World Sight Day 2017

Focus Point telah melancarkan World Sight Day 2017 - Make Vision Count, kempen CSR yang memupuk penjagaan penglihatan mata. World Sight Day merupakan inisiatif global yang mahu memberi kesedaran bagaimana hendak mengatasi masalah rabun (blindness). Yang mana dikatakan seramai 285 juta penduduk dunia mengalami masalahpenglihatan kurang jelas dan rabun. Dan dari statistik yang dikeluarkan oleh Dr Nur Zahirah Husain (Head, Health Ministry Optometry Services) seramai 54 daripada 1000 orang penududk Malaysia mengalami masalah penglihatan kurang jelas.

Dan tahun 2017, merupakan tahun keenam Focus Point menganjurkan acara World of Sight, dan ini merupakan komitmen secara berterusan bagi mengajak semua masyarakat sama-sama mengambil berat tentang penjagaan mata. Pelbagai informasi akan dikongsi bagi menyedarkan masyarakat tentang kepentingan deria dan kes yang menjadi trend iaitu Myopia (short-sightedness) yang perlu diambil berat. Myopia dikatakan bermula pada peringkat anak-anak sekolah. Yang mana anak-anak tidak menyedari mereka mengalami masalah penglihatan dan pada satu peringkat mereka berpotensi untuk mendapat masalah penglihatan seperti  katarak, retinal detachment, Myopic Macular Degeneration dan Glaucoma.



Sepanjang kempen dijalankan pelbagai promosi telah diadakan.  Terdapat juga permainan interaktif yang boleh dicuba oleh pengunjung ke acara bergerak ini, selain daripada melihat beberapa promosi menarik kaca mata pelbagai jenama terbaik dari Focus Point.

Terdapat juga pemeriksaan mata secara PERCUMA dengan menggunakan pelbagai tekbologi terkini. Dan saya telah mencubanya, menariknya kita akan terus diberi penerangan tentang kesihatan mata kita.

Pembelian satu set RM10 kita akan perolehi set ini, dan dengan setiap pembelian dibuat sebanyak RM5 dari jumlah yang dibelanjakan akan disumbangkan kepada Persatuan Orang Buta Malaysia - Malaysia Fot The Blind (MAB).

Keterangan lanjut boleh layari:


#focuspointmy#snapforvision
#makevisioncount
World Sight Day 2017 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on October 16, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.