Taman Permainan "INDOOR" Terbaik Buat Anak-Anak....

Dunia kanak-kanak adalah penuh dengan keriangan..
Mereka akan gembira sepuas-puasnya..
Bermain dan berkawan...
Belajar dan aktiviti tanpa batasan..


Berada di Dreamworld Indoor Play Centre, seolahnya berada di taman syurga kanak-kanak. Taman permainan yang berkonsepkan 'indoor', sememangnya direka khas untuk bermain dengan selamat buat anak-anak dibawah 12 tahun.

Apa yang menarik taman permainan indoor ini berkeluasan 600 kaki persegi mampu memuatkan seramai 120 orang kanak-kanak pada satu masa. Dengan susunan alatan permainan yang sangat teratur menjadikan taman tema 'indoor' ini begitu selamat dan memberi keselesaan untuk anak-anak bebas bermain.

 Peralatan permainan di sini terdapat pelbagai fungsi yang sangat membantu stimulasi pergerakan anak-anak sekaligus merangsangkan daya pemikiran anak ketika mereka bermain, Pelbagai halangan kecil yang perlu anak ini atasi, dan secara tidak langsung dapat membina keyakinan dalam diri mereka.

 Dengan pantauan ibu ayah/penjaga, anak-anak boleh menerokai taman permainan ini mereka sendiri.

 Melatih kepada sifat kesungguhan dan berani mencuba apabila mereka bermain di kawasan sperti ini. Jangan risau ya! Ianya sebenarnya selamat. Ini kerana permaianan di sini semuanya mesra pengguna terutama kanak-kanak.

Warna biru putih, seumpama dunia salju yang yang begitu mengujakan. Bermain dengan gembira bersama adaik beradik mahupun rakan yang baru dikenali. Tanpa risau terhadap cuaca kering yang panas ataupun persekitaran yang tidak sihat. Dek kerana di taman 'indoor' ini mementingkan bukan sahaja keselamatan bahkan kebersihan yang sentiada dikawal selia dari masa ke semasa.


Terdapat juga promosi untuk 6 bulan menjadi keahlian. Dan juga diberikan beberapa kelebihan menjadi ahli untuk pass 6 bulan. Paling menarik tentulah cash voucher birthday yang bernilai RM288.

Pakej tiket kemasukan yang ditawarkan di iOi City Mall dan pakej sambutan hari lahir.

Pakej tiket kemasukan yang ditawarkan di Starling Mall dan pakej sambutan hari lahir.


Jom bawa anak-anak ke DREAMWORLD Indoor Play Centre

IOI City Mall
L2-16, Level 2, IOI City Mall,
Putrajaya, Malaysia.
Contact: 012-7029509 (Hazwan)

The Starling Mall
S-202, The Starling Mall, 
No.6, Jalan SS 21/37, Damansara Uptown, 
Petaling Jaya, Selangor.
Contact: 012-7219509 (Yoong Fui)

Facebook: 

Taman Permainan "INDOOR" Terbaik Buat Anak-Anak.... Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 26, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.