SAYA MEMILIH CARRIE MOZZIBUSTER- PERLINDUNGAN DARIPADA NYAMUK UNTUK KELUARGA :-)

Saya sangat bersetuju dengan kenyataan "mencegah adalah lebih baik daripada merawatinya". Sebagai ibu, saya memang akan berasa susah hati sekiranya anak saya jatuh sakit (tidak sihat). Jadi seboleh-bolehnya saya akan memastikan anak saya sentiasa dilindungi daripada punca-punca yang boleh menyebabkan mereka jatuh sakit. Selain daripada mengamalkan gaya hidup yang sihat, saya juga sering menyediakan keperluan-keperluan harian yang dapat menyokong mereka untuk terus kekal sihat dan aktif.




Apatah lagi dengan penyakit demam denggi sejenis wabak yang datangnya daripada nyamuk aedes. Untuk pengetahuan semua kes denggi bukanlah suatu perkara yang asing di Malaysia. Saban tahun terdapatnya kadar peningkatan yang tinggi di kawasan bandar dan pinggir bandar. Tahun lepas sahaja terdapat lebih daripada 75,000 kes denggi yang melibatkan 166 kematian. 


Unjuran peningkatan kes denggi saban tahun

Paling membimbangkan kebangkitan virus Zika kini menjadi satu lagi kebimbangan pada masyarakat. Menurut fakta dari WHO perlindungan terhadap gigitan nyamuk adalah penting bagi mencegah penyakit yang berpunca darinya. Langkah-langkah pencegahan harus diteliti terutamanya pada waktu siang dan penglibatan pencegahan yang aktif terhadap kanak-kanak.

Antara tips yang boleh kita amalkan terutama bagi memastikan persekitaran kita bersih daripada tempat pembiakan nyamuk. Antaranya pastikan kita tidak menyimpan mana-mana air bertakung terutama di dalam baldi, bekas lama dan sebagainya. Pastikan juga pasu tidak mempunyai air bertakung terutama daripada sumber air hujan. Ianya boleh menyebabkan pembiakan nyamuk.

Satu diskusi bersama Doktor Roliza Ibrahim seorang Pediatrik, bagi membincangkan lebih jelas dan terperinci tentang penjagaan kesihatan anak-anak. Menurut Doktor Roliza kita haruslah peka tentang kesihatan anak dari semasa ke semasa. Pastikan persekitaran rumah dan kawasan yang kita lawati/kunjungi bersama anak adalah bebas daripada nyamuk. Namun menurut doktor jika kita mahupun anak menghidapi demam panas lebih dari 3 hari ianya perlu dirujuk kepada hospital serta merta. Dan untuk pengetahuan semua bagi orang dewasa dan kanak-kanak cara menunjukkan simpton demam denggi adalah berbeza. Terutamanya bagi kanak-kanak tanda-tanda mereka menghidapi demam denggi lebih lambat untuk diketahui/kesan jika dibandingkan dengan orang dewasa.

Antara simpton demam denggi yang boleh dikenalpasti, selain demam denggi kita juga akan berasa sakit abdomem (tulang, mata dll), gusi berdarah (peringkat teruk), kesan kegatalan di kulit (body rash), sakit kepala yang kerap dan kadang-kala menyebabkan kita muntah (biasanya kanak-kanak akan mengalami masalah seperti ini)

Antara cadangan yang dicadangkan bagi mengelakkan diri kita dan ahli keluarga digigit nyamuk aedes, boleh rujuk pada gambar di atas. Dalam banyak-banyak cara yang disyorkan, saya berminat sekali tentang penyapuan losen penghalau nyamuk (insect repellent) apabila kita keluar rumah atau melakukan aktiviti di luar. Dan saya telah diperkenalkan dengan CARRIE MOZZIBUSTER LOSEN PENGHALAU NYAMUK dan CARRIE MOZZIBUSTER LOSEN PENGHALAU NYAMUK dengan UV.


