Yara dan Apaknya...

Hokeh. Gambar ini antara yang terkini diketip menerusi iphone achikk. Al-maklumla cik somi kite bukan suka bergambar. Memang bercinta nak amik gambar pak cik ni. Takde satu pun yang helok. Mesti ada saja unsur2 sebotaj disengajakan dalam penghasilan gambar bermutu keunggulan tinggi. Hover tak ayat achikk...Kehpam sangat bunyi-nya kannnn...Hahahahahah

 BTW, apaknya a.k.a Dedet memang menjadi feveret Yara sekarang ni. Sebab Yara dah start kenal orang so muka Dedet dia ni memang afdal la kenal, sebab tiap2 malam tidur bersebelahan kan. apatah lagi Dedet ni jenis suka memanjakan anak. Terutama anak2 yang di bawah umur. Yang macam Yana dan Anaqi tu dah macam member-member jer. Geng gi terawih, geng lepak mamak, geng jalan2 cari pasal kat bazar ramadhan...nampak tak hidup dengan bini dia membosankan, hahahaha...sebab bini dia jenis suka membuat perkara2 yang bermanfaat sepanjang masa...hahahaha #fliptudung

Dan Yara bila nampak Dedet memang meminta sangat la....Terutama nak didukung, bawa jejalan sekitar rumah. Tidak lebih daripada itu. Hahaha. Sebabnya kalau nak makan dan nak diminta dibersihkan lepas membuang hajat. Mak dia paling berjasa.

Apapun, orang kata kalau muka tu lebih kurang seiras dia akan jadi rapat. Macam muka Yara dengan dedet la..sejenis fotokopi sekarbon...Cuma Yara tidaklah putih melepak cam Dedet, still ada warna campuran cekelat dari mak dia. Takpe Yara, janji sihat dan comel...dah cukup membahagiakan dah kitaorang sekeluarga...

psst: Aisshhh, entri ini ditulis bersempena mata dah mengantuk tapi perasaan hazabedah menunggu giliran kelas yang seterusnya.

Tata uolls....

Comments

Popular Posts