Acara Akhir Lee Kum Kee “My Fun Cooking 2017”

 
Saya telah menghadiri ke Acara Akhir Lee Kum Kee “My Fun Cooking 2017”, yang dianjurkan bersama oleh Lee Kum Kee dan Desa Home,  di One Space @ The Square di One City pada Ahad 12 Novenber 2017.  Bukan main excited bila kali ini saya membawa ke semua ahli keluarga ke sini. So, dapatlah sendiri bagaimana ke semua peserta cabaran memasak ini berentap ya :-)

Untuk pengetahuan semua acara Akhir Lee Kum Kee “My Fun Cooking 2017” bertujuan untuk menggalakkan anak-anak muda di Malaysia untuk menggilap lagi bakat memasak dalam diri mereka selain dapat bekerjasama menyediakan hidangan bersama keluarga tersayang.


Sebanyak 3 pusingan pertandingan pertama telah diadakan iaitu pada 15, 22 dan 29 Oktober. Dan akhirnya empat daripada 12 pasukan berjaya masuk acara akhir. Ke semua peserta adalah pemenang-pemenang dari setiap pusingan dan mereka juga perlu berentap dengan selebriti jemputan MMA Star iaitu Mr. Peter Davis. 

"Malaysia telah lama menjadi pasaran utama Lee Kum Kee. Kami suka negara ini
dan ingin menyebarkan kegembiraan memasak dengan sos berkualiti tinggi kami di sini. Semua
peserta membuat kerja yang hebat dan saya sangat kagum dengan hidangan kreatif mereka yang menonjol dalam persembahan dan rasa, "
Cik Lim Lim, Pengarah Pengurusan - Asia Tenggara, Timur Tengah, Afrika & India Lee Kum Kee.





Antara hadiah yang ditawarkan kepada pemenang Utama dan Saguhati.

Tema masakan untuk pusingan akhir ini ialah masakan berasaskan udang. Dan setiap pasukan perlu menyiapkan 2 hidangan iaitu hidangan utama dan 'appertizer'. Untuk 30 minit pertama setiap pasukan perlu membuat pembelian barangan masakan yang diperlukan dengan nilaian tidak lebih 30 minit,


 Dan seterusnya, menyediakan 2 hidangan dalam tempoh tidak lebih daripada 1 jam masa yang diberikan. Wah! Pada masa ini semua peserta bertungkus-lumus menyiapkan hidangan mereka. Ada yang menggoreng, kukus dan banyak lagi teknik memasak yang cuba diaplikasikan, Paling penting, masing-masing begitu teruja menggunakan sos Lee Kum Kee dalam setiap masakan yang dihasilkan.

Dan ke semua peralatan elektrik yang digunakan semasa acara itu telah ditaja oleh Electrolux dan
Desa Home.

 Anaqi yang memang excited untuk menghasilkan masakan yang pertama kali cuba dihasilkan. Ini adalah berdasarkan pengalaman merasai makanan tersebut dan di acara ini, beliau bersungguh-sungguh mencipta kembali resepi appertizer menggunakan udang sebagai bahan utama.

 Antara juri-juri yang mengadili persembahan hidangan dari setiap peserta.


Antara gambar hidangan yang sempat dirakamkan seperti:-






semua nampak menarik bukan? hehehe

Saya dan Aanqi bersama hidangan yang berjaya disiapkan.

Peter Davis bersama anak buahnya dengan hidangan mereka. Pasukan ini berjaya mendapat tempat kedua. Syabas dan tahniah diucapkan.

Hasil masakan Hun Zhi Yean danibunya, Cik Yap Chin Yew. Memang nampak menarik dan sedap.


Chef Chan Ki Hong juga telah dijemput untuk membuat demo masakan dengan menggunakan pelbagai sos Lee Kum Ke. Antara 3 hidangan yang disediakan seperti "Flavored Chicken Popcorn", "Vegetarian Spring roll "dan" Three Treasures Rice ". Memang begitu mudah hidanagn disiapkan menggunakan sos Lee Kum Kee.

Pemenang utama iaitu adik Hun Zhi Yean bersama ibunya, Cik Yap Chin Yew membawa balik hadiah berupakan hamper, ketuhar Electrolux (build in) dan televisyen 32'. Clap clap clap..hebat!!!

Semua peserta bergambar kenangan sebaik sahaja upacara penyampaian hadiah.

Memang best dan menarik acarra seperti ini. Selain dapat menguji kecekapan peserta memasak dengan menggunakan sos dari Lee Kum Kee. Aktiviti seperti ini juga menyeronokkan kerana kita dapat lihat kerjasama setiap pasukan terutama 'bonding ' antara ibu dan anak.

Untuk gambar dan informasi lebih lanjut boleh layari

Comments

Jueliza Jamani said…
Tahniah kak pengalaman yang berharga.. Anaqi pun sempoi jer tgk dia masak. tak kekok langsung..

Popular Posts