Menggilap Potensi Anak Untuk Berani Bercakap Di Hadapan | Pengalaman My Akid dan Afiq Menyertai Program Anjuran Johan Speaking Academy

Saya satu masa dulu sendiri tidak pernah rasa yakin tentang kebolehan dan potensi dalam diri anak-anak lelaki saya. Ini memandangkan anak lelaki saya lebih cenderung kepada aktiviti sukan. Dan jika diperhatikan anak saya terutama Akid ada sifat pemalu yang agak tinggi.

Jadi apabila saya mengetahui kelas jangka pendek "Public Speaking" anjuran Johan Speaking Academy, haruslah saya mendaftarkan anak-anak saya. Untuk program kali ini "Kids Tour Guide" khas untuk kanak-kanak berusia diantara 9-12 tahun, mereka akan diajar untuk lebih berkeyakinan bercakap dan memberi penerangan kepada orang awam.
 
kredit pic : FB Cherry Ho Lee Ting 

Apa yang menarik didalam program anjuran Johan Speaking Academy ini, ianya diberi didikan oleh pengasas akademi itu sendiri iaitu Mr Johan Ooi. Untuk pengetahuan semua Johan Ooi seorang anak muda yang mempunyai visi dan misi yang jauh dalam bidang pengucapan awam. Melihat sahaja pada pencapaiannya menjadikan saya teruja untuk menghantar anak-anak saya belajar untuk menjadi lebih berkeyakinan bercakap di hadapan orang ramai terutama didalam bahasa Inggeris. Antara pencapaian saudara Johan Ooi seperti :-


2015 - Peninsular Malaysia Public Speaking Champion( Toastmasters International )

2015 - Semi-Finalist World Championship of Public Speaking @ Las Vegas

Keynote and guest speaker for MNC, Corporate Companies :-
Maxis, Petron, Siemens, IJM Land, P1, Pikom, Shiseido Professional, Boulevard Hotel, Cititel Group, AMSPA, Royale Bintang Group of Hotels & Malaysia Association Of Hotels


Semua program di bawah Johan Academy Speaking  untuk anak-anak akan didedahkan asas-asas seperti gambarajah di atas. Tips dan teknik serta pengasahan dalam menulis sendiri ucapan berdasarkan 'critical thinking' dan 'mindset'. Serta pelbagai aktiviti yang dilakukan samada secara individu mahupun berkumpulan menjadikan mereka lebih banyak berkomunikasi dan juga menggilap sikap kepimpinan didalam diri mereka.

kredit pic : FB Cherry Ho Lee Ting 

Setiap program diadakan didalam kelas saiz yang kecil. Jadi ianya memudahkan instruktor memberi bimbingan dan tumpuan kepada anak-anak yang menyertai didalam program ini. Dalam suasana kelas yang kondusif serta disediakan juga pelbagai kemudahan peralatan latihan pengucapan awam menjadikan anak-anak yang menyertai program ini begitu gembira dan selesa.

kredit pic : FB Cherry Ho Lee Ting 

Untuk hari pertama, anak-anak perlu berani memperkenalkan diri di hadapan rakan-rakan program. Biarpun agak gugup tapi atas bantuan guru serta sokongan rakan-rakan program menjadikan anak saya Afiq lebih bersemangat untuk mencuba melontar kata-kata didalam bahasa Inggeris (untuk pengetahuan semua, Afiq memang seorang yang sangat pendiam).

kredit pic : FB Cherry Ho Lee Ting 

Akid pula biarpun dikalangan adik beradik beliau adalah seorang berfikiran yang sangat kritis (boleh berfikir luar dari kotak), pencinta haiwan dan penggemar buku sains serta dunia haiwan tetapi beliau adalah seorang yang tidak berkeyakinan. Ini terutama apabila ada aktiviti pembentangan kertas kerja di hadapan, beliau lebih suka menjadi ahli yang menyiapkan semua kerja (cari info, buat slide dan sebagainya) dengan syarat tidak perlu terlibat dalam pembentangan. Cuma apabila sistem sekolah hari ini memperkenalkan siri pemarkahan baru iaitu KBAT, anak-anak perlu siapkan kerja dan bentang menyebabkan kadang-kadang rasa rendah diri kerana tidak mampu bercakap dengan lantang di hadapan orang ramai.

Dengan menghantar program di bawah anjuran Johan Speaking Academy, biarpun hanya 2 hari sahaja, Akid sendiri teruja memberitahu saya yang kini dia tidak lagi rasa pelik untuk bercakap di hadapan. Bahkan berasa lebih teruja untuk menunjukkan kebolehannnya untuk bercakap dan berkongsi pendapatnya di khalayak ramai. Sesuatu yang mustahil tetapi ianya benar-benar berlaku. Ini kerana saya sendiri melihat kesungguhan Akid menulis dan menghafaz skrip serta part paling seronok apabila kita melihat gelagat beliau praktis bercakap di hadapan adik beradiknya yang lain. Ini termasuklah my Yara  yang berusia 7 bulan itu pun terpaksa menadah telinga mendengar bebelan abangnya menghafal skrip, Hehehehehe.

