KitKat “Chocolatory” Memperkenalkan Perisa Ais Krim Potong Kegemaran Rakyat Malaysia

Jenama coklat nombor satu Malaysia, KitKat dan kedai istimewa pertamanya, KitKat “Chocolatory” berjaya menambat hati rakyat Malaysia kini menawarkan pengalaman peribadi lebih bermakna buat pelanggannya dengan memperkenalkan ciptaan terbaru Ais Krim Potong yang dihasilkan melalui kerjasama dengan cef selebriti kesayangan Malaysia, Anis Nabilah.

KitKat “Chocolatory” yang dilancarkan pada Oktober tahun lalu memberikan peluang kepada orang ramai untuk bersama-sama dengan jenama itu bagi menghasilkan jejari KitKat rekaan sendiri yang lazat, enak dan menyeronokkan. Selain itu, KitKat “Chocolatory” turut menawarkan beberapa edisi khas KitKat yang tidak boleh didapati di mana-mana selain di kedai konsep tersebut yang terletak di Mid Valley Megamall. 

Kedai KitKat “Chocolatory” baharu ini menjadi tapak ujian bagi penghasilan perisa lazat baharu dan merupakan kedai pertama seumpamanya di mana peminat snek jejari itu boleh memilih sendiri perisa dan rekaan coklat mereka. Bersandarkan kepada konsep ciptaan bersama, KitKat “Chocolatory” memberikan peluang kepada pelanggan untuk meneroka lebih 10,000 kombinasi bahan bagi mencipta perisa dan bungkusan yang diingini serta menyaksikan sendiri bagaimana pilihan mereka itu dihasilkan.

Dalam tempoh beberapa bulan sejak KitKat “Chocolatory” dilancarkan di pasaran Malaysia, pelbagai
ciptaan dengan citarasa Malaysia telah dihasilkan seperti Nasi Lemak Tradisional, Raja Buah dan Ais
Kacang. Cef Anis Nabilah membantu KitKat memperbanyakkan lagi perisa tempatan dengan
memperkenalkan ciptaan Ais Krim Potong yang menjadi kegemaran rakyat Malaysia. Ciptaan ini
diilhamkan oleh kelazatan ais krim potong, iaitu makanan ringan yang dekat di hati rakyat Malaysia dan dihasilkan dengan teliti bagi mencerminkan citarasa serta perisa tradisional sebenar yang terbaik
berdasarkan selera Malaysia.

KitKat “Chocolatory” menandakan pendekatan dan wawasan baharu dalam menyediakan produk yang disesuaikan dengan kemahuan setiap individu, selari dengan evolusi yang sedang dialami pengeluar coklat. Trend penghasilan makanan yang bersifat peribadi semakin popular di seluruh dunia dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan ia telah terbukti amat berjaya. Bersandarkan kepada trend ini yang semakin berkembang, jenama coklat terkemuka Malaysia sekali lagi memperkenalkan cara baharu untuk menikmati KitKat melalui kerjasama dengan Cef Selebriti,& menurut Encik Sachin Goel, Pegawai Eksekutif Perniagaan Konfeksi Pasaran ASEAN, Nestlé (Malaysia) Berhad.
Diilhamkan daripada kepelbagaian perisa Ais Krim Potong Malaysia, kami pasti ciptaan baharu ini akan menggamit memori zaman indah kanak-kanak; bunyi loceng motosikal penjual ais krim di taman perumahan yang membawa pelbagai pilihan perisa ais krim yang ‘dipotong’ itu. Kini, KitKat “Chocolatory” akan menghidupkan semula pengalaman menggembirakan itu, ditambah dengan warna-warni serta kreativiti dan disajikan di dalam sebuah kotak khas. Apatah lagi dengan musim perayaan yang bakal tiba ini, Ciptaan Ais Krim Potong ini boleh dijadikan buah tangan semasa rumah terbuka yang pastinya digemari ramai rakyat Malaysia," kata Cef Selebriti, Anis Nabilah.

