Berbuka Puasa Bersama Shopee

Kita semua sedia maklum Shopee merupakan platform e-dagang terbesar di Asia Tenggara dan Taiwan. Dan saya difahamkan ianyai telah berjaya melangkaui kutipan anggaran tahunan Nilai Dagangan Kasar (GMV) berjumlah lebih USD3 bilion di rantau ini dalam tempoh separuh tahun pertama 2017. Terkini, Shopee Malaysia telah mencatatkan lebih 3 juta muat turun, menjadikan Shopee salah satu platform e-dagang terpesat perkembangannya. Wah hebat bukan?

Baru-baru ini saya berkesempatan menyertai majlis berbuka puasa bersama Shopee. Majlis serba sederhana dan ringkas ini turut dihadiri 2 artis ternama Malaysia iaitu Mira Filzah dan Anzalna. Apa yang menarik, peminat kini boleh mendapatkan barangan di bawah label 2 artis popular ni dari laman web shopee.


"Shopee amat komited untuk membantu usahawan tempatan berjaya dalam bidang m-dagang tanpa sebarang kos. Komitmen ini terbukti dengan rekod anggaran tahunan GMV melebihi USD3 bilion di rantau ini. Dalam perkembangan tempatan pula, Kempen Cahaya Raya Bersama Shopee telah menunjukkan prestasi di luar jangkaan. Usahawan kami berjaya mengutip jualan memberangsangkan apabila semakin ramai rakyat Malaysia membuat persiapan Hari Raya menerusi pembelian dalam talian," 
Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Pertumbuhan pesat Shopee turut disumbang oleh usaha sama erat dengan pelbagai jenama terkemuka seperti Nestle, Unilever, L'Oreal, Oppo dan Huawei. Walaupun Shopee merupakan pemain industri termuda dalam industri e-dagang, Shopee telah merekodkan lebih 100 juta senarai produk di rantau ini. Di Malaysia, Shopee telah berkembang sebagai sebuah organisasi kukuh yang mempunyai lebih 200 orang kakitangan. 

"Lanjutan daripada Kempen Cahaya Raya bersama Shopee, kami berbangga mengumumkan bahawa selebriti Anzalna Nasir dan Mira Filzah telah memilih Shopee sebagai rakan e-dagang bagi melancarkan koleksi Raya eksklusif mereka," tambah Ho.

Majlis berbuka santai ini turut menyediakan pelbagai aktiviti kepada para hadirin, antaranya seperti permainan teka harga barang dan juga pertunjukkan fesyen.

Ini adalah antara koleksi dari MF Shawls yang boleh kita perolehi dari laman web shopee. 




Cantik-cantik semuanya kan...

Pelakon Mira Filzah yang juga merupakan usahawan berjaya di sebalik jenama popular MF Shawls turut gembira untuk melancarkan Koleksi Raya yang amat dinanti-nantikan di platform Shopee. "Sewaktu saya merancang untuk melancarkan koleksi Raya ini, saya ingin bekerjasama dengan platform e-dagang yang boleh memberikan nilai tambah kepada peminat saya. Dengan Shopee, peminat MF Shawls boleh menikmati tawaran penghantaran percuma seluruh negara untuk produk yang dibeli dari Kedai Rasmi saya. Tambahan pula, saya suka pendekatan Shopee dalam mengembangkan jenama Muslimah merentas rantau ini dan saya teruja dapat menyertai inisiatif ini," kata Mira. 



Anzalna Nasir, Duta Produk Koleksi Raya 2017 You Me& Hunny telah melancarkan Kedai Rasminya dengan membariskan 12 rekaan istimewa yang menggabungkan elemen feminin dan berani. "Pada masa kini, elemen e-dagang adalah penting bagi mana-mana jenama fesyen. Saya teruja untuk menampilkan Koleksi Raya 2017 YouMe&Hunny di platform Shopee yang membolehkan saya memasarkan koleksi ini kepada lebih 3 juta pengguna. Shopee juga tidak mengenakan sebarang caj komisyen, oleh itu, saya boleh memberikan nilai penjimatan terbaik untuk peminat saya," kata Anzalna.

Antara koleksi dari Anzalna...memang cantik-cantik. Memang best kalau dapat sepasang ataupun lebih (nampak tak tamak) untuk dipakai di pagi raya.

Sebab pertama kali jumpa, haruslah beria bergambar. Kecik molek jer Anzalna ni. Giler jeles dengan kecantikan Anzalna. Memang rupa perempuan melaytu terakhir sungguh, ayu gitcheww.

Mira Filzah! Akhirnya dapat juga bergambar. Comel lote macam Anzalna. Nampak Mira ni agak pendiam, tapi sebenarnya dia memang peramah jugak :-)

Juadah berbuka yang saya sempat hadap dengan penuh nikmat.

Oh yangan lupa ikuti kedai maya Anzalna Nasir dan Mira Filzah di aplikasi Shopee atau layari www.shopee.eom.my/anzalnanasir/ dan www.shopee.eom.my/mirafilzahofficial.

Kempen Cahaya Raya Bersama Shopee akan diteruskan hingga 30 Jun 2017. Selain daripada pelbagai potongan harga dan promosi bersempena Hari Raya, pelanggan juga boleh menikmati Jaminan Harga Terendah Shopee dan penghantaran percuma untuk aneka jenis produk. Untuk maklumat lanjut, layari cahayaraya.shopee.com.my.

Aplikasi Shopee boleh dimuat turun secara PERCUMA di App Store dan Google Play. Untuk maklumat lanjut berkaitan Shopee atau untuk memulakan pengalaman atas talian anda, layari www.shopee.com.my




Comments

Lisa Nurulain said…
wow baru tahu yang anjalna ada keluarkan baju gak. kena risik nanti
lisa- cantik jugak baju anzalna tu hheh

Popular Posts