MALAYSIA DAY HI-TEA @ ROYALE SONGKET RESTAURANT GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM




Grand BlueWave Hotel Shah Alam (GBWHSA) mengadakan acara Hi-Tea Hari Malaysia bersempena dengan Hari Malaysia 2017. Hi-Tea ini diadakan di Royale Songket Restaurant, Grand BlueWave Hotel Shah Alam. Harga yang ditawarkan bermula dari RM68.00 + untuk orang dewasa, RM55.00 + untuk warga emas dan RM35.00 + untuk kanak-kanak. Kita boleh menikmati semua makanan istimewa bermula dari jam 12.00 tengah hari sehingga 4.00 petang.


Antara menu yang ditawarkan adalah Laksa Johor, Itik Salai Masak Lemak Cili Padi, Devil Curry, Ikan Patin Masak Tempoyak, Burasak dan banyak lagi. Selain itu terdapat hidangan Satay Ayam Serai Wangi Kuali Leper bersama kuah kacang dan Otak-otak Kempas. Untuk menu pilihan kanak-kanak terdapat Fish Finger with Tartare Sauce, Golden Chicken Nugget dan pelbagai lagi.Untuk pemanis mulut pelbagai jenis french pastri ditawarkan. potongan buah-buahan dan gerai ABC serta sebagainaya. 

Jadikan Hari Malaysia ini satu kenangan terindah dengan menghabiskan masa bersama mereka yang tersayang sambil menikmati hidangan enak yang ditawarkan.

Untuk pertanyaan dan tempahan lanjut, sila hubungi di talian Royale Songket Restaurant 03-5511 8811 ext. 2612 atau 2613. Semua harga hanya tertakluk kepada
6% daripada CBP.

Harga: 
RM 68.00+ (Dewasa)
RM 55.00+ (Warga Emas) 60 tahun ke atas
RM 35.00+ (Kanak-kanak) 4 - 11 tahun

Tarikh: 
16 September 2017 (Sabtu)

Masa: 
12.00 tengahari - 4.00 petang

Tempat: 
Restoran Royale Songket, Tingkat Bawah

Pengurus Hotel: 
Tuan Haji Mohd Ghazali bin Sayed Ibrahim

Eksekutif Sous Chef: 
Chef Firdaus bin Ismail

Chef Incharge (Senior Chef De Cuisine): 
Chef Al-Hafiz Bin Redzuan



MALAYSIA DAY HI-TEA @ ROYALE SONGKET RESTAURANT GRAND BLUEWAVE HOTEL SHAH ALAM Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 19, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.