Biskut belVita Perisa Pisang & Oat Menjadi Pilihan Sarapan 'On-the-Go' Saya Setiap Hari!

Tidak nafikan tenaga akan hilang sebaik sahaja kita bangkit dari tidur. Jadi untuk mendapatkan kembali tenaga bagi kita terus kekal aktif melakukan aktiviti sepanjang hari, kita haruslah mengambil sarapan. Untuk pengetahuan semua, sarapan adalah sangat penting bagi memastikan kecergasan minda, badan dan jiwa (Sharon Tan) . 

Bagi saya sendiri setiap pagi merupakan waktu paling tegang dan sibuk. Ini kerana seawal 5.30 pagi saya sudah bangun dan perlu menguruskan banyak perkara. Namun sebagai seorang ibu, saya tahu pentingnya pengambilan sarapan buat anak-anak saya. Jadi, saya perlu memikirkan alternatif terbaik mencari sarapan yang mudah serta ringkas pada yang sama berkhasiat dan mengenyangkan.

Solusinya! Saya mencuba belVita. Bukan hanya mudah dan praktikal (sebab didatangkan dalam pek-pek yang kecil) bahkan rasanya enak menjadikan ianya satu tarikan buat anak-anak saya menikmatinya setiap pagi. Dan kini, belVita telah memperkenalkan perisa terbaru yang lebih enak dan berkhasiat iaitu gabungan rasa pisang dan oat.

*********************

Belveta adalah keluaran dari Syarikat Mondelēz Malaysia (Mondelēz), iaitu  syarikat pengeluar snek terbesar di dunia Mondelēz International. Dan hari ini  Mondelez telah memperkenalkan produk baru dalam rangkaian biskut belVita Breakfast, iaitu belVita Pisang & Oat (belVita Banana & Oats). Perkenalan produk ini adalah bertujuan untuk menyediakan lebih banyak pilihan kepada pengguna Malaysia bagi menikmati sarapan yang seimbang dan sihat. Sesuatu yang menarik bukan?

Ketika berucap pada majlis pelancaran berkenaan, Sharon Tan, Ketua Bahagian Biscuit & Salty Snacks, Mondelēz International berkata,

 “Rata-rata rakyat Malaysia menyedari kepentingan sarapan sebagai sajian harian utama. Oleh sebab itu, kami telah menghasilkan produk ini yang mengandungi ramuan berkhasiat dan bermutu tinggi untuk memenuhi gaya hidup dan citarasa rakyat Malaysia. Dengan menggabungkan pisang dan oat yang penuh nutrisi dalam produk terbaharu ini, kami dapat membekalkan pengguna dengan pilihan yang lebih sihat untuk menyediakan sarapan yang lazat dan seimbang. Tambahan pula, belVita Pisang & Oat boleh dimakan begitu sahaja tanpa memerlukan sebarang penyediaan sekaligus menjadi pilihan yang mudah dan bersesuaian dengan rutin rakyat Malaysia yang sibuk pada zaman moden ini.

Dr Hamid Jan Bin Jan Mohamed, Profesor Madya di Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Program Nutrisi dan Dietetik Universiti Sains Malaysia (USM) turut memberikan pandangan beliau mengenai
kepentingan sarapan yang seimbang dan bermutu tinggi.

“Sarapan yang baik adalah penting bagi kesihatan fizikal, mental dan emosi dalam jangka masa panjang. Ianya turut memainkan peranan penting bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dan diabetes. Memulakan hari dengan sarapan yang bermutu tinggi dikatakan dapat membantu mempertingkatkan kesihatan, menjaga keseimbangan hormon, serta memberikan tenaga yang mencukupi. Ianya juga merupakan satu cara yang sangat baik bagi mencegah obesiti dan mengekalkan Indeks Jisim Badan (BMI) yang sihat.”

Rumusan yang saya boleh buat daripada penerangan Dr Hamid ketika mendengarnya sendiri;

Otak dan badan sebenarnya saling berkomunikasi. Bila kita lapar sekaligus glucose dalam badan akan menjadi tinggi dan perut akan meragam minta diisi. Paling kritikal kita lapar sebab 'skip' mengambil sarapan dengan harapan untuk diet ataupun mungkin sebab kita benar-benar tidak sempat untuk bersarapan (kekangan masa). Lagi lama kita menahan lama, lagi tinggi permintaan glucose dalam badan ini menyebabkan emosi kita akan terganggu dan tidak stabil. Sekaligus menyebabkan kita akan mengambil berganda banyaknya 'potion' makanan di waktu makan tengahari. Dan ini adalah salah satu kenapa kita menjadi obesiti.


