Kempen Komuniti TOP Pass It On Melangkaui Jangkaan Dengan Sumbangan Berjumlah 5,046 Helai Pakaian Terpakai





Kempen Komuniti TOP Pass It On dianjurkan baru-baru ini telah mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia di mana ia telah berjaya mengumpul 5,046 helai pakaian terpakai berkualiti melangkaui jangkaan asal. Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, merasmikan acara kemuncak kempen ini dengan majlis penyerahan sebahagian daripada pakaian terpakai yang telah dimikro bersih kepada para wakil dari empat buah persatuan komuniti dari Lembah Klang yang diadakan di Mydin USJ di sini, hari ini.

Kempen komuniti TOP Pass It On berkenaan merupakan satu usaha yang dipercayai terbesar pernah diadakan untuk mengumpul, mengasing dan mencuci secara profesional pakaian-pakaian terpakai yang telah digunakan secara cermat di Malaysia.

Kempen komuniti ini dianjurkan dengan sasaran untuk membuka peluang bagi lebih ramai ahli masyarakat mencuba penemuan inovasi Micro-Clean Tech™ yang membolehkan pengguna mencapai tahap kebersihan baru yang mampu membersihkan kotoran yang kelihatan, mahupun yang tersembunyi.

Melalui kempen berkenaan, TOP telah mengumpul dan mengasingkan pakaian terpakai yang disumbangkan oleh orang ramai serta membersihkannya secara profesional melalui pusat cucian Regional Laundry dengan menggunakan TOP Micro-Clean Tech™ untuk menyegarkan, memperbaharui dan memulihkan pakaian  sebelum diserahkan oleh pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kepada mereka yang akan mendapat manfaat daripadanya.

Sejumlah 30 buah persatuan komuniti akan menerima pakaian terpakai yang telah dimikro bersih melalui gerakan sumbangan besar-besaran yang dianjurkan oleh TOP bermula dari 7 Mac hingga 18 Mei, 2017 di Lembah Klang, Kuala Terengganu, Pulau Pinang, Johor, Sarawak dan Sabah.

Usaha TOP ini untuk memperkasakan masyarakat dengan membolehkan mereka membantu ahli-ahli komuniti yang memerlukan dan turut diselitkan dengan asas-asas penjagaan alam sekitar yang kukuh melalui penekanan terhadap kemampanannya dan pada masa yang sama mempromosikan kepentingan gaya hidup yang lebih bersih, ceria dan sihat tersebut telah mendapat pujian daripada Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

"Kempen TOP 'Pass It On' amat selari dengan prinsip-prinsip Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat serta selaras dengan cara kami membantu rakyat. Kami amat menghargai kempen ini kerana ia mewujudkan satu kitaran budi di kalangan mereka yang telah secara sukarela menyumbang kepada mereka yang memerlukan, berkongsi pengalaman dan impian serta mengurangkan pembuangan berlebihan pakaian berkualiti. Langkah ini memberikan manfaat ekonomik kepada masyarakat serta bersifat mesra alam.

"Ini merupakan kempen swasta-kerajaan-masyarakat yang sedang dilaksanakan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk membantu lebih ramai orang disamping membina kesedaran di kalangan masyarakat bahawa mereka boleh menyumbang dengan pelbagai cara," jelas beliau.

TOP ialah pilihan utama bagi rakyat Malaysia, dan juga memegang posisi nombor satu antara jenama-jenama pencuci baju di negara ini. 

TOP yang terkenal sebagai pakar Anti bau hapak kini diperkasakan dengan Micro-Clean Tech™ dengan Teknologi Anti-Sebum baharu yang dirumus khas oleh Lion Corporation Japan. Teknologi Micro-Clean Tech™ mampu membersihkan kotoran nyata dan tersembunyi dengan berkesan bagi memberikan pengguna kehidupan yang bersih dan sihat.

