Ahli Kad MERIAH Mydin Boleh Mendapatkan Perlindungan Takaful iMeriah, PERCUMA dengan Pelbagai Manfaat

Bagi mereka yang suka berbelanja di Mydin pasti gembira bila saya kongsikan tentang berita terbaru tentang Mydin. Untuk pengetahuan semua Mydin telah melancarkan iMeriah bagi membolehkan ke semua pelanggan setianya mendapat manfaat dengan berbelanja setiap bulan di Mydin.

Pelancaran iMeriah telah dirasmikan oleh Encik Mohd Noor Azam bin Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif AmMetLife Takaful Behad dan Datuk Wira (Dr) Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Holdings Bhd. Turut hadir Encik Syed Anuar Syed Ali, Ketua Komunikasi Korporat dan Pemasaran Kumpulan Ambank serta Dato' Murad Ali Mydin, Pengarah Eksekutif Mydin Holdings Bhd.

 Bekerjasama bersama AmMetLife Takaful Berhad, Mydin Mohamed Holdings Sdn Bhd menawarkan kepada setiap pemilik kad MERIAH Mydin pelan takaful iMeriah menerusi Program Mydin Kesetiaan ddan Ganjaran kepada pelanggannya. iMeriah adalah pelan Takaful patuh syariah yang unik dan inovatif, diuruskan oleh AmMetLife Takaful yang menyediakan perlindungan terhadap kematian dalam bentuk manfaat barangan keperluan bagi menggantikan manfaat tunai. Apa yang menarik ianya menawarkan pemberian sehingga 12 tahun perbelanjaan barangan keperluan rumah setiap bulan. Dan Mydin merupakan perintis memperkenalkan idea seperti ini.

Syarat-syaratnya:

  •  Terbuka untuk ahli kad MERIAH Mydin yang berumur 18 tahun ke atas dan tidak melebihi 49 tahun. Berstatus warganegara MALAYSIA/penduduk tetap Malaysia.
  • Perlu berbelanja sekurang-kurangnya RM600 sebulan di Mydin dan dengan hanya menggunakan kad MERIAH Mydin secara automatiknya akan mendapat perlindungan takaful iMeriah.

 Perlindungan takaful ini adalah PERCUMA untuk ahli kad iMeriah, ini kerana kos perlindungan iMeriah akan ditanggung oleh pihak Mydin. Dan TIADA sebarang kos akan dikenakan kepada pelanggan. Tempoh pelindungan iMeriah adalah selama sebulan, dan perlindungan ini akan diperbaharui setiap kali kriteria perbelanjaan minimum RM600 dipenuhi opleh pemegang ahli kad MERIAH Mydin yang layak.

 Apabila berlaku kematian terhadap ahli kad MERIAH yang dilindungi, penama akan dibenarkan untuk berbelanjan sebanyak RM300 setiap bulan di Pasaraya Mydin terpilih untuk barangan keperluan harian selama 12 bulan.

 Manfaat Takaful iMeriah mengambil kira jika jumlah manfaat tidak digunakan sepenuhnya dalam tempoh 12 bulan, bakinya akan diberikan dalam bentuk voucher kepada penama. Ahli yang telah mempunyai kad MERIAH Mydin yang sedia ada bolehlah kemaskini maklumat penama mereka di  bawah perlindungan Takaful iMeriah di Kaunter Perkhimatan Pelanggan Mydin seluruh negara.

iMeriah boleh didapati di 59 pasaraya Mydin seluruh negara termasuklah gedung, pasaraya, bazaar, emporium dan MYDIN Mart bermula dari 13 Disember 2017. Boleh dapatkan lebih info di kaunter Perkhidmatan Pelanggan Mydin dan juga di laman FB Mydin dan AmMetLife Takaful.
Ahli Kad MERIAH Mydin Boleh Mendapatkan Perlindungan Takaful iMeriah, PERCUMA dengan Pelbagai Manfaat Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 16, 2017 Rating: 5

No comments:

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.