Kerepek Sambal Empingan Jagung

Setiap hari Isnin jam 6 petang saya sempat menonton rancangan Che Ismail masak bersama Pensonic 2017 dengan para tetamunya. Semua hidangan yang ditunjukkan oleh Chef memang senang dan sedap. Saya sendiri begitu gigih menyalin segala resepi yang telah dikongsi. Dan pastinya saya akan mencubanya untuk dijamukan kepada keluarga tercinta.

Bercerita tentang resepi di bulan ramadhan, saya nak kongsikan satu resepi yang memang sangat mudah untuk disediakan. Ianya boleh dijadikan sebagai kudapan ringan ataupun dimakan bersama nasi panas-panas.

Bahan yang diperlukan:-
  • 1 biji Bawang Besar (dikisar halus)
  • 5 daun kari (untuk bau dan rasa)
  • sedikit ikan bilis
  • 5 sudu besar cili giling 
  • 1 1/2 cawan corn flakes 
  • minyak untuk menumis
  • garam dan gula

Kaedah penyediaan:-


Masukkan ikan bilis, goreng sebentar. Masukkan bawang dan daun kari. Masak sehingga bawang kekuningan dan ikan bilis garing (sedikit)


Masukkan cili giling. Masakkan sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan garam dan gula. Adalah disarankan untuk memasukkan gula lebih sedikit. Dan akhir sekali masukkan corn flakes.


Pada suhu 150c, bakar selama 7-10 minit.

Pastikan aras haba adalah atas dan bawah.

Tadaaa!!! Dah siap kerepek sambal bijirin jagung. Menariknya apabila dibakar krepek menjadi extra ranggup dan tahan lebih lama. Perlu disimpan didalam bekas kedap udara ya.

Jangan lupa uolls, untuk sertai Kembara Memasak Chef Ismail di kedai-kedai terpilih pada tarikh tertentu. Boleh semak pada jadual diatas.

Sambil-sambil tu jangan lupa tau, untuk menonton rancangan Chef Ismail Masak Bersama Pensonic 2017 untuk lebih tips dan pelajari lebih banyak resepi :-)

Keterangan lanjut mengenai produk dan aktiviti boleh layari FB Pensonic Malaysia.

Comments

Popular Posts