Pengalaman Manis Photoshoot Bersama White Studio

Saya dah lama tak amik gambar photoshoot bersama famili. Rasanya last amik masa Ameer umur 4 bulan. Lepas tu tak berkesempatan lagi. Tapi bila baru-baru ini White Studio ada buat promosi menarik..boleh rujuk pada link ini --> http://ayuarjuna.blogspot.my/2017/06/photoshoot-raya-sambil-menderma.html Haruslah kannn rembat promosi pakej yang ditawarkan. Apatah lagi dapat melihat hasil bidikan dari pemilik studio itu sendiri Feeq (seorang blogger otai juga). Yang seriously saya kagum giler bila tengok gambar-gambar hasil bidikan beliau yang telah dikongsi di FB dan blog.

Tapi kebetulan masa pemilihan tarikh photoshoot ini, Dedet betul-betul sibuk dan tak dapat sertai. Jadi beliau tak ada dalam gambar. Sebab sebenarnya memang asalnya saya nak rakamkan gambar anak-anak ajer. Sebagai kenangan bila dowang dah besar, ada gambar cantik-cantik yang menghimpunkan semua adik beradik ketika dowang masa kecil. Jadilah lengkaplah dengan 7 adik beradik berada dalam satu frame termasuk my Yara yang baru berusia 4 bulan :-) 

White Studio ini ada 2 lokasi iaitu Cheras dan Petaling Jaya. Jadi kami telah memilih Kelana Jaya Petaling Jaya tempat photoshoot kami. Kebetulan slot yang kami dapat untuk berPS pukul 5 petang, so memang saya plan untuk masak berbuka puasa seawal pukul 1 tengahari. Manakala untuk pemilihan pakaian memang saya jenis last minute decide. Macam kelakar juga. Mujur baju raya famili dah ada awal2 lagi. Berkat dapat dari projek review dan ada juga yang beli dah siap2 masa kenduri kahwin adik baru-baru ini.

White Studio kat Petaling Jaya memang senang sangat nak dapat parking. Jadi kita tak perlu risau. Berada di tingkat 3 dan sepertimana kebiasaan studio yang lain, White Studio juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk pelanggan. Ada peralatan studio, bilik tukar pakaian , tandas dan banyak lagi. Dan jangan tak tahu White Studio ini juga popular dijadikan tempat shooting sesetengah production house.

So, kami sampai on-time lebih kurang 5.05pm (on-time jugaklah hahaha). Mood petang anak-anak memang OK buat yang dah paham bahasa, walaupun dowang puasa, hahaha. Tapi My Ameer adehhh..Dia punya hyper di tempat baru, mak dia pun sakit jiwa. Tapi acah-acah tenang sebab nama pun budakkan. Memang dowang akan excited bila disuruh berpakaian cantik dan pandang kamera. My Amani pula yang  berusia 7 tahun, memang cenggeng budaknya. Dapatlah pula si Anaqi yang memang garang dan berperangai abang2 long sangat. Abisla dicubitnya si Amani bila adiknya itu tak mendengar kata. Menangis dan merajuklah pulak. See. Pening mak dier. Kalau Dedet dia ada, boleh kena migrain rasanya. Tapi mujurlah Feeq photographer yang memang dah biasa kot terima klien macam ni (ke first time?, hahah) so dengan tabah serta sabarnya melayan kitaorang.

Feeq juga tak lokek berkongsi tips dan memberi idea cara berposing agar dapat momen yang terbaik untuk dirakamkan dari lensa. Tapi seriously kami enjoy time photoshoot kat sini. Tak rasa pun sejam masa photoshoot ni berlangsung. So, TQQQQQQQQQQQ so much buat Feeq kerana berjaya melunaskan tugas sebagai photographer dengan cukup baik di dalam studio yang cukup selesa.  Buat Feeq ,Aten dan juga team (walaupun tak ada di hari kejadian) moga anda akan terus suksess dan boleh pergi jauh lagi. Thumbs up gaisss...

Saya dapat banyak giler gambar, tapi secara random saya kongsikan di sebalik tabir beberapa momen yang sempat dirakamkan. Memang tak tipu, bila saya tengok gambar-gambar ini balik rasa nak gelak dan nangis pun ada. So sweet moments laaaaa....Haha..Apatah lagi tengok muka Amani yang mencuka tu. Sangat win, hahahahahah 😅😂















Jom berPS...

📞 WHATSAPP / SMS SEKARANG! 0166664034

Alamat :
No B-28-2, Dataran C180, Jalan C180/1, 43200 Cheras, Selangor 


Comments

mama tisya said…
amani yg stress hehe...meriah ank2 rmi ayu....gmbr ngan yana dh mcm kakak and dik...kita tk pernh berphotoshoot sefamily...tp ngan bff pernh la kt studio tu pn sbb menang contest..merasa la
mummy_ayu said…
wah meriahnya....seronok tengok
mt- best berPS ni hehehehe...buat la seklai ngan famili :-)


mummy ayu- alhamdulillah tapi kekadang pening jugak kepala heheh

Popular Posts