Pasukan Kajian dan Pembangunan (R&D) TOP telah mengenal pasti minyak yang dikeluarkan secara semulajadi oleh tubuh iaitu sebum sebagai punca kepada kotoran tersembunyi pada pakaian. Sebum juga hadir dengan peluh dan ia dihasilkan dengan lebih banyak dalam iklim panas dan lembap seperti Malaysia. Sebum boleh terperangkap di dalam teras fiber walaupun tidak kelihatan oleh mata kasar dan tidak mudah untuk dibersihkan dengan pencuci biasa. Molekul sebum yang terperangkap boleh menjadi sumber nutrisi kepada bakteria dan menyebabkan pakaian berbau.
 
Barisan produk Micro-Clean Tech™ dengan Teknologi Anti-Sebum TOP didatangkan dengan semua fungsi-fungsi terkenal TOP termasuklah teknologi anti bau hapakanti debu hamaanti bakteria dan teknologi wangian FreshCare bagi kesegaran berkekalan sehingga 30 hari selepas pembasuhan.

Menurut Pengurus Pemasaran Kanan Southern Lion Sdn Bhd, Carmen Foo, kempen Komuniti TOP Pass It On melangkaui jangkaan kerana jumlah pakaian yang berjaya dikumpulkan adalah dua kali ganda lebih banyak. Ini juga menggambarkan kepercayaan dan sokongan masyarakat terhadap jenama berkenaan serta teknologi-teknologi pencuci yang berinovasi.

"TOP telah menjalankan sebuah jerayawara pendidikan dan kesedaran di pasaraya seluruh negara yang juga berfungsi sebagai pusat pengumpulan untuk membolehkan masyarakat menyumbang pakaian terpakai yang telah digunakan dengan cermat. Langkah ini diambil kerana kami mendapati ketiadaan pusat-pusat pengumpulan sering menjadi satu halangan kepada para penyumbang. TOP mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna kami atas sokongan mereka dan kepercayaan yang diberikan kepada pencuci dengan Micro-Clean Tech™ untuk menyegarkan dan memperbaharui pakaian terpakai mereka sebelum ia diberikan kepada pengguna yang seterusnya. Ramai dalam kalangan mereka yang telah menerima pakaian terpakai mikro-bersih ini telah berkongsi kegembiraan mereka kerana telah mendapat pakaian yang kelihatan hampir baru, serta bau yang bersih.

"Maklum balas terhadap Kempen Komuniti TOP Pass It On ini amat memberangsangkan. Kami berbangga dapat menyempurnakan cabaran ini dan amat gembira dapat mewujudkan sebuah saluran yang membolehkan sumbangan hebat ini dilakukan," kata Carmen.

Santhini Kumar, 14 dari Persatuan Kebajikan Sweet Care Selangor & Kuala Lumpur, kempen Komuniti TOP Pass It On telah memberikan beliau kegembiraan memiliki pakaian yang sentiasa akan dihargai.

"Saya amat menyukai jaket ini. Ketika menerimanya ia kelihatan seperti sehelai jaket baharu dan nampak baru, terasa baru serta berbau amat bersih. Saya amat menghargai individu yang berkongsi hadiah bermakna ini dan mengucapkan terima kasih kepada TOP kerana menjadikan hadiah ini lebih istimewa melalui usaha untuk menjadikannya seperti baharu. Ianya satu perasaan yang hebat untuk memiliki sesuatu yang amat istimewa!" kata Santhini Kumar.

"Kempen Komuniti TOP Pass It On telah diterima baik secara meluas di Malaysia seperti mana penerimaan terhadap barisan Micro-Clean Tech™ TOP. Ia  telah melangkaui jangkaan kami terhadap apa yang boleh dilakukan oleh teknologi terkini kami iaitu menyegarkan, memulihkan dan memperbaharui pakaian di samping menerapkannya isu yang lebih besar iaitu menyokong dan memperkasakan masyarakat. Seperti biasa, ia belum bersih, sehingga ianya mikro bersih!" kata Carmen sebagai penutup.

Teknologi Cucian-Mikro TOP dengan teknologi anti sebum boleh didapati di peruncit-peruncit di seluruh negara.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila Lawati pautan http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.

Comments

Popular Posts