Fonterra Meraikan Lebih 60 Tahun Hubungan Malaysia dan New Zealand | Saya Pelajari 2 Resepi Unik dan Istimewa :-)

Jenama Fonterra adalah cukup popular di kalangan masyarakat Malaysia. Apatah lagi seperti produk tenusu seperti Anlene, CalciYum, Anchor dan lain-lain lagi sememangnya sudah sebati penggunaannya dalam hidangan dan masakan di rumah. Seperti saya sendiri anak-anak memang sangat mengemari CalciYum. Hampir setiap minggu kami tidak lupa untuk membelinya di pasaraya dan dijadikan stok minuman buat anak-anak yang sedang membesar. 

Begitu juga dengan produk keju Anchor yang sentiasa menjadi pilihan saya dalam penyediaan hidangan barat di rumah seperti pizza dan lagsana. Ini kerana produk Fonterra semuanya dijamin HALAL, enak dan paling penting ianya dijual pada harga yang cukup berpatutan.

Bagi meraikan 60 tahun kemerdekaan Malaysia dan juga 60 tahun lebih lamanya usia hubungan diplomatik Malaysia dan New Zealand, jenama Fonterra Malaysia telah memperkenalkan dua unik resepi fusion hasil gabungan hidangan Malaysia dan New Zealand.

Kenalkan ini adalah Mr Jose Miguel Porraz Lando, Pengarah Urusan Jenama Fonterra Malaysia dan Singapura. Menurut Mr Jose, pihak Fonterra  memahami tentang perlunya mengetahui perubahan inovasi permintaan pengguna hari ini. Produk tenusu memang sedia maklum adalah sumber nutrisi yang terbaik dalam masakan dan  Fonterra sangat berbangga untuk memperkenalkan produk berkualiti tinggi dari New Zealand.

Dengan membuat demonstrasi kepelbagaian cara hidangan fusion yang boleh dihasilkan dari produk Fonterra sekaligus memberi inspirasi kepada masyarakat Malaysia untuk lebih seronok menyediakan pelbagai hidangan enak dari dapur rumah buat keluarga tercinta.

Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Malaysia, Dr John Subritzk turut berbesar hati menghadiri majlis ini bersama media dan berkongsi tentang perasaannya melihat sendiiri pencapaian Fonterra sebagai jenama terkemuka di New Zealand yang semakin diterima baik dikalangan masyarakat Malaysia.

Menurut beliau selama lebih 60 tahun hubungan diplomatik ini telah terbina dan jenama Fonterra telah kukuh lebih 40 tahun berada di Malaysia dengan berkongsi segala kebaikan nutrisi yang boleh diperolehi oleh pengguna-penggunanya di sini.


Saya dan rakan media lain juga berkesempatan mempelajari cara penyediaan 2 hidangan yang unik iaitu Roti Jala bersama New Zealand Lamb Tandoori dan Pai Kiwi Venison bersama Daging Rendang, kentang dan cendawan.

Apa yang penting semua bahan-bahan asas menggunakan produk Fonterra seperti Anchor dan Anlene yang ternyata rendah lemak dan lebih berkhasiat. Juga tidak lupa bahan mentah kegemaran saya dan keluarga iaitu New Zealand Lamb!! (sedap giler kalau masak steak noks!!!)

Paling menarik apabila chef memberi peluang kepada Pesuruhjaya Tinggi New Zealand di Malaysia, Dr John Subritzk dan juga Mr Jose Miguel Porraz Lando mencuba sendiri membuat roti jala. Dan hasilnya memang cantik roti jala yang berjaya dihasilkan dengan sekali sahaja percubaan.

Hokeh, mereka sangat hebat mampu menyediakan roti jala. Sebabnya saya sudah mencuba sendiri menjala roti ini, gagal berkali-kali. hahaha. Ai is so malu, hiks. Kena praktis lagi ni.

Tada!!! Roti Jala bersama New Zealand Lamb Tandoori in the house :-)

Apabila ikon unik dari 2 negara di gabungkan di atas satu hidangan fusion citarasa dari 2 masakan dari 2 negara - Pai Kiwi Venison bersama Daging Rendang, kentang dan cendawan. Ikon tersebut adalah bunga raya dari Malaysia dan juga"fern leaf" dari New Zealand.

Pai Kiwi Venison bersama Daging Rendang, kentang dan cendawan dan Roti Jala bersama New Zealand Lamb Tandoori, inilah dua resepi yang kami pelajari untuk hari ini.

Acara bukan berakhir begitu sahaja, bahkan kami para media juga diberi cabaran untuk menyediakan sendiri hidangan Roti Jala bersama New Zealand Lamb Tandoori. Aktiviti ini dilakukan secara berkumpulan untuk tenpoh 15 minit sahaja. Memang kelakar, sebabnya bukan senang juga nak menghasilkan jala yang cantik. Memang kecoh dan gamat suasana pantri semasa cabaran ini berlangsung.

Hasil hidangan Roti Jala bersama New Zealand Lamb Tandoori kami dari kumpulan 4. Gigih tau bawa Diya bawa bendera, hahahahahah.

Dan ini adalah pemenang cabaran, tahniah diucapkan.

Walaupun kami kalah  (hahah) tetapi kami tetap berasa seronok dan berpuas hati kerana banyak yang kami pelajari (terutama dalam menyediakan hidangan fusion yang bernutrisi) serta mendapat info terkini mengenai produk Fonterra yang berada di pasaran Malaysia,

Terima kasih atas jemputan Fonterra moga berjumpa lagi di lain acara!

Comments

Popular Posts