Sememangnya CARRIE, sebuah jenama yang dipercayai ibu bapa mengeluarkan produk penjagaan diri kanak-kanak seperti mandian dan rambut, syampu, dan bedak talcum yang menyeronokkan dan penuh imaginasi. Carrie amat memahami kebimbangan ibu bapa. Bagi membantu minda kanak-kanak terus bekembang dengan cara bermain dan berimaginasi di dalam dan di luar rumah. Carrie telah mengambil masa 2 tahun bagi membangunkan produk ini secara teliti dan ia didaftarkan di bawah badan berkanun iaitu Lembaga Racun Makhluk Perosak, Jabatan Pertanian dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

CARRIE berbangga  memperkenalkan 2 produk baharu untuk menghalau nyamuk. CARRIE MOZZIBUSTER LOSEN PENGHALAU NYAMUK dan CARRIE MOZZIBUSTER LOSEN PENGHALAU NYAMUK dengan UV (dengan Perlindungan UV). Kedua-dua losyen ini telah diuji untuk menghalau nyamuk sehingga 8 jam.

CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion boleh digunakan setiap hari bagi perlindungan didalam rumah. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV dilengkapi dengan perlindungan sinaran matahari untuk jaminan di luar rumah. CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions diformulasi khas untuk kegunaan pada kulit kanak-kanak, losyen ini juga diiktiraf dengan sijil HALAL. Tapi sepertimana yang telah disyorkan oleh Dr Roliza produk ini sebaik-baiknya adalah untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas (6 bulan ke atas masih boleh dipertimbangkan) serta tidak adalah masalah seperti penyakit G6PD, alergik dan sebagainya. Dan pemakaian sekali sapuan boleh bertahan sehingga 8 jam. Caranya hanya sapu pada kawasan yang terdedah sahaja dan tidak perlu satu badan.

Kedua-dua CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions boleh didapati dalam pek mudah dibawa bersaiz 50ml dan 100ml.

CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotions boleh didapati di pasaraya terkemuka, pasaraya hyper, dan farmasi di seluruh Malaysia.
CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion dijual pada harga RM 9.90(Semenanjung)*/ RM 10.40 (Sabah & Sarawak)* untuk saiz 50ml, RM 14.90 (Semenanjung)*/ RM 15.60 (Sabah & Sarawak)* untuk saiz 100ml.
CARRIE MOZZIBUSTER Mosquito Repellent Lotion with UV pula dijual pada harga RM 10.50 (Semenanjung)*/ RM 11.00 (Sabah & Sarawak)* untuk saiz 50ml, RM 15.50 (Semenanjung)*/ RM 16.30 (Sabah & Sarawak)* for 100ml.

*Harga termasuk GST.




Pastikan kita dapat berikan yang terbaik buat anak. Agar mereka dapat membesar sihat, cergas dan aktif! Antaraanya lindungilah anak kita dari gigitan nyamuk aedes yang boleh membahayakan nyawa mereka!

Jangan lupa dapatkan  CARRIE MOZZIBUSTER LOSEN PENGHALAU NYAMUK dan CARRIE MOZZIBUSTER LOSEN PENGHALAU NYAMUK dengan UV di pasaran yang berdekatan 😘💪

Tentang WIPRO UNZA
Sejak 1980 Kumpulan WIPRO UNZA telah berjaya membina portfolio berjenama yang sangat meluas dipasaran Asia mengenai produk penjagaan diri dan isi rumah. Berpangkalan di Singapura, Kumpulan ini mengeluarkan dan memasarkan jenama terkemuka merentasi 50 wilayah dalam Asia Tenggara, China dan seantero.

WIPRO UNZA memegang sebanyak 24 jenama portfolio. Jenama utama WIPRO UNZA termasuklah ENCHANTEUR, SAFI, EVERSOFT, DASHING, CARRIE, ROMANO dan AIKEN.

Kebanyakan produk WIPRO UNZA tersenarai kedudukan teratas dalam pasaran oleh kerana jenama tersebut direka khas untuk pengguna Asia.

SAYA MEMILIH CARRIE MOZZIBUSTER- PERLINDUNGAN DARIPADA NYAMUK UNTUK KELUARGA :-) Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on July 27, 2017 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.