 Untuk program hari kedua, saya telah menghantar Akid dan Afiq ke Farm in the City seawal jam 9.30 pagi  untuk program seterusnya. Yang mana pada hari ini ke semua peserta perlu menjadi 'tour guide' kepada pengunjung-pengunjung yang hadir ke Farm in the City.

Muka serius dan berkobar sebenarnya. Excited masing-masing hendak memulakan aktviti bersama rakan-rakan program yang lain.

Lihat sahaja untuk aktiviti pertama mereka disana, mereka perlu berjalan dalam kumpulan. Ianya bukan aktiviti bersiar-siar sahaja ya. Mereka juga perlu mengenali setiap haiwan di Farm in the City dan mendapatkan info-info mengenai haiwan tersebut. Ini kerana peserta program perlu bersedia untuk memberi penerangan didalam bahasa Inggeris kepada pengunjung-pengunjung yang datang ke Farm in the City pada hari tersebut.


kredit pic : FB Kids Public Speaking  

Beberapa momen sempat dirakamkan, bagaimana anak-anak didalam program ini perlu berdikari dan yakin tentang potensi dalam diri mereka. Walaupun perlu volunteer memberi penerangan tetapi atas galakan dari Encik Johan dan pasukannya menyebabkan semua anak-anak yang terlibat berpeluang menjadi 'tour guide' yang terbaik.

 kredit pic : FB Kids Public Speaking 

Salah satu aksi Akid (hehehe), berjumpa dan berkenalan dengan rakan baru. Seterusnya memberi penerangan tentang haiwan yang terdapat di Farm in the City. Kenapa perlu ada sesi berkenalan terlebih dahulu? Ini kerana membolehkan 'tour guide' seperti Akid dapat mengurangkan rasa gugup dari dalam diri mereka dan lebih yakin bercakap dengan orang yang mereka kenal (biarpun baru bertemu). - Break the ice!!

kredit pic : FB Kids Public Speaking 

Bekerja dalam kumpulan adalah perlu dan penting. Ini boleh menggilap sifat-sifat kepimpinan didalam diri mereka.




Untuk final task, anak-anak program perlu memberi ucapan awam dihadapan semua peserta program dan ibubapa yang hadir. Video Afiq :-) . Super excited sangat tengok Afiq bercakap dapat dengan jelas dan terang. Nampak beliau sangat berkeyakinan apa yang dilontarkan.


Separuh dari video ucapan Akid sempat dirakam. Biarpun Akid nampak agak gementar tetapi dapat ianya dapat membuktikan beliau sebenarnya boleh melakukannya. Dan sebagai ibu saya begitu terharu tentang perubahan positif setelah Akid menghadiri program ini.

 Satu famili bergambar kenangan dengan instruktor terlatih dari Johan Speaking Academy. You all memang awesome!!

 Terima kasih Cikgu Johan Ooi atas tunjuk ajar dan bimbingan. Ini terutama membantu anak-anak ini mengikis perasaan malu, mencungkil potensi dalam diri mereka dan meniupkan semangat keberanian dan percaya diri. Sememangnya banyak sangat ilmu yang dapat dikutip oleh anak-anak saya melalui tunjuk ajar dan cara pembelajaran yang berkesan dari Johan Speaking Academy.

 Buat Afiq, moga berjaya menjadi juruterbang (pilot) sepertimana yang dicita-citakan. Tq atas penghargaan menyayangi kami (mummy dan dedet) melalui ucapan (luahan) kerana kami sentiasa menjaga dan mendidik kamu ya Afiq, hehehe..

 Ucapan Akid (yang bercita untuk menjadi ahli arkeologi) juga agak sweet, tq untuk mummy dan dedet kerana sentiasa berada di sisinya terutama ketika beliau memerlukan sokongan (trouble). It's really touching and I am so impressed you, my young boy!!

 Apapun, saya memang sangat syorkan untuk ibubapa diluar sana untuk hantar anak-anak anda menyertai apa-apa program dibawah anjuran Johan Speaking Academy. Terdapat banyak program yang bakal dilaksanakan dan saya pasti ianya memberi impak positif dalam diri anak anda!

Keterangan lanjut boleh layari :-)


Comments

Jane Chua said…
Nice meeting you there. My kids enjoyed the programme too.
jane- yeahh nice to meet u there too..can see your kids also enjoyed and being part in all activities :-)
NanyFadhly said…
wahhh kak! arituh pun ade dah tanye2 pasal program ni. Tapi tak berkesempatan pula. InshaALLAH..nanti nak try juga hantar my kids ke sini. Seronok baca bila ade testimonial macam akak buat ni.
nany- best prog ni :) banyak improvement kat ank akk

Popular Posts