Dr Hamid yang juga sependapat dengan Sharon, beliau telah mengulas, 

“Oat atau bijirin terkenal dengan kandungan serat, pelbagai mineral serta zat-zat yang mampu merendahkan paras kolesterol, sekaligus menjadikannya amat sesuai bagi sarapan pagi. Bagaimanapun, oat sahaja tidak mencukupi untuk menjamin pemakanan yang sempurna. Oleh demikian, buah-buahan seperti pisang adalah antara pelengkap yang sesuai dengan adanya kandungan serat, kalium, vitamin C dan B9 yang dapat menyumbang kepada kesihatan jantung. Lagipun, pisang merupakan buah-buahan tempatan kegemaran rakyat Malaysia yang murah dan senang diperolehi.”


Satu info yang agak menarik Dr. Hamid kongsikan ialah mengenai phytonutrient. Yang mana mana ianyanya khasiat yang datangnya dari tumbuhan (bukan mineral, bukan vitamin-not consider as essential nutrients). Di mana ianya sangat membantu meningkatkan daya tahan tubuh, mengurangkan stress dalam diri dan banyak lagi kelebihannya. Antara tumbuhan yang kaya dengan zat phytonutrient ini adalah tomato (terutama di bahagian kulitnya mempunyai peratusan yang tinggi), pisang (zat pottasium), kekacang dan banyak lagi. Jadi dengan pengenalan belVita perisa pisang dan oat ternayata memberikan kelebihan zat yang sangat penting dan diperlukan oleh badan.


Nah! Ternyata biskut belVita Breakfast boleh diambil berserta hidangan sarapan pagi yang seimbang bagi memulakan hari dengan sempurna dan penuh semangat. Ianya sebaiknya diambil dengan buah-buahan, produk tenusu dan bijirin untuk memberikan kombinasi karbohidrat, protein, lemak, vitamin, kalsium, zat besi dan zink yang seimbang.


Hansen Lee, iaitu personaliti TV dan jurulatih yoga dan kecerdasan bertauliah yang turut hadir pada majlis  pelancaran berkata,

“Jadual seharian saya sentiasa berubah dari masa ke semasa disebabkan oleh kepelbagaian tanggungjawab dan kekerapan bergerak ke beberapa tempat dalam masa yang singkat."

"Sebagai seorang yang mengamalkan gaya hidup sihat, sarapan yang bermutu tinggi merupakan hidangan  harian paling penting  bagi saya dan ini membolehkan saya memulakan hari dengan minda, emosi dan tubuh badan yang cerdas. Biskut belVita Breakfast merupakan sumber tenaga yang mudah dan cepat kerana ianya lengkap dengan pelbagai nutrien bagi menjamin sarapan yang seimbang, walaupun pada pagi yang paling sibuk.”


Jika terlebih rajin, hiks. Kita juga boleh menyediakan sarapan menggunakan biskut belVita secara kreatif. Antaranya seperti penyediaan parfait. Caranya cukup mudah dan pantas, dalam masa 5 minit kita mampu menyediakannya. Resepi dan cara penyediaannya merujuk kepada gambar di atas. Oh ya, resepi istimewa ini adalah dari Dr Ezani farhana.




Semenjak pelancarannya di Malaysia pada bulan Ogos tahun lalu, rangkaian biskut belVita Breakfast terus mendapat sambutan yang memberangsangkan di kalangan pengguna. Perisa ketiga belVita ini diperkenalkan  berikutan prestasi kejayaannya di pasaran menerusi dua perisa utama, iaitu Susu &  Bijirin serta Madu & Coklat.


Saya sendiri membawa 2 pek biskut belVita setiap hari. Kudapan 'on-the-go' , mudah dan ringkas, paling penting ianya mengenyangkan!

Sedikit info untuk uolls...

 Perisa baharu ini akan dijual di semua pasar raya besar, pusat membeli-belah serta kedai runcit
bermula Ogos 2017.

 belVita Pisang & Oat boleh didapati dalam dua (2) pilihan pek:
o 80g (RM2.90)
o 160g (RM5.20)

 Semua biskut belVita Breakfast mengandungi sekurang-kurangnya 50 peratus bijirin untuk  membekalkan karbohidrat kompleks yang merupakan sumber tenaga utama pada waktu pagi.

 Biskut belVita Breakfast juga merupakan sumber serat dan mengandungi sekurang-kurangnya  8g bijirin tulen dalam setiap hidangan, berserta lapan jenis vitamin dan mineral. Apabila diambil  sebagai sebahagian daripada sarapan yang seimbang, ianya mampu membekalkan tenaga dan khasiat untuk memulakan hari dengan baik.

Dan sedikit peringatan dari Dr. Hamid yang ingin saya kongsikan:-

DON'T SKIP BREAKFAST
MUST TAKE BALANCE BREAKFAST (VEGETABLE + FRUIT)
DON'T LEAVE THE HOUSE WITHOUT BREAKFAST

Comments

Memang sedap biskut ni
azi - sedap dn kenyang :)

Popular Posts