iaitu "seorang wanita mempunyai pilihan," sebagaimana yang dikatakan oleh Ruth Handler, pencipta Barbie,"Create Your Own Barbie" pada asasnya direka untuk membolehkan kanak-kanak perempuan dapat bermain dan berimaginasi mencipta dunia Barbie mereka sendiri. Yang mana kanak-kanak ini mempunyai pilihan dalam dunia mereka dan boleh menjadi apa sahaja yang mereka mahukan. Pada akhirnya melalui pilihan dan kreativiti, membantu kanak-kanak perempuan ini lebih yakin dalam diri mereka.


Selain itu terdapat pelbagai barangan Barbie yang dijual disini, antaranya seperti koleksi patung Barbie, beg, pakaian dan barangan esklusif Barbie.

Berkenan sungguh my Amani dengan vespa Barbie.

Banyak pilihan patung Barbie. Semuanya cantik-cantik.



Acara ini telah bermula di Sunway Pyramid (LG 2, Orange Concourse) dari 23 hingga 28 Mei 2017, 10 pagi hingga 10 malam dan terus diadakan di 3 lokasi lain: Mid Valley (JUN 01-04), KLCC (8-11 Jun ) dan One Utama (14-18 Jun).

Happy my Amani apabila berada di dalam dunia Barbie impiannya..


Patung Barbie imaginasi my Amani. Memang minat benar Barbie bertutu ya Amani :p


Untuk maklumat lanjut, sila layari barbie.mattel.my dan www.facebook.com/officialbarbiemalaysia.

Comments

mummy_ayu said…
wah..bestnya!! sure budak2 seronok la
lia ummiirfan said…
Bestnya. Kita dulu-dulu main anak patung kertas tu kan.. hehe.
mummy ayu- kannn memang menarik

lia- kann...memori anak patung kertas tu mmg nostalgia

Popular Posts