FURAMA BUKIT BINTANG | Buffet BBQ

Nikmat apa yang harusku dustakan? Keenakkan makanan laut segar dibakar panas-panas sememangnya membuka selera malam anda. Ditawarkan hanya dua kali sebulan BBQ Buffet yang bermula seawal 6.30 petang sehingga 10.30 malam ini antara yang anda harus cuba bila berada di Furama Bukit Bintang Hotel Kuala Lumpur. 

Anak-anak yang menikmati makan malam cukup sempurna dengan gabungan makanan laut dan daging perapan, serta masakan panas seperti spaghetti, nasi goreng, sate dan pelbagai lagi.  Pencuci mulut yang pelbagai memang enak-enak belaka. Saya boleh ibaratkan Buffet BBQ seperti syurga makanan dunia yang menawarkan kepelbagaian makanan yang memenuhi citarasa semua.

Antara hidangan yang menarik hati pelancong asing di sini ialah sate! Memang tebal isi satenya. Ada dua jenis sate yang ditawarkan iaitu sate ayam dan sate daging. Sate ini juga dibakar panas-panas dan dimakan bersama kuah kacang yang super sedap :-)

Ayam goreng ala bombay. Ranggup dan memang sedap. Ada kue teow goreng, nasi goreng dan pelbagai lagi masakan panas yang lain.

Berdekatan dengan kolam renang, tersusun kemas hidangan makanan laut dan daging perap yang siap dibakar bagi memudahkan tetamu menikmati makanan terus. Masakan ni masih masih panas-panas tau.
Ini pula hidanagn perapan sebelum dibakar. Kita boleh pilih di sini dan memberinya kepada staff yang bertugas untuk dibakar. Memang segar-segar hidupan laut yang dihidangkan.

Udang saix XL ini antara yang menjadi tarikan sepanjang malam buffet BBQ di sini. Sekejap jer habis, tapi jangan risau pihak hotel menawarkan kuantiti yang agak banyak dan mampu menjamu ke semua pelanggan-pelanggannya.


Antara hidangan yang sudah siap dibakar.

Dancini adalah sos-sos yang disediakan. Pelbagai pilihan ikut kesukaan. Air asam tu memang sedap terutama dinikmati bersama ikan bakar.

Close-up gambar hidangan yang menjadi feveret saya di sini:- 
Kambing perap yang dibakar.

Daging perap bersama rasa lada hitam ni memang ohsem. Memang terbaik sangat rasanya. Apatah lagi dinikmati bersama sos lada hitam (resepi istimewa dari Chef Furama Bukit Bintang).

Ayam bakar!! Bagi peminat ayam, anda harus mencuba ayam bakar di sini. Rasa dia memang tidak mengecewakan.

Udang bakar yang segar.

Ikan bakar yang dinikmati bersama air asam :-)

Sosej yang telah diperap dan dibakar.
 
Sphagetti carbonara antara sumber kerbohidrat yang saya ambil ketika menikmati buffet BBQ di sini. Memang sedap, menambah dua kali tau, huhuhu.

Antara appertizer, pelengkap hidangan yang dinikmati. Tentunya 'garden of salad' dan coleslow pilihan saya dan anak. Sebab kitaorang memang pencinta sayuran. Apatah lagi dinikmati bersama hidangan daging bakar panas-panas, memang kombinasi duo hebat rasanya.

Ais kacang istimewa. Kita pilih sendiri isi bahan yang kita suka untuk dicampurkan dengan ais kepal.

Yang ini memang kegemaran saya iaitu air lai chi kang sejuk. Air minuman ini mampu memberi kesegaran dalam badan. Ini terutama pada cuaca panas seperti hari ini, menikmati lai chi kang sejuk-sejuk memang satu rahmat, hiks.


Pencuci mulut dari kuih tradisional sehinggalah moden memang memikat jiwa.

Pelbagai jenis manisan memang benar-benar menyelerakan termasuklah fruit tart, kek keju, kuih lapis, kek coklat dan pelbagai lagi.

Selain minuman sejuk terdapat juga minuman panas sekaligus memberi pilhan kepada tetamu disini memilih minuman yang mereka gemari.  

Menikmati buffet BBQ di tepi kolam mandi memang menenangkan. Apa lagi dengan suasana lampu bandar Kuala Lumpur yang memang indah di pandangan mata.

Ini adalah harga yang ditawarkan bagi buffet BBQ. Diadakan 2 bulan sekali hari Sabtu bermula 6,30 petang sehingga 10.30 malam. Kita juga boleh adakan 'private function' disini tau. Contohnya seperti majlis hari jadi, majlis perpisahan dan sebagainya. Sebab ada juga bilik khas yang lebih esklusif untuk acara-acara tertentu yang kita boleh tempah ya!

Keterangan lanjut boleh layari : https://furama.com/

Comments

Puan Wawa - heheh alhamdulillah mmg best

Popular Posts