Menyediakan Hidangan Tradisional Dengan Philips All-In-One Pressure Cooker

Sebagai generasi baru saya memang tidak menolak untuk mempelajari hidangan daripada generasi lama. Ini kerana hidangan ataupun masakan tradisional sememangnya mempunyai keunikkan dan citarasanya yang tersendiri menyebabkan ianya masih digemari generasi hari ini.

Berpeluang menghadiri ke sesi pengenalan produk terbaru dari Philips iaitu All-In-One Pressure Cooker menjadikan saya sangat teruja. Ini kerana perkakasan dapur seperti pressure cooker memang menjadi idaman saya terutama dalam membantu saya menyediakan hidangan buat keluarga dengan mudah, pantas dan enak.
Untuk pengetahuan semua Philips All-In- One Pressure Cooker Generasi Baru dilengkapi sistem masakan pintar, Philips All-In- One Pressure Cooker generasi baru menawarkan pengalaman memasak boleh laras sepenuhnya yang membolehkan anda memasak perlahan atau menggunakan tekanan, dalam satu alat saja. Anda boleh memasak cepat (sauté), membakar, memanaskan dan menghangatkan semula hidangan anda, semuanya dalam satu mesin. Philips All-In- One Pressure Cooker membolehkan anda memasak lapan kali lebih cepat 1 menjimatkan masa dan tenaga di dapur. Fungsi masak dengan tekanan hadir dengan pelbagai butang menu untuk memasak dan mengukus pelbagai jenis hidangan daripada sup, risotto dan nasi kepada daging dan ayam itik selain membakar kek. Bahagian dalam periuk the Philips All-In- One Pressure Cooker diperbuat daripada aloi aluminium adalah sangat tahan lama dan menawarkan pengaliran haba dengan lebih menyeluruh dan hasil masakan yang rata.

Ia disalut dengan salutan Whitford keemasan yang istimewa, anti calar dan tidak melekat. Dengan penjaga masa mudah-diprogram yang member indikasi progres masakan, hari-hari di mana anda perlu meneka sama ada hidangan sudah siap dimasak kini berakhir.

Untuk ketenangan anda, Philips All-In- One Pressure Cooker generasi baru mempunyai sembilan sistem perlindungan keselamatan dan hadir dengan pengawal atur tekanan yang dikawal dengan cip mikro. Sejurus selepas memasak, pengawal atur tekanan akan dipasang secara automatik untuk melepaskan tekanan, jadi anda tidak perlu melepaskan tekanan secara manual atau menunggu hingga tekanan menurun secara biasa sehingga ia alat ini menyejuk. Anda boleh menikmati makanan masak di rumah yang lazat secara panas terus daripada periuknya!


Apatah lagi tidak lama nak raya, jadi hidangan seperti ketupat, rendang, nasi impit dan pelbagai lagi menjadi antara feveret dan wajib disediakan di pagi raya.

“Ramadan dan Raya adalah waktu untuk keluarga dan rakan handai berkumpul menikmati hidangan
memuaskan, dan biasanya adalah masa buat rakyat Malaysia untuk merasai dan menghargai hidangan
Melayu tradisional dimasak di rumah yang lazat seperti rendang, kari dan sup. Namun, proses memasak bagi sesetengah resipi tradisional ini memakan masa dan boleh mengambil waktu memasak perlahan sehingga beberapa jam bagi mendapatkan rasa dan tekstur yang optimum dalam hidangan. Sejajar dengan misi kami untuk membantu orang ramai membaiki hidup mereka, Philips Malaysia mahu membantu anda mengekalkan tradisi tradisional ini menerusi inovasi moden dengan membantu anda memasak hidangan buka puasa dan Raya kegemaran dengan cara lebih senang, jadi anda ada
ebih banyak masa untuk bersama mereka yang tersayang,” kata Muhammad Ali Jaleel, Pengurus Negara bagi Philips Malaysia.

“Kami bekerjasama dengan Chef Marina Mustafa sempena pelancaran Philips All-In- One Pressure Cooker generasi baru ini kerana dia mempunyai pendekatan inovatif bagi menyediakan hidangan tradisional masak di rumah yang lazat dan sihat. Dia berkongsi wawasan kami dalam menawarkan resipi sihat nan lazat bagi pelanggan. Dengan Philips All-In-One Pressure Cooker terbaru ini, ia tidak lagi mustahil,” tambah Ali.

Di sesi pengenalan produk Phillips All-In-One Pressure Cooker juga, Chef Marina turut berkongsi tentang tips dan pengalaman beliau menggunakan produk terbaik Philips ini. Sepertimana yang kita ketahui Chef Marina ini mempunyai pengalaman yang luas dalam dunia kulinari. Beliau juga telah menghasilkan banyak buku masakan selain daripada aktif dalam membuat demonstrasi masakan di serata Malaysia.

Dijual dengan harga runcit disyorkan RM799, Philips All-In- One Pressure Cooker (HD2137/62) ini boleh dibeli di Philips Brand Store di Publika Shopping Gallery dan The Gardens Mid Valley, kedua-duanya di Kuala Lumpur, dan di Sutera Mall, Johor Bahru; di Philips Experience Store di Menara Axis, Petaling Jaya dan di Pulau Pinang; dan di kesemua rakan runcit dan kedai pengedar di seluruh negara dan dalam talian menerusi Blip.my dan Kedai Rasmi Philips di Lazada: http://www.lazada.com.my/philips-official- store/.

Saya juga telah mempelajari cara memasak acar buah dari Ruby (seorang blogger yang cukup terkenal dalam penulisan terbaik di dalam blognya). Yang mana ianya mengambil masa lebih kurang 1 jam bagi memastikan acar buah yang dimasak cukup kering dan boleh tahan lama.

Selain Ruby, turut sama menunjukkan demo masakan ialah Anna Sha. Seorang suri rumah yang juga bekerja sebagai MUA separuh masa, Mempunyai minat yang tinggi dalam masakan dan juga mendapat hasil pendapatan sampingan melalui penjualan kek hasil air tangannya sendiri.

Selain itu Chef Ichiro dan Chef Jovin Lee turut sama-sama menunjukkan hasil masakan mereka menggunakan Pilips All-In_One Pressure Cooker. Ternayata segala hidangan yang dihasilkan memang mudah dan sedap.

Saya bersama kuih dodol yang dihasilkan dari Philips All-In-One Pressure Cooker. Sangat sedap tidak terlalu keras atau kenyal. Yang pastinya kuih tradisional dodol mampu dihasilkan dengan air tangan sendiri tanpa perlu risau untuk kita berada terlalu lama di dapur.

Untuk keterangan lanjut mengenai produk boleh layari www.philips.com.my !!

Comments

Popular Posts