Parti Beg Bersama Media Hiburan dan Remaja

Ollaaaa....
Pada Ahad lepas kisahnya saya ada menang pas ke Handbag Parti Bersama Media Hiburan/Remaja di Pavilion. Macam tak percaya jer, saya nak join event lately ni, hahah. Sebabnya biasa saya akan hadir atas tiket blogger/media influencer.

Tapi sebab dah namanya parti beg..dan saya sendiri memang jenis kaki koleksi beg, haruslah terjah :-)

Seriouslu ohmaigaaaaaaaaaad....first time tengok beg emoji ni. Memang saya teruja giler. Comey sangat. Comey sangat (44 kali aku duk berzikir kat situ, kahkahkah)...Paling best ianya adalah dibawah jenama Giamax (sememangnya jenama ni cukup popular dikalangan mereka yang kaki shopping beg).

Antara beg Emosi edisi istimewa dari Giamax menarik minat saya...

Tote bag ada pelbagai saiz dan warna. Paling menarik ianya juga didatangkan dengan tali panjang bagi mereka yang suka untuk menggayakannya ala sling bag :-)

Saya suka juga dengan rekaan beg yang berwarna kelabu di atas. Nampak elegen, chic dan sweet. Menggambarkan si pemakai seorang yang "happy go lucky" personalitinya.

Wrist bag yang comel. Geram tengok. Kalau dapat satu memang saya jadikan beg untuk diisi dengan barangan penting. Paling suka tengok wajah-wajah emoji yang comel.

Ok, ini adalah sling beg yang saya dapatkan untuk my Yana. Saya sukakan warnanya gabungan gold dan metalik. Panjang tali yang boleh dilaraskan dan juga key chainnya ada gambar emoji 💩. Hahahahaha.
Stylo sangat rekaannya :-)
Hari ni pulak ada tawaran yang mana kita boleh mendapatkan sling bag ini dengan harga RM55 sahaja untuk ahli SOGO dan 30 pertama sahaja. Harga asal adalah RM159 tau. Murah dan untung gila siapa yang dapat beli koleksi ini.
Penerangan tentang koleksi Emoji dari pihak Giamax  :-)

Antara selebriti/KOL yang turut hadir memeriahkan acara ~ Shasha Saidin, Elyana dan ramai lagi.

See, selebriti yang datang pun excited memilih beg emoji yang cantik dari Giamax. Memang meriah giteww...

Pelbagai aktviti disediakan untuk tetamu yang hadir, antaranya pertandingan catwalk, baling bola ke dalam paper bag, posing dengan beg emoji paling menarik dan penggumpul LIKES tertinggi untuk gambar yang dikongsi di instagram

Ni antara kakak yang terror membaling. Hampir semua dibaling masuk dengan sempurna hehehe.

Lihat sahaja aksi Elyana ni beraksi. Bersungguih-sungguh. Pemilik lantunan lagu "Tak Tercapai Dek Akalmu" dan pelakon dari siri Dunia Baru dikatakan akan membuat comeback dalam bidang seni. Sama-samalah kita nantikan ya, hiks.

Pemenang pakaian terbaik bagi kategori lelaki, Zubir yang sememangnya sangat sporting melibatkan diri dalam semua acara yang disediakan oleh pihak penganjur.

Sempatlah bergambar dengan salah satu beg emoji di situ. So, uolls kalau berminat nak berjumpa dengan karektor emoji dan sertai di aktiviti bergerak anjuran Giamax bersempena dengan keluaran beg edisi Emoji mereka boleh layari www.facebook.com/giamax

Comments

Amanda Suria said…
Dapat bawak balik bag emoji tak? bestnya...kalau la SA dapat join event ni kan..
SA- dapat cam wallet key chain jer huhu

Popular Posts