NIVEA Protect & Care Memberi Kesegaran Sepanjang Hari | Jom Sertai Larian Care Run!





Aktiviti seharian saya memang sibuk. Namun saya tetap memastikan setiap hari kondisi diri saya perlu berkeadaan cergas dan selesa. Ini bagi membolehkan saya dapat menguruskan dan melakukan segala kerja sepertimana yang dirancang dengan penuh semangat.

Namun faktor cuaca yang tidak menentu sering kali menyebabkan saya menjadi rasa tidak selesa. Ini terutamanya di bahagian kulit bawah lengan (ketiak). Paling ketara ketika cuaca panas dan terik menyebabkan kita akan berpeluh banyak. Keadaan menjadi lebih teruk jika tidak dicukur kawasan bawah lengan tersebut, badan kita akan berbau dan mungkin kawasan tersebut juga akan menyebabkan kita merasa gatal.

Dan kita semua sedia maklum yang bahagian bawah ketiak ini adalah agak sensitif. Oleh yang demikian kita perlu tahu cara dan teknik yang betul untuk membuang bulu yang ada di bawah lengan. Ini kerana apabila kita mencabut bulu roma di situ ianya akan meyebabkan pembesaran pori-pori dan jika kita silap cara mencukur ianya boleh menyebabkan geseran dan luka. Awwwwww...





Pembuangan bulu bawah lengan boleh merosakkan kulit dan sering menjadi punca kerengsaan pada kulit bawah lengan. Oleh itu, NIVEA memperkenalkan NIVEA Protect & Care, deodoran yang diperkayakan dengan esen NIVEA crème. Ianya adalah warisan ramuan krim kecantikan yang berkualiti dengan formulasi penjagaan tersendiri dan didatangkan bersama haruman yang cukup lembut. Deodoran Protect & NIVEA memberikan kulit anda perlindungan yang berpanjangan sehingga 48 jam memberikan anda kesegaran sepanjang hari, formula inovatifnya yang lembut juga menyuburkan dan memberikan anda bawah lengan yang lembut dan licin.


“Di NIVEA, kami percaya bahawa penjagaan kulit dapat melindungi dan menjaga kulit pada seluruh badan anda termasuk bahagian bawah lengan. Dalam kehidupan seharian yang sibuk, kita sering mengabaikan perkara yang kecil seperti kerosakan kulit yang disebabkan oleh mencukur dan mencabut bulu bawah lengan. Bahagian bawah lengan kita memerlukan penjagaan yang lebih teliti, oleh itu deodoran Protect & Care NIVEA menawarkan perlindungan dan penjagaan yang terdapat dalam semua produk NIVEA, bagi memenuhi keperluan kita pada kulit bawah lengan,”
kata Ng Hock Guan Pengurus Negara Beiersdorf Malaysia & Singapura.



Saya sendiri telah mencuba NIVEA Protect & Care dalam bentuk semburan dan juga dalam roll-deadorant dari NIVEA.
Saya sangat sukakan bentuk botolnya yang kemas. Mudah digunakan hanya tekan sedikit, semburan wangian akan keluar. Cuma hanya perlu hala  padabahagian di bawah lengan. Untuk jenis produk ini saya memang letakkan didalam almari di rumah.

Untuk roll-on ini pemakaiannnya lebih jimat. Saiznya datang lebih kecil jadi ianya sangat praktikal untuk saya membawa ke mana sahaja.

Menariknya produk NIVEA Protect & Care ini mampu memberi kesegaran sepanjang masa untuk waktu yang agak lama. Dengan memberi perlindungan selama 48 jam, biarpun saya aktif sepanjang hari namun saya masih dapat kekalkan aura diri tanpa ada bau badan yang kurang menyenangkan. Selain itu saya dapati setelah menggunakan produk NIVEA Protect & Care, setiap kali selepas saya membuang bulu roma di bawah lengan, saya tidak lagi menghadapi masalah seperti ngilu atau kerengsaan pada kulit. Ianya benar-benar dapat melindungi bahagian di bawah lengan saya!

****************

Oh ya! Selari dengan nilai penjagaan teras NIVEA, deodorant Protect & Care NIVEA akan menganjurkan NIVEA Care Run pada 29 Oktober 2017 (Ahad). Acara larian sejauh 5 kilometer yang bakal berlangsung di Presint 6 Putrajaya ini turut menampilkan aktiviti berbentuk pendidikan untuk meningkatkan kesedaran tentang penjagaan kulit bawah lengan.


Pek hadiah eksklusif NIVEA Protect & Care yang terdapat dalam kit larian membolehkan para peserta berkongsi cara-cara penjagaan bawah lengan dengan rakan-rakan dan keluarga mereka. Selain itu kita juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik dalam cabutan bertuah yang akan diadakan pada hari yang sama. Bestnyaaaaaa....

Untuk pengetahuan semua sebahagian daripada yuran penyertaan yang diperolehi melalui acara larian ini akan didermakan kepada Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG), sebuah badan amal yang mengutip dan mengagihkan dana untuk rakyat Malaysia yang memerlukan. Dengan sasaran untuk mencapai 3,000 peserta, setiap peserta larian secara tidak langsung akan memberi sumbangan kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dari segi pendidikan dan kesihatan.

Acara ini juga akan turut disertai oleh selebriti terkenal seperti Siti Saleha, Nadia Heng dan Fiqrie yang mana mereka akan bertemu, beramah mesra dan memberi sokongan kepada para peserta di acara larian ini.

Jadi korang, jomlah sertai acara larian ini yang secara tidak langsung kita juga turut menyumbang bantuan kepada golongan yang memerlukan! Daftarkan diri anda di laman web www.niveacarerun.com.my. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM65 seorang dan setiap peserta akan menerima kit larian dan barangan NIVEA bernilai lebih daripada RM100.


Deodoran Protect &Care NIVEA roll-on 50ml dan Deodoran NIVEA Protect & Care Spray 150ml masing-masing dijual pada harga RM17.50 dan RM11.30 di semua kedai farmasi, pasar raya dan pasar raya besar di seluruh negara. Layari www.facebook.com/mynivea untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk NIVEA.

Jom sertai larian!!!!

Comments

Popular Posts