Resepi Rendang Tok Ayah Yang Sangat Sedap dan Mudah Disediakan Bersama Philips All--In-One Pressure Cooker

Masakan tradisi seperti Rendang Tok Ayah memang antara yang dicari sewaktu perayaan Hari Raya. Bahkan bagi saya sendiri menikmati rendang bukan sahaja di musim perayaan sehaja bahkan rendang juga dijadikan hidangan cukup istimewa di majlis rumah terbuka, makan besar bersama keluarga dan di pelbagai acara lain. Apatah lagi kalau dapat memasak menggunakan peralatan dapur seperti Philips All-In-One Pressure Cooker memang semuanya mudah dan pantas disediakan.

Ok, jom saya kongsikan cara menyediakan Rendang Tok Ayah dengan cara paling mudah dan pantas menggunakan  Philips All-In-One Pressure Cooker yang hanya mengambil masa tidak sampai 1 jam. Hasilnya memang 'awesome' dengan daging yang cukup lembut dan cukup rasa. Jika memasak rendang ikut cara tradisi memang memakan masa yang lama, adakalanya sehingga 8 jam lamanya. Huhuhu.

Bahan-bahan:-
Bahan Perapan:
  • 2 tsp ground cinnamon
  • 1 tsp ground black peppercorns
  • 1 tsp corriander
  • 1/2 tsp ground fennel
  • 1/2 tsp ground cumin

Bahan Untuk Dikisar:

  • 2 red large onions
  • 3 garlic
  • 1 inch ginger, remove skin
  • 3 fresh turmeric root, remove skin
  • 2 inches galangal
  • 4 lemongrass

Bahan-bahan lain:

  • 1 kg beef, cut into 1 1/2 inch cubes
  • 1/4 cup of oil
  • 2 star anise
  • 5 cloves
  • 5 cardamoms
  • 1 tbsp chili paste
  • 2 tsp tamarind paste paste diluted with 1/2 a cup of water
  • 2 tsp salt
  • 3 tbsp palm sugar, grated
  • 2 cups of thick coconut milk
  • 2 tbsp kerisik
  • 3 pices of kaffir lime leaves, bruised
  • 1 turmeric leaf, sliced finely

Kaedah Penyediaan:-

  1. Perapkan daging dengan bahan perapan.
2.  Biarkan daging yang telah diperap selama 20 minit.




3. Buka penutup Philips All-In-One Pressure Cooker dan tekan butang 'SAUTE/SEAR HIGH TEMPERATURE' dan tekan butang 'START'.

 4. Masukkan minyak apabila periuk dah panas.

 5. Seterusnya masukkan star anise, cardamon dan cloves

 
6. Seterusnya masukkan bahan yang telah dikisar. Masak sehingga naik bau wangi dan bawang menjadi kekuningan perang.

 7. Kemudian masukkan pes cili. *Kepedasan ikut suka ya.

 8. Masukkan daging yang telah diperap.

9. Kacau rata sehingga sebati dengan bahan ~ lebih kurang 20 saat.


10. Masukkan garam secukup rasa.


11. Seterusnya masukkan daun limau.

12. Untuk rasa lebih seimbang masukkan gula melaka yang telah dihancurkan.

13. Masukkan asam jawa

14. Campurkan kerisik didalamnya.

15. Akhirnya masukkan santan pekat (dalam 2 cawan)

16. Sebab saya nak masak pantas. Jadi saya telah memilih butang 'PRESSURE COOKER' dan pilih 'MEAT/POULTRY'. Set asa untuk tempoh 30 minit, tekan butang 'START'.


16. Bila 'KEEP WARM' sudah menyala di bahagian panel, ianya menunjukkan daging rendang sudah masak dan lembut sepenuhnya. Lepaskan tekanan dengan memusing kunci di atas tudung periuk ke arah 'VENT'.

17. Buka tudung periuk, gaul rata.

18. Tekan di butang menu  'SAUTE/SEAT HIGH TEMP'  dan tekan 'START' kacau sehingga rendang menjadi kering.

19. Rendang kita akan kelihatan seperti pecah minyak.

20. Taburkan dengan tumeric leave yang telah dihiris halus.

Rendang Tok Ayah ini bukan sahaja sedap dimakan dengan nasi impit, lemang, roti dan  nasi putih. Bagi saya sendiri menikmati rendang tradisi ini bersama pulut kuning. 

Philips All-In-One Pressure Cooker ini bukan sahaja boleh digunakan untuk memasak hidangan yang memerlukan tekanan tinggi seperti daging. Bahkan yang lebih menarik periuk serbaguna dari Philips ini juga boleh dibakar kek, stew daging, memasak dodol, membuat acar buah dan banyak lagi. Paling penting hasilnya memang 'superb'. Bayangkan daging yang dimasak dengan Philips All-In-One Pressure Cooker ini begitu lembut isinya. Jadi tidak ada masalah buat anak saya seperti Ameer yang baru berusia 3 tahun untuk menikmati rendang itu sendiri.

Oh ya! Harga Philips All-In-One Pressure Cooker yang ditawarkan di pasaran adalah RM799 dan anda boleh mendapatkannya di pasaraya besar yang terdekat. 

Jom merendang bersama Philips untuk santapan hebat di hari lebaran. Selamat Hari Raya in advance uolls.

Comments

mama tisya said…
menarik nmpknye rendang daging ngan pulut tu
mt- sedap...blh cuba :)
Henry Tan said…
wahhh semua come with procedures stick on the container! super easy to follow! :D

Is Blogger Underappreciated?
Henry- u should try it...so sedap :)

Popular Posts