Shopping Barangan Yara di BabyDash.com.my | Best dan Berbaloi!

Babydash.com.my merupakan antara platform membeli-belah yang sentiasa menjadi tempat persinggahan khasnya buat ibu-bapa yang sentiasa mencari keperluan terbaik buat anak mereka. Dengan menawarkan pelbagai barangan keperluan harian anak terutama barangan bayi memudahkan ibubapa mencari dan membuat pilihan. Antaranya seperti lampin dan susu, produk mandi & penjagaan kulit, makanan bayi, mainan, car seats, stroller dan banyak lagi. Apa yang penting pembeli bukan sahaja dapat menjimatkan masa dan tenaga mereka. 

Bahkan dengan melakukan pembelian dalam talian, membuat review, setiap kali log in masuk akan diberikan mata/poin sebagai ahli. Apa yang menarik mata/poin ini kita boleh gunakan untuk membuat pembelian dari laman web ini. Selain itu Babydash juga telah membina komuniti keibubapaan dan terdapat pelbagai aktiviti menarik disediakan. Antaranya seperti 'cofee talk', ceramah keibubapaan, ceramah konsultasi laktasi, dan banyak lagi. Serious untung jika kita sebagai ibubapa menjadi sebahagian komuniti ibubapa Babydash!

Kenalkan inilah co-founder www.Babydash.com.my iaitu Mrs Lavi dan Mrs Shan. Mula berminat untuk membangunkan laman web membeli-belah khas buat ibu bapa yang mencari keperluan anak-anak mereka setelah mereka sendiri merasai pengalaman sukar untuk mendapat barangan keperluan dengan mudah dari satu tempat sahaja.

Jadi pada hari Sabtu lepas saya dan beberapa mommy bloggers telah dijemput melihat sendiri warehouse Babydash di Petaling Jaya. Kami telah diberi penerangan tentang laman web Babydash dan barangan-barangan yang ditawarkan menerusi platform talian membeli-belah ini, Apa yang menarik laman web membeli-belah yang telah dilancarkan sejak 6 tahun yang lepas ini banyak menawarkan barangan pada harga diskaun yang cukup berbaloi. Ini terutama pada setiap hari Rabu ada barangan yang boleh kita dapatkan pada harga bida kita pertaruhkan. Menarik bukan?

Segala jenis saiz dan jenama pampers ada jual di sini. Jadi uolls tak perlu risau jika kehabisan stok pampers secara tiba2 di rumah. layari sahaja Babydash.com.my dan buat pesanan dari situ, hiks.

My Amani yang teruja meilih mainan buat adiknya. Seriously, Babydash.com.my ada pelbagai jenis mainan yang baik untuk bayi kita. Terutama dama membantu pergerakan dan pemotoran fizikal dan mental.

Ini adalah produk yang agak sukar untuk didapatkan di pasaran. Namun di Babydash.com.my ada menjualnya. So, kita boleh dapatkan terus dari sini.

Ini memang kegemaran saya. Aksesori buat si Yara. Boleh berjam-jam kalau saya memilihnya, hiks

Makanan bayi yang kebanyakannya adalah organik ditawarkan di sini.

Ada juga pampers khas untuk berenang (swimming) di jual di Babydash.com.my.

Produk feveret saya Buds pun ada dijual sini. Dari mandian, losyen dan banyak lagi ada di Babydash.com.my. Jadi saya boleh dapatkan stok Buds dari satu platform talian membeli-belah sahaja.

My Amani yang cukup teruja setelah siap membeli-belah di sini. Rasanya nak angkut semua barang yang ada tetapi bila berbelanja biarlah berpada-pada. So, kami akan repeat berbelanja lagi bulan depan di Babydash.com.my. Sebab ianya adalah berbaloi.

Senang rupanya nak buat pembelian di Babydash.com.my. Pilih barang dari laman web mereka, lihat status unit yang tinggal, check out dan bayar secara online. Mudah dan pantas!

Di hari kejadian juga terdapat lelongan barangan, jangan tidak percaya Trunki yang comel ini dilelong (lawan bida) pada harga RM125 sahaja. Cukup murah dan berbaloi. Ini kerana harga asalnya kalau tak silap saya adalah RM263.

Antara pemenang cabutan bertuah. Untung dapat produk Mustella!!!

My Yara bersama kotak yang berisi semua barangan Yara kesukaan mummy sebenarnya. hahahahaha.

Excited tak? 3 item ni dalam RM119 sahaja. Barangan ni semuanya adalah dari jenama terkenal khas dibawah label produk bayi.

Belanja lagi satu gambar lagi. Sebabnya mak dia hover gembira dengan barangan yang dibeli, hehehehe.

My Yara bersama dengan giraffe teether. Ada diskaun 20% produk ini. Boleh rujuk kat sini https://www.babydash.com.my/catalogsearch/result/?q=giraffe

Gambar kat sekolah pagi ni. Punyalah suka dapat beg baru yang cantik. Siap ajak balik heret beg sekolah ni sekali, heheh. Nak dapatkan beg sekolah ni boleh klik dekat sini https://www.babydash.com.my/school/category/bags-backpacks-lunch-bags/oops-all-i-need-snail-soft-backpack.html (tapi rasanya dah habis stok, so kena check masa2 akan datang ya!)

Jom uolss jadi sebahagian dari komuniti www.babydash.com.my dan shopping kat sini untuk barangan bayi, murah dan berbaloi!!

Shopping Barangan Yara di BabyDash.com.my | Best dan Berbaloi! Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on August 21, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.