Ciptaan Ais Krim Potong Anis Nabilah
Ciptaan lapan kepingan jejari coklat menakjubkan yang menjanjikan pengalaman terbaik dalam menikmati citarasa Malaysia. Pelbagai aneka ciptaan ini disusun rapi dalam satu bungkusan khas bagi meraikan setiap perisa, daripada minuman ros yang menyegarkan, pencuci mulut berperisa mangga yang lazat kepada adunan krim santan kelapa lembut yang rangup dan diakhiri dengan bar coklat berperisa teh klasik yang mewah.

 Ros Sirap Bandung: Wafer rangup istimewa bersalut coklat lembut berperisa ros yang disempurnakan dengan sentuhan akhir kelopak bunga mawar.

 Mangga Harum Manis: Coklat berperisa mangga ditambah dengan kerangupan badam yang
menyelaputi wafer terkenal KitKat.

 Santan Kelapa: Coklat putih berperisa kelapa lazat dengan kerisik dan kacang pistasio untuk
memberikan lebih kerangupan, menjadi adunan yang menyelimuti wafer istimewa KitKat.

 Teh Tiga Lapis Klasik: Perisa tradisional gula Melaka diadun dengan coklat mewah, kacang gajus,
teh hitam dan wafer rangup untuk sebuah pengalaman yang sempurna.

Selain menawarkan Ciptaan Ais Krim Potong Anis Nabilah, KitKat “Chocolatory” turut mendapat ilham daripada konsep makanan fusion dengan menggabungkan perisa lama dan baharu untuk menghasilkan pencuci mulut yang unik, menonjolkan selera tempatan (nasi lemak) serta selera universal yang popular, gabungan rasa manis dan pedas serta kombinasi rasa luar biasa yang mendapat penerimaan baik daripada orang ramai.

KitKat “Chocolatory” memenuhi keperluan pasaran yang menginginkan produk berdasarkan citarasa peribadi dan telah menjadi pendorong yang berkesan dalam menggalakkan ciptaan baharu di pasaran Malaysia melalui peranannya sebagai platform untuk percambahan produk dan kreativiti. Kedai konsep ini telah menyumbang kepada peningkatan KitKat sebagai sebuah jenama dan akan terus menjadi platform untuk pembangunan jenama ini. Sebagai jenama konfeksi terkemuka di peringkat dunia dan tempatan, KitKat sentiasa berpandangan jauh dalam rancangannya untuk memperbanyakkan lagi perisa unik dan popular di pasaran, tambah Encik Goel.

Menyentuh mengenai kerjasama antara jenama kesayangan ramai itu dengan Anis Nabilah, Encik Goel berkata, "Kami sentiasa mencari pelbagai bentuk kerjasama yang menyeronokkan dan mengalu-alukan kehadiran Anis Nabilah ke dalam keluarga besar Nestlé KitKat. Kami merasakan beliau adalah duta yang sesuai untuk KitKat “Chocolatory” memandangkan beliau merupakan selebriti dalam bidang masakan yang semakin bersinar dan memang dikenali sebagai peminat manisan serta amat menggemari coklat KitKat. Kami juga ingin berterima kasih kepada peminat di Malaysia kerana penerimaan berterusan mereka terhadap kedai konsep KitKat. Kami akan terus mendengar maklum balas pelanggan dan berusaha untuk mempertingkatkan serta memperhalusi ciptaan kami bagi memastikan KitKat terus menjadi peneraju pada masa ini dan masa depan."

Sempena bulan Ramadan dan musim Raya ini, KitKat “Chocolatory” akan mengadakan promosi Balik Kampung di Kiosk Ramadan, Centre Court Mid Valley Megamall dari 8 Jun sehingga 2 Julai. Sepanjang tempoh ini, pelanggan boleh mendapatkan empat edisi khas istimewa KitKat serta satu pek hadiah PERCUMA untuk keluarga dan rakan-rakan. Untuk maklumat lanjut mengenai KitKat “Chocolatory” Malaysia atau Ciptaan Anis sila layari www.kitkat.com.my .

Comments

Popular Posts