Wonder Woman Adiwira Pujaan My Amani


Permainan yang sesuai untuk kanak-kanak berusia 6 sehingga 12 tahun memperkenalkan anak patung adiwira wanita yang mempunyai karektor dan kuasa tertentu. Antaranya seperti Wonder Woman, Supergirl, Batgirl, Harley Quinn, Bumble Bee, Poison Ivy dan Katana.



Setiap adiwira ini mempunyai kekuatan dan kelebihan mereka yang unik dalam menumpaskan musuh yang digeruni. Semangat dan keberanian yang dimiliki setiap adiwira ini mampu memberi inspirasi dalam diri kanak-kanak untuk lebih berani ke hadapan, mempunyai semangat juang yang tinggi dan juga optimis.

Dan untuk Amani yang berusia 6 tahun, saya telah memilih patung karektor Wonder Woman buat beliau. Ini adalah kerana karektor Wonder Woman (Puteri Amazon) sebagai ketua mempunyai ciri-ciri yang sedikit sebanyak ada didalam diri Amani.


  • Seorang yang berani menyahut dan menghadapi cabaran
  • Suka bersaing
  • Mempunyai matlamat dalam hidup/diri. Ada arah tuju

Patung Wonder Woman bukanlah patung biasa. Ini adalah kerana selain dari menggambarkan figura adiwira Wonder Woman, patung ini juga didatangkan dengan bunyi yang memberi efek khas. Memang menarik!

Selain itu terdapat juga Shield sebagai senjata pertahanan Wonder Woman boleh digayakan dnegan pelbagai aksi oleh anak. Kualiti permainan agak tegap tetapiianya agak ringgan dan sesuai dimainkan oleh kanak-kanak biarpun usianya baru mencecah 6 tahun.


Bertambah menarik! Boleh diisikan dengan peluru didalamnya. Nampak begitu "real"untuk pergi berperang. :=)

Antara berapa aksi yang digayakan oleh Amani bersama patung adiwira kesayangannya Wonder Woman bersama shield pelindung diri.

Dan juga kita lihat betapa keterujaan Amani apabila menerima hadiah permainan adiwira Wonder Woman dari saya. Sempat dirakamkan keterujaan beliau bersama adiknya yang bongsu. Ternyata memberi kegembiraan tidak terkata buat si kecil ini.



Peraduan Instagram

Gayakan anak anda dengan karekter DC Super Hero Girls dan berpeluang  3x DC Super Hero Girls Action Playset by Mattel bernilai RM229.90 setiap satu!





Jangan lupa dapatkan DCG Mattel Toys dan mainan LEGO kini sudah dijual di Toys "R" Us dan di kedai-kedai terpilih . DCG beg, alat tulis, pakaian dan kasut pula akan dijual pada akhir Mei ini.
 

Comments

Popular Posts