Kids Public Speaking Expo 2017 Menggilap Potensi Dalam Diri Anak

 
 Satu expo pengucapan awam buat kanak-kanak (Kids Public Speaking Expo 2017) telah dianjurkan oleh Johan Speaking Academy pada 21 Mei 2017 di Evolve Concept Mall. Ini merupakan majlis penutup setelah peserta (kanak-kanak yang telah mendaftar di Johan Speaking Academy) melalui latihan dan tunjuk ajar  didalam program pengucapan awam buat kanak-kanak selama 10 minggu. Seramai 135 kanak-kanak telah sukses menghabiskan segala latihan selama 10 minggu.

Namun untuk pengetahuan semua pada bulan April yang lepas peserta program ini sebenarnya telah dilantik sebagai brand ambassador program di Little Kingdom Kuala Lumpur.

Cuba bayangkan kanak-kanak yang datang pelbagai peringkat umur, tidak kira jantina dan bangsa mencabar diri mereka untuk lebih berani bercakap dan mengeluarkan pendapat mereka di khalayak ramai. Kalau difikirkan ianya bukanlah  sesuatu yang mudah, namun atas latihan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh pendidik terlatih dari Johan Speaking Academy menjadikan semua peserta yang menyertai mampu mengatasi masalah ketidaklancaran bahkan lebih berkeyakinan melontarkan idea. 

Antara aksi yang dapat kita saksikan di sepanjang acara. Peserta yang begitu berinspirasi dan bersemangat bercerita mengeluarkan pendapat bernas mereka tentang tajuk yang ingin mereka kongsikan.

Tidak dinafikan kebanyakan kanak-kanak hari ini begitu sukses dalam akademik. Tetapi terdapat juga segelingtir daripada mereka tidak berupaya untuk bercakap dengan yakin dan berani di khalayak ramai. Menurut pengasas akademi iaitu Johan Ooi dan Cherry Ho, keduanya mempercayai bahawa kemahiran berani bercakap di khalayak ramai sangat penting terutama ketika kanak-kanak itu sudah dewasa dan perlu mencari pekerjaan di luar. 

Untuk pengetahuan semua, pengasas iaitu  Johan Ooi & Cherry Ho telah melatih dan mengajar lebih daripada 1000 kanak-kanak untuk bercakap di atas pentas sejak 2014. Dan Johan itu sendiri merupakan Juara Pengucapan Awam Semenanjung Malaysia pada tahun 2015. Beliau juga telah mewakili Malaysia dan bertanding dalam Kejohanan Pengucapan Awam Dunia 2015 di Las Vegas.  Hebat bukan?

Satu pengambilan baru akan dadakan selama 10 minggu yang bakal bermula pada September 2017. Ianya terbuka untuk kanak-kanak yang berumur 7 - 12 tahun dengan 2 sesi iaitu samada mandarin ataupun Bahasa Inggeris,

Berbalik kepada cerita expo, selain daripada kita dapat menyaksikan peserta-pserta berani berbicara di atas pentas. Terdapat pelbagai aktiviti di bawah pentas yang dapat disertai oleh pengunjung yang lain. Antaranya seperti pertandingan mewarna.


Di satu sudut yang mana pengungjung boleh mengekspreskan tentang pendapat mereka mengenai program yang telah dianjurkan. Dan rata-rata sememangnya memberikan respon yang sangat positif.

Apabila undian dibuka untuk kita memilih peserta yang paling feveret :-)

Medal pencapaian yang dianugerahkan kepada peserta program sebagai penyuntik semangat untuk mereka untuk terus berjaya dan berani ke hadapan.

Nah! Ternyata program bermanfaat seperti ini sememangnya terbaik, mampu mengilap keberanian dan juga potensi dalam diri anak. Cuma untuk menjadi penceramah yang hebat bukan sahaja perlu yakin bahkan anak-anak juga perlu rajin dan pandai mencari input dan maklumat terbaik dalam pengisian ucapannya.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Johon Public Speaking Academy, boleh hubungi atau buat carian seperti berikut:-

- email: kidspublicspeaking@gmail.com (Cherry Ho)
- Alamat: 92B, Jalan Burhanuddin Helmi, Taman Tun Dr Ismail, 60000 K.Lumpur
- Hp: 016 2589038 (Cherry)

Kids Public Speaking Expo 2017 Menggilap Potensi Dalam Diri Anak Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 23, 2017 Rating: 5

3 comments:

  1. anak kawan amy ada join public speaking ni

    ReplyDelete
  2. Bagus ni kalau anak-anak join. Boleh terap keyakinan tinggi and mampu buat anak-anak berfikir lebih matang when it comes to give a speech.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.