Klairs, Kelainannya Memang Ketara Menyempurnakan Wajah Agar Tampil Mempesona

Saya memang kaki shopping online. Dan saya sentiasa mencari produk yang terbaik dalam setiap pembelian yang dibuat. Antara produk yang menjadi kesukaan saya ialah barangan kecantikan/solekan dari jenama Klairs. Rangkaian produk Klairs ada banyak jenis pilihan dari platform membeli-belah HERMO. Memang rambang mata untuk memilih dan membelinya pada harga mampu milik.

Dan baru-baru ini saya telah mencuba produk Klairs iaitu :-

đź’–Klairs Mochi BB Cushion
đź’–Klairs Mid-day Blue Sun Lotion
đź’–Klairs Trial Sample Set


Homaigadddd... comel giler tengok casing Klairs Mochi BB Cushion. Comel sangat. Rasa nak makan pun ada. Macam kuih mochi kann, hiks..

Apa yang menarik produk BB ini boleh dijadikan kepada kemasan solekan wajah dan mampu mengekalkan solekan kita lebih lama dan sekata. Paling unik penutupnya sangat praktikal. Hanya perlu putar mengikut arahan dan ianya dapat dibuka dengan mudah. Paling penting ciri-ciri keselamatannya dapat  memastikan Klairs Mochi BB Cushion ini sentiasa berada didalam keadaan yang bersih.

Selain daripada itu dengan warna natural memberikan kemasan kulit kita lebih nampak berseri yang diperlukan secara eksklusif. Produk edisi terhad ini juga mampu memberikan pengcahayaan baik pada kulit, tahan lebih lama dan ianya boleh mengelakkan muka kita nampak berpeluh dan berminyak. 

Saya juga memilih Klairs Mid-day Blue Sun Lotion untuk perlindungan kulit terbaik terutama pada waktu cuaca yang panas sejak akhir-akhir ini. Paling penting penggunaannya sangat mudah apatah lagi ianya didatangkan dalam bentuk tiub jadi kita hanya picit tiub sahaja.


Paling penting ianya tidak mengeringkan kulit. Bahkan boleh dijadikan sapuan asas untuk mekap dan meratakan tona wajah muka. Saya juga sebenarnya memang rasa kagum terutama setelah melihat hasil muka saya nampak 'fresh' serta cerah sekata.

Terdapat juga 8 jenis pek percubaan produk Klairs yang telah saya cuba dan ternyata setiap satu memang best impaknya. Paling best Klairs Moist Soothing Cream! Selepas menggunakannya kulit saya terasa begitu lembut.

So uoll kalau nak dapatkan produk Klairs, boleh layari laman web HERMO ini ya!

Untuk info, boleh juga layari instagram Hermo : @hermomy

Wajah nampak lebih ceria,
Dengan Klairs Mochi BB Cushion semestinya.

Sapuan Klairs Mid-day Blue Sun Lotion setiap hari,
Memberi perlindungan wajah dari sinaran matahari,
Agar diri tampil lebih berseri-seri.

Comments