Best Giler Jadi Pemenang Tunaikan Hasrat Umrah Bersama Yang Tersayang Tajaan Power Root!

Sebagai orang Islam berpeluang menunaikan umrah sekaligus menjejakkan diri ke tanah suci Mekah dan Madinah adalah antara destinasi yang sememangnya menjadi impian sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Tanah suci yang mempunyai 1001 kisah dari lipatan sejarah Islam itu sendiri menjadi antara pemangkin untuk kita menjejaki bumi itu, selain daripada berpeluang dapat beribadat dan melihat secara dekat bangunan kaabah dan sebagainya.


Dan Power Root Berhad, yang terkenal dengan jenama kopinya Alicafe, telah membantu 36 orang rakyat Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat untuk memenuhi hasrat mereka untuk menunaikan Umrah. Ini merupakan antara inisiatif uniknya untuk menyumbang semula sesuatu yang sangat bermakna kepada komuniti.

“Kami memahami bahawa menunaikan ibadah Umrah dan Haji di Mekah adalah satu tuntutan agama yang perlu dipenuhi bagi mereka yang beragama Islam. Dan sebahagian besar daripada mereka telah menyimpan wang selama bertahun-tahun, semata-mata untuk tujuan ini,” kata Pengerusinya, Dato Afifuddin Bin Abdul Kadir.

“Kami membuat keputusan untuk memainkan peranan kami, dengan membantu rakyat Malaysia menunaikan Umrah, yang dianggap sebagai Haji kecil, melalui peraduan “Tunaikan Hasrat Umrah” kami dimana kami menawarkan 18 pakej umrah. Dan oleh kerana setiap pakej adalah untuk dua orang, kami sebenarnya menghantar 36 orang pelanggan ke Mekah,” tambah beliau.

Bercakap di majlis penyampaian hadiah kepada tujuh pemenang pertama, Dato’ Afifudin berkata: Untuk memastikan keselesaan dan ketenangan fikiran mereka sepanjang perjalanan menunaikan ibadah tersebut, kami telah bekerjasama dengan Tabung Haji Travel, ahli syarikat Kumpulan Tabung Haji, untuk memberikan salah satu pakej terbaik mereka kepada para pemenang.”



Dato’ Afifuddin turut berkata bahawa Syarikat tersebut sangat gembira kerana pemenang yang terpilih adalah daripada pelbagai lapisan masyaratkat dan berbeza latar belakang.

Beberapa orang pemenang telah berkongsi cerita mereka dengan Power Root. Mereka adalah:

i. Ruhaizat bin Hj Mohamed Amin, seorang pesara yang berasal dari Melaka, yang telah kehilangan kesemua wang simpanannya selepas dompetnya tercicir di sebuah pusat membeli-belah di Melaka. Tidak bernasib baik dalam mencari pekerjaan, jadi agak sukar bagi beliau untuk memenuhi keperluan hidup. “Saya tidak dapat menggambarkan betapa gembiranya saya memenangi Pakej Umrah ini. Terima kasih kepada Power Root, walaupun saya tidak mempunyai apa-apa simpanan lagi, sekarang saya dan isteri dapat melaksanakan Umrah.”

ii. Aziana bt Adnan, dari Klang berkata memenangi Pakej Umrah ini adalah satu rahmat yang sangat besar baginya, dimana beliau ingin mengucapkan rasa syukur dengan membantu seorang kawan yang memerlukan. Perkara pertama yang difikirnya adalah untuk membawa rakan perempuannya yang kurang upaya dan berkerusi roda, untuk pergi menunaikan ibadah Umrah. Tetapi, oleh kerana
peraturan yang menetapkan perlunya “Mahram”, beliau harus ditemani sama ada bapa atau adik lelaki atau saudara lelaki.

iii. Abdul Mustakim bin Ali, masih tidak percaya dengan berita kemenangan tersebut kerana beliau sibuk berulang-alik dari rumahnya di PPR SRI STULANG, Johor Bahru dan Singapura dimana beliau bertugas sebagai petugas perkhidmatan kurier United Parcel Services. Nyaris tidak dipilih sebagai pemenang kerana kesukaran untuk menghubunginya, namun atas kesungguhan pihak Power Root, beliau akhirnya berjaya dihubungi.

