Jenama NURAISHAH Dari PRIMAVALET, Koleksi Yang Perlu Korang Perlu Ada Dalam Almari!

Dalam kesibukan saya mencari baju raya di Primavalet, saya terrrrrrrrr..shopping pula satu baju di bawa jenama NURAISHAH di PRIMAVALET. Sebenarnya dah lama saya berkenan dengan rekaan baju ini. Semuanya hasil terjah di laman web site PRIMAVALET yang ada banyak menawarkan pelbagai jenis rekaan yang cantik-cantiik dan menarik.


Seriously, saya jatuh chenta yang amat dengan rekaan dan potongan pakaian ini. Tampil anggun dan kemas terletak potongannya. Bagi saya sendiri set ala jubah berseluar ini bukan sahaja cantik digaya ke pejabat bahkan si pemakai kelihatan tampil anggun dengan membawa karektor personaliti yang tersendiri.
Untuk pengetahuan semua pakaian saya ini  adalah dari koleksi N.A AAIRA TAFFY PINK+GREY .  Saya pertama kali merasmikan pakaian ini ketika menghadiri satu majlis tertutup bersama Nelydia. Tak nafikan, ada rakan yang hadir bertanyakan tentang set jubah yang saya melaram pada hari tersebut. Ramai yang kata "Ko nampak smart dan comel Ayu".....Mahu tak kembang hati saya, kahkahkah...

 Paling best material yang digunakan. Sebab ianya dari Cromo Crepe, so sangan senang nak iron. Pakai seharian pun tak rasa panas bahkan selesa sepanjang masa. Paling penting material crepe ini tidak mudah renyuk.

Harga masa saya beli adalah RM159. Tapi uolls cubalah lawati website PRIMAVALET mana tahu ada diskaun. Tapi tak tipu, memang best pakaian saya beli ini. "Alah membeli menang memakai" bak kata orang lama. Bak kata pepatah hipster pula, "Alah membeli menang pada gaya".


Ada satu lagi baju saya beli dari PRIMAVALET, pun cantik juga. Nanti saya review...

Comments

Popular Posts