IT Filem Seram 2017 Yang Wajib DiTonton | Seram Wehhhh


Berpeluang menonton karya Stephen King yang sememangnya sangat terkenal dengan genre penulisan 'thriller' suspen dan misteri sememangnya sangat dinantikan oleh peminat penulis profilik ini. Kisah diadaptasikan dari novel1300 muka surat ini boleh dikatakan antara filem seram 2017 yang wajib ditonton terutama bagi mereka yang meminati kisah seram.

Kisah epik kehilangan kanak-kanak yang akan bangkit semula kisah ini setiap 27 tahun ini menjadi tanda tanya sekumpulan kanak-kanak yang menggelarkan diri mereka The Loser Club. Sehingga mereka menemui rumah Pennywise, hantu badut dan bemula sejak itu setiap orang dari mereka sentiasa diganggu seorang demi seorang ahli kumpulan tersebut.


Pujian harus diberikan kepada pendukung utama filem ini iaitu Bill Skarskgard iaitu watak Pennywise hantu clown yang berjaya memberikan ekspresi yang pelbagai - traumatik dan menakutkan. Begitu juga watak kanak-kanak seperti Jaeden Leiberher, Finn Wolfhard Sophia Lillis, Chosen Jacobs, Jeremy Ray Taylor dan Jack Dylan Grazer. Masing-masing mempunyai karektor yang berbeza tetapi bila digabungkan mampu menjadi teamate yang sangat baik menjadikan jalan cerita ini begitu hidup dan suspen.


Begitu juga sistem bunyi yang bagi saya sangat terbaik. Tetapi tidak dinafikan penataan cahayaan filem ini menjadikannya filem seram yang terbaik. Momen setiap kali kemunculan 'clown' memang akan membuatkan jantung penonton akan bergerak pantas. Ini kerana terlalu banyak aksi mendebarkan dan suspen. Permulaan seperti drama tentang sahabat, mengenai trauma yang dilalui kesan daripada pengalaman lepas dan perasaan ingin tahu (berani untuk mengungkai misteri) antara elemen yang kuat selain daripada tragisnya cara pembunuhan yang dilakukan oleh hantu clown tersebut. Tetapi saya juga merasai suasana 'touching' antara kasih sayang yang berpanjangan antara abang dan adik. - part kapal kertas abang buat untuk adik, dan jatuhnya kapal kertas itu di dalam longkang menyebabkan si adik bertemu dengan Pennywise si hantu clown.


Ini baru Chapter 1 gaissss, akan menyusul filem IT yang lain akan datang. Tetapi seriously filem IT antara filem seram 2017 yang pasti membuatkan anda tidak senang duduk dan ianya tidak sesuai ditonton oleh kanak-kanak yang berumur bawah 18 tahun.


Syabas pengarah dan team produksi.

Dan tqsm Hangat.com atas 2 tiket preview!!!! Love yerrrr

Review saya: 9/10

It floats. You’ll float too.
IT Filem Seram 2017 Yang Wajib DiTonton | Seram Wehhhh Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on September 11, 2017 Rating: 5

2 comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.