iv. Puan Shuhadah, dari Puchong berkata beliau dan suami memang gemarkan minuman Power Root dan bernasib baik kerana kakak beliau memiliki sebuah restoran di Kota Kemuning dimana minuman tin Ali Cafe merupakan salah satu item minuman utama yang dijual disitu. Beliau tidak menyangka usahanya dan suami yang tidak jemu menghantar borang peraduan akhirnya membuahkan hasil.

v. Puan Pauziyah bt Jantan dari Shah Alam pula berkata beliau menyertai peraduan ini dengan niat untuk membawa ibu mertuanya menunaikan Umrah bersama kerana ibu mertuanya belum pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci. Ibu kandung beliau telah lama meninggal dunia dan ibu mertualah yang banyak menjaga beliau sekeluarga.

Pemenang-pemenang yang lain ialah: Mohd Hanafi bin Nasarudin (Jerantut, Pahang) and Nawi bin Awang (Felda Besout 6, Sungkai, Perak).

Dato’ Afifuddin berkata bahawa peraduan Tunaikan Hasrat Umrah menunjukkan bahawa Power Root, sebuah syarikat tempatan, benar-benar memahami keperluan pelanggan mereka yang beragama Islam.

“Kami bukan sahaja mengeluarkan produk minuman berkualiti tinggi yang memenuhi selera rakyat Malaysia, malah turut memastikan produk kami adalah halal terutamanya untuk memenuhi keperluan pelanggan kami yang beragama Islam,” tambah beliau.

Power Root, yang tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad, mengilang dan mengedarkan produk-produk minuman dan mempunyai rangkaian minuman tenaga herba yang diperkaya dengan dua ramuan herba berharga yang berasal dari Malaysia.

Herba-herba ini, yang biasanya dikenali dengan sebagai &Tongkat Ali dan & Kacip Fatimah kaya dengan pelbagai khasiat yang membantu meningkatkan kesejahteraan fizikal, dan sangat digemari oleh rakyat Malaysia.

Dengan tekad untuk mempromosikan produk-produk tempatan ini ke pasaran antarabangsa, Power Root telah banyak melabur dalam aspek penyelidikan dan pembangunan herba-herba tradisional ini, untuk menghasilkan produk-produk jenamanya sendiri, antaranya Alicafe, Alitea, Per’l dan Extra Power Root.

Untuk maklumat lanjut tentang Power Root, sila layari www.powerroot.com.my

Peraduan tersebut telah bermula pada 1 Mei bersempena dengan bulan Ramadhan dan bakal berakhir pada 15 September 2017. Setakat 15 Julai 2017, tujuh pemenang telah dipilih menggunakan cara algoritma untuk memilih nombor siri yang bertuah.

Untuk menyertai peraduan, pelanggan perlu membeli mana-mana produk Power Root, dalam bentuk pek atau tin, gunting keratan logo atau cabut pembuka tin untuk dikepilkan bersama borang peraduan.

Butir-butir, syarat-syarat dan peraturan peraduan boleh didapati di laman www.powerroot.com.my atau Facebook AlicafeFacebook Per’l dan Facebook Powerroot.

Bila tengok pemenang tersenyum gembira dan tidak nafikan saya juga turut teruja. Moga saya juga berpeluang menjejaki ke tanah suci bagi menunaikan umrah satu hari nanti. Doa-doakan ya! Agar impian saya menjadi satu kenyataan satu hari nanti.

Psst: Saya juga beria-ia menghantar borang peraduan Tunaikan Hasrat Umrah Bersama Yang Tersayang tajaan Power Root. Uolls tak nak join sama. Jom!!! Sertai sekali. Mana tahu ada rezeki :-)

Comments

Salma Othman said…
Wah nak join la. Baru tau harini. Moga ada rezeki kita nak pergi umrah dengan power root ya kak ayu

Popular Posts